Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 15, 2014

Waw...Besarnya PAS!

Betul ker ni?
Takkan Sultan nak buat keputusan lantik MB kena tunggu selepas PAS bermuktamar?

Istana hanya putuskan siapa MB selepas muktamar PAS, kata sumber
Published: 15 September 2014
Pihak Istana Selangor akan mengambil kira apa yang berlaku dalam Muktamar PAS sebelum memilih menteri besar Selangor baharu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 15 September, 2014. 

Pihak-pihak yang berminat untuk mendapatkan jawatan menteri besar Selangor boleh terus melobi kerana pihak Istana Selangor hanya akan membuat keputusan selepas Muktamar PAS yang berakhir 20 September ini, kata sumber.
Menurut sumber PAS, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan mengambil kira apa yang berlaku dalam muktamar itu sebelum memilih mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang diyakini mendapat sokongan majoriti untuk dilantik sebagai MB Selangor.
"Saya dimaklumkan, Tuanku hanya akan membuat keputusan selepas muktamar nanti," kata seorang pemimpin kanan PAS.
Sumber itu memberitahu, Sultan Selangor mahu melihat apakah PAS akan kekal atau keluar PR selepas muktamar nanti.
Muktamar penuh PAS akan berlangsung dari 18 hingga 20 September di Batu Pahat, Johor, manakala dewan-dewannya akan bersidang mulai 16 hingga 17 September di tempat berasingan di Johor.
Seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Nasrudin Hassan berkata, ada pihak dalam parti Islam itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan sasarannya adalah muktamar parti Islam itu yang ke-60 di Batu Pahat.
Walaupun sudah dinafikan sebelum ini, Nasrudin tetap mendakwa Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) bertujuan menjatuhkan kepimpinan presiden PAS itu.
Menulis di laman Facebooknya, ahli Parlimen Temerloh itu mendakwa, pertemuan PasMa pada 31 Ogos lalu di Kota Baru menunjukkan perancangan sebenarnya mahu menukar presiden.
Kedudukan Hadi penting dalam konteks krisis di Selangor kerana beliau dikatakan terus mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar.
PKR dengan sokongan DAP serta dua Adun PAS (30 Adun dari 56) mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor namun di tolak Hadi.
Pada awalnya, PAS yang dipimpin beliau mencadangkan Dr Wan Azizah dan timbalannya Mohamed Azmin Ali namun ia tidak kesampaian dalam dua surat yang dihantar Hadi kepada istana.
Pada 2 September, Hadi menamakan tiga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor dari PAS sebagai calon menteri besar.
Namun Hadi menghantar satu lagi surat pada 3 September dan menamakan dua Adun PKR dan satu Adun PAS sebagai calon tanpa nama Dr Wan Azizah dan Azmin.
PAS dikatakan berbuat demikian kerana mematuhi titah Sultan Selangor yang mahukan lebih dari dua calon dihantar.
Ekoran kegagalan PKR dan DAP berbuat demikian, Sultan Selangor murka kepada kedua-dua parti itu.
DAP memohon maaf dan berkata akan berbincang dengan PKR sebelum langkah seterusnya diambil. – 15 September, 2014.

6 comments:

  1. Elok kalau mutamar kali ini di jadikan medan untuk pecat Din welpayar and Din Ayam.......mulut macam Kmak.

    ReplyDelete
  2. semua sudah main politik , sedar tak sedar bangsa sendirin makin mundur dan papa.

    orang orang melayu asal usul nya
    bangsa kaya kaya ke ?

    melayu perlu sedar apalah bangga dengan politik , tapi tiada nilai ekonomi ?

    pemimpin bahalol tak mungkin dapat membangun bijak kan bangsa kerana pemimpin itu sendiri bahalol.

    kalau ber gaya dengan duit rakyat , mentedarah duit hasil cukai dari bangsa kaya maka bahalol lah itu.

    gaya gaya hasil dari titik peluh orang lain itu bukan ajaran Islam pun , ajaran lahanat adalah.

    ini BBC pulak kata Unta Unta mungkin pembawa Ebola pulak. orang orang Arab sudah bahalol , tak boleh pakai Unta kena lah naik Mercedes Benz di padang pasir.

    pandai jugak kafir lahanat ini.

    ReplyDelete
  3. awat Din vellfire dh jadi tak keruan ni
    mmg sah penjilat UG mamat ni
    gelabah la tu ketua UG hadi awang nak kena pecat

    ReplyDelete
  4. Apa salahnya mahu menjatuhkan Presiden di dalam Muktamar? Mengaku parti demokrasi dan bukan berfahaman komunis atau berkiblatkan Karl Marx, kenapa Presiden tak boleh dijatuhkan? Presiden parti yang flip-flop tu taraf "Nabi" ke?

    ReplyDelete
  5. Malas aku nak komen.mneyampah betul aku pada peminpin ulamak Pas ni.Tungang langgang jadinya Pas ni

    ReplyDelete
  6. Malas aku nak komen.mneyampah betul aku pada peminpin ulamak Pas ni.Tungang langgang jadinya Pas ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa