Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 13, 2014

Tergelak Sakan.....Mabuk Ker Apa?

Padan muka PKR dan DAP
Sekali gitu, sekali gini ......apa daa......?
Manusia lalok pun nak ajak bincang!
Orang tadak parti dia nak jadikan MB
Orang Selangor mesti tahu kenapa Hadi berkeras sangat nak kekalkan Khalid

Macam ni jerlah
Hadi bawa Khalid masuk PAS dan kekalkan dia jadi MB dengan sokongan BN
Kalau dapat sokongan majoriti...tamat cerita!

Presiden PAS mahu Khalid kekal MB Selangor, kata Nik Nazmi
TMI - Published: 13 September 2014
Ketua Angkatan Muda Keadilan Nik Nazmi Nik Ahmad pengakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat untuk mengekalkan sebagai menteri besar Selangor sedia ada adalah suatu perkembangan yang agak merisaukan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 September, 2014.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai menteri besar (MB) Selangor, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Nik Nazmi Nik Ahmad sebagaimana yang dikatakan Hadi dalam pertemuan dengan Pemuda Pakatan Rakyat (PR) semalam.

Hasil pertemuan tersebut menyaksikan Hadi berkata hanya dengan mengekalkan Khalid, kemelut isu MB Selangor akan selesai.


"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Tan Sri Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan hari ini, yang turut berada dalam pertemuan semalam itu.
Pertemuan tersebut juga turut disertai bersama Ketua DAPSY Teo Kok Seong dan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Suhaizan Kaiat.
Bagi Nik Nazmi, perkembangan tersebut agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid.
"Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor.
"Meskipun isu perlantikan MB belum selesai, tetapi Khalid kini hanya bertindak sebagai MB peralihan yang diterima Sultan Selangor. Apatah lagi Khalid kini hanyalah Adun Bebas, tidak berparti," kata beliau.
Krisis MB Selangor bermula sejak PKR memperkenalkan "Langkah Kajang" yang bertujuan menjadikan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar bagi menggantikan Khalid.
Bagaimanapun, Khalid berdegil sehingga menyebabkan kepada pemecatannya.
Pakatan juga berpecah dan berbeza pendapat dalam isu MB Selangor, PAS secara terbuka  menolak Dr Wan Azizah sebagai calon MB.
Hadi juga sebelum ini mempertikai kelayakan dan kebolehan Dr Wan Azizah sebagai calon MB.
Istana Selangor sehingga kini masih belum memuktamadkan untuk melantik siapa yang layak  sebagai pengganti Khalid.
Nik Nazmi bagaimanapun menggesa supaya kekusutan dalam krisis MB Selangor diselesaikan dalam kerangka bersama Pakatan. – 13 September, 2014.

- Sila baca juga :

17 comments:

  1. Sekarang siapa yang mabuk ketum ni?

    ReplyDelete
  2. Bukan apa.cuma nak pastikan je.lalok ke tak.dah makan keropok lekor cicah budu.

    ReplyDelete
  3. Siapa dapat keprcayaan ADUN? Kalau hendak ikut kemahuan TTHH, KETUM,LKS tak payah dewan.

    ReplyDelete
  4. Alamak !!! Ularmakkk!!! PAS PUS PUSSY

    ReplyDelete

  5. "Pilihan itu tentulah bertentangan dengan sokongan majoriti Adun Selangor terhadap Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor.
    P la tanya rakyat la badul.....

    ReplyDelete
  6. (Ketawa dahulu)....."Hj Hadi Awang mahu Khalid Ibrahim dikekalkan dan beliau sendiri akan memantau segala perlaksanaan dan tugasan Khalid sebagai MB Selangor".

    Elok sangat lah tu, pakar ekonomilah katakan, mahu memantau Khalid... Hoi! Hadi Awang, kamu pergi pantau dahulu Stadium Runtuh, Masjid Runtuh kat Trengganu itu dahulu sebelum memantau rumahtangga orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pantau khalid???? Uwaaa hebat!!! Jd MB Ganu habis tunggang langgang skrg nk pantau khalid.. Giler ke apa?

      Delete
  7. Dah sewel agak. Rasa terlebih pandai jadi bodoh makan taik

    ReplyDelete
  8. Dah macam2 TGHH.....pengikut PAs kena wala kt Presiden..

    ReplyDelete
  9. Mai pakat doa beramai semoga DUN Selangor di bubar.. Kita pakat tengok PAS dapat berapa kerusi. Aku rasa setngah kerudi pun tak ada. Biar BN rmpas blik senang. Habis citer. Biar melopong semua. Aku tak dokong mana2 parti dlm PR. Tp sokong tumbangkan BN. Tp sekarang biar BN rmpas blik padan muka Hj. Hadi yg tak sedar dek untung.

    ReplyDelete
  10. Abe

    Kalau benar berita ini ambo duduk tepi gelanggang dululah. Sebab ambo kata sebelum ini TGHH dan geng UGnya kena diturunkan dari jawatan. Bawa usul di dalam muktamar ke 60. Cadangan ambo yang sama sebelum ini nampak ekstrim tapi sekarang sudah menjadi satu keperluan mendesak. Macaman puak minoriti boleh kontrol puak majoriti.
    Pemimpin2 yang xsetuju dgn TGHH dan geng UGnya ni ada telo ke tak? Kalau xde baik keluar PAS je....adapun xguna! Cerdik sensorang, nafsu nafsi tak melambangkan sifat progresif.

    Lagi satu lawak TGHH sedang menanti kita. Bila terkantoi dengan kenyataan ini dia akan kata Nik Nazmi kurang fahamvapa yang beliau cakap sebab dia bercakap dalam loghat Ganu....hahaha.

    ReplyDelete
  11. Wahai pendukung2 parti kelamkabut. Tolong baca apa yang didedahkan oleh Che'gu Bard dan Raja Komando tentang pemimpin2 kamu dan parti kamu seblum nak caci Presiden pas!!

    ReplyDelete
  12. Hadi taknak komen pasal tentera US buat latihan kat ganu n klate ke?

    ReplyDelete
  13. kesemua yg komen kat atas ni adalah BANGSAT SEMUANYA......puiiiiiii

    ReplyDelete
  14. ini semua bala kerana masing2 ikut hawa nafsu yg menggila. wahai ahli politik kembalilah kepada Allah......

    ReplyDelete
  15. Kalau TSKI dipantau, ditegur kelak tapi tak nak dengar TGHH, macamana pulak. Kemelut lagi nak.

    ReplyDelete
  16. Komen biar ler jgn sampai sempitkan laluan titian siratulmustaqim.susah nanti oi.dunia rasa mudah sebab tak nampak alam akhirat...jadi agak agak ler bila ngomen tu.jgn mudah mencaci cela.penyedia tapak pun siap sekali kena.nanti disana baru nak sedor bila dah terlewat.tanam iman didada.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa