Tapi Melayu........telur sebiji pun sapu!
Kalau kakitangan awam elaun lebih masa satu jam pun mereka tipu
Elaun minyak dua tiga km pun tergamak tipu
Dr Mahathir malu dengan kaum Cina sebab Melayu malas
TMI - Published: 14 September 2014
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku malu dengan kaum Cina dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan sifat amanah yang kekurangan dalam kaum Melayu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 14 September, 2014.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan kritikannya kaum Melayu malas, serta mengakui malu dengan kaum Cina yang disifatkannya lebih maju ke hadapan.
Dr Mahathir berkata, kaum Melayu masih tidak rajin, memberikan contoh situasi yang berlaku di pusat pengajian tinggi di mana hampir majoritinya perempuan berbanding lelaki.
"Belum rajin. Umpamanya tidak rajin belajar. Kalau kita pergi universiti, 70% perempuan. Budak-budak jantan (lelaki) apa dia buat? Jadi mat rempit, itu saya kata tidak rajin," kata Dr Mahathir dalam wawancara eksklusif bersama Mingguan Malaysia hari ini.
Menurut Dr Mahathir, walaupun mendapat tempat di institusi pengajian tinggi, kaum Melayu tidak manfaatkan masa sepenuhnya untuk belajar secara serius dan tidak membaca buku.
Dr Mahathir mengaku malu dengan kaum Cina, mengambil contoh dalam penguasaan Bahasa Inggeris.
"Saya malu, budak-budak Cina belajar tiga bahasa tetapi bercakap Bahasa Inggeris lebih fasih daripada budak-budak Melayu.
"Kita belajar dua bahasa, Bahasa Melayu dan Inggeris, tetapi orang Melayu cakap cukuplah apa hendak belajar Bahasa Inggeris lagi," kata beliau merujuk kepada keputusan Putrajaya memansuhkan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkannya.
Bekas presiden Umno itu berkata lebih mengecewakannya, kaum Melayu tidak bersikap jujur dan amanah serta terlalu mementingkan wang berbanding kaum Cina.
"Kedua berkenaan kejujuran, ikhlas dan amanah.
"Sekarang ini saya ada kedai roti, saya hendak terus terang, saya amat malu kerana di antara pekerja Melayu, Cina dan Myanmar atau mana-mana, pekerja Melayu kadang-kadang kalau tengok duit dia lupa, dia tidak jujur.
"Dia nampak duit, kalau boleh sapu, dia sapu.
"Orang Cina tidak begini," katanya kepada akhbar Utusan Malaysia edisi Ahad itu.
Dr Mahathir turut mengungkit sikap orang Melayu yang tidak mahu membayar hutang walaupun berkemampuan.
"Berapa banyak orang Melayu bila berhutang, tidak bayar.
"Dapat biasiswa tidak bayar balik. Bukan tidak ada duit tetapi tidak bayar. Kita kena amanah," katanya.
Menurutnya lagi, atas faktor itu juga banyak kontrak diberikan kepada Cina kerana lebih amanah berbanding kaum Melayu.
"Kita hendak beri kontrak, kita beri kepada Cina sebab kita tahu dia buat elok.
"Ini kelemahan kita, kita tidak amanah," katanya.
Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mengakui beliau mengkritik kerana enggan menipu diri sendiri, sebaliknya belajar untuk berdepan dengan realiti.
"Saya tidak pernah hendak tipu diri. Kalau malas, saya kata malas.
"Kalau orang tidak suka, tidak sukalah," katanya.
Baru-baru ini, Dr Mahathir juga secara terbuka mengakui gagal mengubah kaum Melayu yang dianggap sebagai pemalas.
Baginya, untuk kaum Melayu berjaya, mereka perlu menjadi lebih rajin dan tekun, serta mengubah cara bekerja.
"Kita kena kerja lebih tekun, lebih kuat dan lebih rajin.
"Macam saya perkenalkan Dasar Pandang Ke Timur kerana saya perhati orang Jepun rajin bekerja," katanya. – 14 September, 2014.
syabasss Tun
ReplyDeleteMadey ni india kah atau mamak ? Macamana dia boleh kenal melayu berbanding bangsa @ keturunan dia sendiri? Mana pejuang bani melayu? Jati, perkasa mana? Atau apa yang dikatakan oleh Madey betul? Kalau betul maka kena tambahlah... selain dari Pemalas dan Tak Jujur... melayu juga Bodoh kerana selalu kena tipu dengan Ameno Baru Ciptaan Madey... setiap kali PRU..
ReplyDeleteMadey ni india kah atau mamak ? Macamana dia boleh kenal melayu berbanding bangsa @ keturunan dia sendiri? Mana pejuang bani melayu? Jati, perkasa mana? Atau apa yang dikatakan oleh Madey betul? Kalau betul maka kena tambahlah... selain dari Pemalas dan Tak Jujur... melayu juga Bodoh kerana selalu kena tipu dengan Ameno Baru Ciptaan Madey... setiap kali PRU..
ReplyDeleteSalah sapa semua benda ni berlaku??
ReplyDeleteSalah pemimpin atasan kan!!
apa2 pun definasi jgn sesekali pakai definasi yg datangnya dari kepartian politik demokrasi serta pendukung2/pentaksubnya...siapa yg patot kita kesian dan sedihkan dlm hubungan sesama manusia ni??melayu memang malas tapi itu bukan kemunduran yg paling mengerikan..kemunduran yg paling mengerikan ialah bila manusia itu menyembah berhala walaupun dia rajin..sepatotnya manusia yg sembah tuhan yg esa la patot kesiankan manusia yg sembah berhala,pergi sampaikan agama pada mereka..tapi mana manusia2 yg beragama?kita buat x tau dan x kesian kat mereka kan,sebab orang politik demokrasi dah ajar kita la yg patot dikesiankan kan hehe?dan mana pula puak yg mengaku menjuarai agama Brbanding muslim lain?..sebok rebut kerusi demokrasi juga kan?kita kena kesian kat manusia yg kemundurannya sangat mengerikan walaupun dia rajin...kepada rakan2 semua,jgn di dengar definasi yg datangnya dari kepartian politik demokrasi serta pendukung2/pentaksub2nya...mereka berbohong.
ReplyDeletepandangan Tun M kepada bangsa melayu itu tepat. melayu bila nak berhutang macam janji di buatnya dan bila dah dapat terus hilangkan diri.jauh sekali nak bayar. yang melayu memang tidak bolih lihat wang. mula lah datang akal untuk menipu, melayu ini tergulung dari kalangan Pemimpin hingga lah ke raayat biasa, semua nya pemalas, hanya kadangx ja yang kerja bersungguhx.
ReplyDeletematde gagal bagi orang melayu rajin
ReplyDeletepandai cakap orang puteh selama dia ada ada kosa dulu
kesian matde dia malu kat bangsa lain
Bila dia jadi melayu,hahaha..
ReplyDeleteKrisis identiti betul la mamak ni..
Anon 4:35 PM
ReplyDeleteItu sebabnya dia kutuk Melayu kaw,kaw...
Mahathir bukan melayu. Tu sbb dia kutuk melayu kaw kaw. Tp melayu UMNO sgt mendewakan Mahathir. Apa lagi veteran melayu UMNO. Melayu yg bukan UMNO melihat dia perosak bangsa melayu dlm senyap.
ReplyDeleteBetul Cakap Tun Mahathir ini.
ReplyDeleteMelayu rata rata Bahalol , baik Tok Guru hingga ke Nelayan. Sama aje.