Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 14, 2014

Pemimpin UMNO Mula Bersuara: Mungkinkah Akan Ada PRN Selangor?

Sebelum ini Hishamuddin kata (link) Kuatkan semangat juang untuk tawan kembali Selangor

Guna kekalutan pembangkang untuk tawan Selangor
OLEH NORLAILE ABD RAHMAN DI KAJANG - 14 SEP 2014 (2 HOURS AGO)
Permainan politik pakatan pembangkang di Selangor memberi peluang besar kepada Barisan Nasional untuk merampas semula negeri itu di dalam pilihannya akan datang termasuklah pilihannya negeri sekiranya ada.
Ini kerana rakyat jelas menunjukkan mereka sudah muak dengan permainan pembangkang selain merasa tidak selesa dengan ketidaktentuan politik di negeri itu terutamanya selepas Langkah Kajang.
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar (gambar) berkata, hasrat untuk menawan Selangor boleh direalisasikan sekiranya BN Selangor bersedia dengan strategi dan program pelaksanaan yang benar-benar mantap.
Katanya, berdasarkan kaji selidik yang dijalankan beliau menerusi media-media sosial menunjukkan sudah terlalu bosan dengan pakatan rakyat di negeri tersebut terutamanya selepas Langkah Kajang.
Kaji selidik itu dilakukan sendiri oleh beliau terhadap penyokong dan ahli-ahli pembangkang menerusi laman-laman sosial, katanya.
"Kalau kita semua guna peluang daripada Langkah Kajang, susun strategi betul-betul, Selangor boleh ditawan semula oleh BN.
"Kita tak boleh cakap, apabila pembangkang bermasalah, automatik BN akan menang.
"BN pun kena berusaha kuat dan tunjuk bahawa kita pun hebat, kita lebih bagus daripada parti lawan.
"Hari ini, UMNO Selangor sudah ada perancangan tetapi perancangan itu mestilah yang boleh direalisasikan bukan sekadar di atas kertas," katanya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat di sini hari ini.
Tambah Khairy, pergolakan dalaman pakatan rakyat mungkin telah mengubah kira-kira 20 peratus sokongan penyokong pembangkang kepada BN bagaimanapun ianya masih belum mencukupi untuk membolehkan parti pemerintah itu berpuas hati.
Katanya, pengukuhan BN di Selangor juga diterjemah apabila Adun Kajang, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail merekodkan penurunan majoriti semasa memenangi kerusi tersebut.
Malah jelasnya, selepas enam bulan berlalu, seorang menteri besar boneka masih belum mampu dilantik bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim seperti mana yang dirancang di dalam Langkah Kajang.
"Jika dalam pilihannya kecil dahulu BN tak buat apa-apa, tidak bekerja bersungguh - sungguh, majoriti pembangkang takkan turun malah dah lama Wan Azizah jadi menteri besar.
"Ini juga menunjukkan prestasi BN lebih baik berbanding semasa pilihannya umum yang lalu cuma kita perlu berusaha dengan lebih kuat kerana kita perlu berpijak di bumi nyata.
"Kita perlu menarik lebih ramai pengundi terutamanya pengundi di atas pagar untuk menyokong BN," tambahnya.
Dalam pada itu, Khairy mengulangi pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menegaskan bahawa Akta Keharmonian Nasional sekiranya dilaksanakan tidak akan menggugat hak keistimewaan orang Melayu, agama Islam dan raja-raja seperti yang termaktub di dala Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, orang Melayu tidak perlu risau kerana UMNO akan mempertahankan hak-hak keistimewaan tersebut di dalam akta baharu yang bakal menggantikan Akta Hasutan 1948.
Perdana Menteri dalam satu kenyataan Jumaat lalu berkata, kerajaan tidak akan tergesa-gesa di dalam membuat keputusan sama ada mengekalkan atau memansuhkan Akta Hasutan.
Sekiranya Akta Keharmonian Nasional diperkenalkan, Najib berjanji ianya tidak akan menyentuh kebiasaan amalan di negara ini seperti yang tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan seperti hak istimewa orang Melayu, agama Islam dan raja-raja. - Malaysia Gazette

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa