Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 14, 2014

Perlukah Rakyat Malaysia Ke Singapore?

Yang berduit nak shopping harga tol bukan masalah bagi mereka
Cuma yang kerja di Singapura tu kenalah cari jalan jimat
Bagi rakyat biasa, untuk apa ke sana?

Naikkan tol: Singapura ibarat bina tembok - DAP Johor
OLEH MOHAMAD HAMAS DI JOHOR BHARU - 14 SEP 2014 (8 MIN AGO)

Tindakan Singapura menaikkan kadar tol terhadap kenderaan yang keluar daripada republik itu semalam bagi membalas tindakan yang sama oleh Malaysia, diibaratkan seperti "membina tembok di antara kedua-dua negara berjiran," kata DAP Johor.
 
Pengerusinya Liew Chin Tong berkata,  dengan kedua-dua negara menaikkan kadar tol sehingga 470 peratus, tidak ada rakyat Malaysia yang berkemampuan untuk menyeberangi Tambak Johor dan berulang-alik ke republik itu.
 
"Dengan kedua-dua negara "saling berbalasan" menaikkan kadar tol, ia adalah seperti tembok dibina untuk memisahkan kedua-dua negara," katanya di dalam satu kenyataan hari ini.
 
Semalam, pihak berkuasa Singapura menaikkan kadar tol bermula daripada 1 Oktober ini bagi menyaingi kenaikan kadar tol yang diumumkan oleh Malaysia pada 1 Ogos lepas.
 
Menurut Chin Tong yang juga anggota Parlimen Kluang, dengan kenaikkan kadar tol oleh kedua-dua negara bakal meninggalkan kesan kepada Iskandar Malaysia yang menggunakan kelebihan kedudukannya yang berhampiran dengan Singapura untuk menarik pelaburan.
 
"Ekonomi di selatan Johor bakal terjejas dengan sektor-sektor seperti perdagangan, pelancongan dan lojistik menerima kesan," katanya dan menambah, ekonomi negara juga akan menerima kesan negatif.
 
Semalam, Singapura mengumumkan kenaikan kadar tol bagi kereta yang meninggalkan republik itu meningkat kepada S$3.80 (RM9.62) daripada S$1.20, manakala kadar tol bagi van dan kenderaan barangan ringan pula meningkat kepada S$5.80  daripada S$1.90.
 
Bagi teksi dan bas pula, kadar tol baru adalah S$1.90 dan S$3.10 daripada S$0.60 serta S$1 sebelum ini.
 
Untuk kenderaan yang memasuki Singapura pula, republik itu mengenakan kadar tol yang baru bagi kereta S$2.70, S$4 bagi (van, kenderaan barangan ringan), S$5.30 bagi (kenderaan berat) dan S$1.40 (teksi) serta S$2.20 bagi bas. -- MALAYSIAGAZETTE

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa