Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 14, 2014

Aksi Sarkas: Lagi Komentar Menarik!

Aksi sarkas krisis Selangor: Hadi pantau Khalid
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 13 September 2014
Kemelut jawatan menteri besar Selangor semakin kusut dengan kenyataan terbaru Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tetap mahu mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor sebagai jalan menyelesaikan semua masalah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2014. 

Kemelut jawatan menteri besar Selangor bertukar menjadi aksi sarkas dan hari ini keseluruhan episod bertukar menjadi tidak munasabah.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor merangkap Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mendedahkan hari ini Datuk Seri Abdul Hadi Awang membayangkan kemungkinan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar semasa pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) daripada DAP, PKR dan PAS.
"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Nazmi bagaimanapun berkata, pendirian tersebut bercanggah dengan persetujuan awal bersama DAP dan PKR yang mahu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.
Kenyataan berkonflik antara PKR dan DAP satu hal yang lain. Namun, idea itu sendiri adalah tidak masuk akal.
Satu, Hadi tidak layak memantau Khalid yang sudah dipecat daripada PKR kerana kedegilannya.
Tingkahlaku presiden PAS itu juga mencerminkan dirinya sebenar, seorang yang tidak menepati janji.
Persoalannya, adakah Khalid akan mendengar cakap Hadi? Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu juga enggan mendengar nasihat sesiapa pun dalam partinya sendiri, mengambil contoh dalam isu serius seperti pembinaan lebuh raya dan penstrukturan air di Selangor.
Kedua, rekod Hadi semasa memimpin kerajaan negeri adalah lebih buruk. Beliau menjalankan tugas dengan buruk semasa menjadi menteri besar Terengganu dari 1999 hingga 2004, sehingga PAS gagal menawan semula negeri tersebut walaupun wujud perpecahan dalam Umno.
Ditambah dengan sokongan membuta-tuli beliau kepada arwah Tan Sri Azizan Abdul Razak sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan negeri Kedah yang dipimpin PAS pada 2013, pada ketika PR memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya sebelumnya.
Dan bukankah Hadi, menjadi pemimpin PAS yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan dengan Umno di Selangor jika ditekan untuk memastikan sokongan kepada Khalid?
Oleh itu, dimana logiknya Hadi boleh memantau Khalid dan memastikan PR kekal memerintah Selangor pada masa depan?
Aksi akrobatik politik Hadi dalam kemelut di Selangor menjadikannya daripada watak sampingan kepada watak utama. Membenarkan beliau bertindak mengikut caranya akan hanya menjadikan PR bahan jenaka kepada rakyat Selangor.
Dan satu-satunya pihak yang akan mentertawakan mereka adalah Barisan Nasional (BN), sama seperti mereka lakukan di Terengganu pada 2004 dan Kedah pada 2008. – 13 September, 2014.

8 comments:

  1. Kenapa dgn org tua ni !!!
    Tentu mahal harganya untuk acara akrobatik dia di selangor...beriya2 dia nak sgt perpaduan dgn umno.

    ReplyDelete
  2. Tuan Mountdweller.
    Kalaulah betul apa yang dikatakan oleh Ketua Pemuda PKR tersebut, saya beranggapan amatlah malang sekali idea yang dilontarkan oleh Presiden PAS, malah menjejaskan PAS sebagai parti dinamik berlandaskan islam undur kebelakangan dari PKR dan DAP.
    TSKI sebagai mb Selangor sebagai ADUN bebas tidak mendapat sokongan dari PKR dan DAP, dan beliau telah menyatakan untuk melepaskan jwtn mb selepas lantikan mb baru yg diperkenankan oleh Sultan Selangor.
    Cakap yang berputar2 dan tiada pegangan asas menjadikan beliau seorang ahli politik yang tidak boleh dipercayai langsong, kecuali dalam memberi ceramah2 agama sebagai tuan guru.
    Jalan yang adalah TGHH memberi laluan pemimpin2 lain utk menerajui PAS agar lebih dihormati oleh parti2 gabungan PR dan rakyat amnya.

    ReplyDelete
  3. Amenser mung cakap Hadi?. mcm muker mung nk pantau MB Khalid???. mung sedor dok mung cakap mender???? berat mung nih. Jadi MB Ganu pong dok rok ... mujur dang sepenggal..

    ReplyDelete
  4. Kalau PAS hilang kerusi di Pulau Pinang, Perak,dan Selangor pada PRU akan datang. Haji Hadi yang benggong ni bertanggung jawab

    ReplyDelete
  5. Ni baru betul orang kata gila babi

    ReplyDelete
  6. Tak faham lh saya mcm mana PAS duk simpan orng mcm ni. Humban ke longkang jer.!!!

    ReplyDelete
  7. ular-mak tak sedar diri. dia sendiri tak boleh nak pantau menantu dia, ada hati nak pantau khalid konon? puiiiiii... porah la lu ular-mak kentut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ular mak main tuduh orang mngedar pil kuda ikut suka ati tnpa 4 orang saksi. Hahahaha.. Ikut sedak dia jer. Ulamak mender gining..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa