Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 13, 2014

Krisis MB Selangor: Persoalan Yang Sangat Menarik.

Adakah Sultan mahukan pilihan baginda ditolak?
Pasukan theantdaily04:00PM Sept 12 2014

KOMEN PEMBACA: Malaysia adalah sebuah negara demokratik, dan selepas PRU13 baru-baru ini, warga Selangor mengundi bagi kerajaan untuk mewakili mereka. Sejak Merdeka, rakyat telah melantik para pemimpin yang mereka pilih untuk mewakili mereka, untuk menyediakan keperluan mereka dan menguatkuasakan undang-undang. Rakyat boleh menjatuhkan pemimpin-pemimpin mereka yang tidak cekap, mereka berhak untuk berbuat demikian.
Tiada mana-mana individu, tidak kira siapa, mempunyai hak untuk mencabar hak-hak perlembagaan rakyat. Dengan berbuat demikian, orang yang melanggar hak-hak perlembagaan rakyat yang termaktub boleh dianggap sebagai pengkhianat.
Seorang anak mungkin tidak berkongsi perspektif dan pendapat  yang sama dengan bapanya. Tetapi sudah tentu, ini tidak bermakna yang ianya suatu pengkhianatan. – hosh
Musa Ng: Artikel ini sedikit sebanyak menangani suatu persoalan yang saya miliki:-
Apa yang berlaku apabila PKR dan DAP merasakan tiada calon lain yang sesuai selain daripada Wan Azizah?
Tiada siapa yang seolah-olah dapat menjawab ini.
Saya tidak faham mengapa Sultan masih mahukan tiga nama dari setiap parti.
Seperti yang anda telah perkatakan, jika Sultan memilih sesiapa selain daripada Wan Azizah, orang itu akan hanya ditolak pada perhimpunan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang, dan baginda mengetahuinya.
Jadi, baginda seolah-olah MAHUKAN pilihannya ditolak.
Mengapa Sultan mahu menampakkan yang seolah-olah pertimbangan baginda meragukan?
Sangat menarik.
Shawn Abdullah: Jika MB baru berhadapan dan tewas melalui undi tidak percaya sekalipun, Sultan boleh membubarkan DUN dan mengadakan pilihan raya baru. Maka ia akan menjadi sebuah pertembungan di antara Sultan dan Pakatan. Mari kita lihat siapa yang menang.
Wan Ismail Annuar: Janganlah kita masuk ke dalam lubang yang kita tidak boleh keluar. Jangan ditentang titah Sultan. Tidak ada sebab untuk mempunyai seorang MB boneka.
Koon Hock Sun: Biarkan rakyat yang memilih.
Ulasan-ulasan ini diberikan oleh pembaca rencana “Selangor MB fiasco: Should we go back to square one …”.

5 comments:

  1. Mesti ada udang di sebalik batu, kalau tidak masakan perjanjian Langat2 ditandatangan secara tergesa-gesa sebelum Khalid Ibrahim diperkenankan meletak jawatan. Konspirasi terancang dari bawah hingga paling atas.......(nak letak jawatan pun perlu penangguhan? Sebab ada nama kerabat Diraja Selangor yang berkepentingan di Pejabat MB - Siapa pula Raja Hj Idris Raja Kamaruddin ini?)

    ReplyDelete
  2. Hukum sahaja pemberi-pemberi komen di atas dengan Akta Hasutan 1948

    ReplyDelete
  3. mb boneka atau apa ka belum dibuktikan lagi, tapi dah terbukti pm sekarang memang hancuss!

    ReplyDelete
  4. Ada tangan ghaib dlm krisis Selangor. Tangan siapa? Majoriti msssa ada jawapannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa