Siapa yang 'Pelawok'?
Nik Nazmi atau Hadi?
Semalam cerita lain
Hari lain pulak!
Hadi enggan akui mahu Khalid kekal MB, mengatakan hanya Sultan berkuasa
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 14 September 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata tidak punyai hak menentukan pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, hanya Sultan Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 14 September, 2014
Datuk Seri Abdul Hadi Awang enggan mengesahkan dakwaan beliau sedang mencari jalan mengekalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar, sebaliknya mengatakan semuanya terletak kepada keputusan Sultan Selangor.
Gabungan Pakatan Rakyat (PR) di Selangor berpecah tentang siapa yang seharusnya menggantikan Khalid yang dipecat PKR kerana kedegilannya bulan lepas.
PKR dan DAP mahukan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengetuai negeri itu dan PAS mempunyai pandangan berbeza.
"Hak tentukan menteri besar Selangor ini bukan pada saya. Itu Sultan menentukan.
"Saya tiada hak tentukan MB Selangor. Sultan Selangor yang boleh menentukan siapa," katanya kepada media selepas menyampaikan ceramah di Kampung Geting, Tumpat malam tadi.
Apabila ditanya tentang jalan penyelesaian kebuntuan Selangor dengan mengekalkan Khalid dan beliau secara peribadi akan memantau, Hadi berkata beliau masih belum membaca berita berkenaan.
"Saya masih belum baca berita hari ini. Saya baru balik dari Jakarta semalam (Jumaat)," katanya.
Semalam Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Hadi mahu Khalid dikekalkan sebagai menteri besar Selangor agar kemelut pimpinan di negeri itu mampu diselesaikan.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor itu berkata perkembangan tersebut agak merisaukan ketika PKR sendiri sudah memutuskan untuk memilih presiden partinya, Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid.
"Apabila ditanya tentang pandangan Tuan Guru Haji Hadi tentang jalan keluar isu ini, beliau memberi jawapan akhirnya adalah dengan mengekalkan Khalid dan Tuan Guru sendiri akan memantau kelemahan Khalid," kata Nik Nazmi dalam satu kenyataan.
Hadi ketika ditemui tidak menafikan mengadakan pertemuan bersama ketua pemuda Pakatan Rakyat (PR), namun tidak memberikan ulasan lanjut mengenai pertemuan berkenaan.
"Ramai. Mungkin antaranya Nik Nazmi adalah Pemuda PAS, Pemuda DAP, AJK PAS Pusat pun jumpa.
"Pertemuan ramai. Banyak orang jumpa saya, cumanya menteri besar Selangor ini serah kepada DYMM Tuanku Sultan," katanya.
Ahli Parlimen Marang itu turut diminta mengulas mengenai kenyataan Naib Presiden PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menyatakan partinya akan menghantar nama alternatif jika Sultan Selangor tidak memperkenankan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru.
Katanya, PAS tidak akan mencampuri siapakah calon menteri besar Selangor yang disenarai pendek PKR kerana parti Islam itu sudah menghantar nama calon seperti yang dikehendaki istana.
"Itu terpulang pada PKR. Saya tidak boleh campur dalam pemilihan PKR, siapa yang dia hendak pilih.
"PAS serah tiga nama. Parti lain saya tidak tahu serah berapa nama," katanya yang turut ditemani beberapa pimpinan PAS di peringkat negeri.
Semalam, Shamsul Iskandar tidak menolak kemungkinan PKR akan menampilkan calon lain jika Sultan Selangor tidak berkenan melantik Dr Wan Azizah sebagai menteri besar baru.
Katanya, Dr Wan Azizah juga sudah menghantar surat penjelasan kepada Istana Selangor mengenai sebab mengapa PKR hanya menghantar satu nama untuk diperkenan Sultan Selangor.
“Setakat ini memang tiada lagi perbincangan khusus mengenai calon baru oleh pimpinan tertinggi (PKR), tetapi kita tidak menolak kemungkinan akan ada perbincangan susulan jika rundingan dengan istana menemui jalan buntu.
“Setakat ini kita lebih kepada usaha memujuk baginda Tuanku. Kita berharap dapat menghadap Tuanku berbincang secara jelas pendirian dan keputusan parti mengambil langkah sedemikian,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon semalam.
Isnin lalu, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyatakan kecewaan dengan tindakan PKR dan DAP yang mengingkari arahannya supaya mengemukakan lebih dua nama untuk dipertimbangkan sebagai calon menteri besar Selangor bagi menggantikan Khalid.
"Tindakan parti DAP dan PKR ini menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja dan merupakan satu perbuatan derhaka kepada Sultan Selangor," kata Sultan Selangor melalui kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Sulitnya Datuk Mohamad Munir Bani.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon ampun daripada Sultan Selangor kerana hanya menghantar satu nama dan mengulangi kesetiaan partinya kepada Sultan.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memohon ampun bagi pihak partinya tetapi bertegas tindakan mereka hanya menamakan Dr Wan Azizah selari dengan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor dan konvensyen sebelum ini.
Hadi dalam satu taklimat khas bersama ahli PAS pada 5 September mengatakan presiden PKR tidak layak menjadi menteri besar Selangor kerana tidak mempunyai kemampuan berhujah di Parlimen atau DUN. – 14 September, 2014.
dalam keadaan tertentu atau dalam tekanan Hj Hadi kadang-kadang "tak tahu apa yg dia sendiri cakap" asyik cakap aje tapi berbelit-belit, pusing sana,pusing sini.
ReplyDeleteHari tu hadi sakit jantung... terselamat.. ni sakit kepala.. tak tahu apa kesudahannya.. mamat ni dah patut berenti
DeleteHadi sudah lagi tidak relevan di kaca mata rakyat semua bangsa mau pun dari mata ahli ahli PAS sendiri.
ReplyDeleteHadi sendiri mengetahui hakikat ini.
Sekarang ini Hadi memainkan peranan hu ha jaja jaja nama dan agama dengan harapan rakyat masih ingat Hadi sebagai Presiden PAS dan melupai Tok Guru Nik Aziz.
Hadi seorang yang Gagal sekarang ini memalu kan jutaan Ahli Ahli PAS serta Melayu , dan yang paling sedih Tok Guru Nik Aziz pun di ngok nya buta buta.
Ambo pening doh
Nak pantau TSKI....lebih byk buka mulut sal slangor...lebih byk kemaluan PAs akan terbuka.
ReplyDeletebukan ahlol tpi ba**ol
Dah expired...ingatan tak menentu...!!! Tapi tetap kena wala..
ReplyDeletePemuda PKR ni cakap bukan boleh percaya..menang pun secara tipu.
ReplyDeleteAuta aje lebih.Kalau Pengarah Tragedi PKR fizi bersuara,semua orang dah naik meluat dan menyampah.
Buang Tabiat? Jika begitu PAS wajar menyelidik sama ada Presiden ini sihat dari sudut kewarasannya.
ReplyDeletePolitik suku..ugama suku..
ReplyDeleteLa sapa yg jd 3suku..
Sepatutnya Hj.Hadi bolih menyelesaikan masaalah ini dengan mudah,berdasarkan beliau fahaman islam yang beliau miliki.tapi sayang beliau juga mencipta msaaalah sehingga sekarang ini isu menjadi kalut.di sebabkan belaiu sebagai Presiden maka pengikutnya pas terpaksa mengikut apa yang beliau cakap.sebab mesti wala' dengan presiden,itu yang menjadi masalah bg Pr.Dan yang sebaiknya PAS keluar sahaja dari PR .Berjuang sendiri atau bergabung dengan Umno.semoga Pas berjaya menjadi UG
ReplyDeleteNim lah ore sakit otok. Jange dup wat kiro sangat. Mugo sakit otok memey lagu tu. Dop cayo?. Tengok lah esok pulop gapo dio oyat... Memey berat doh nim
ReplyDeletemeluat ngan penjilat UG ni
ReplyDeletepesanan utk semua penjilat UG 'berambus saja dari PAS'
jgn hancurkan PAS angkara semata mata nak memuaskan nafsu kamu utk bekerjasama ngan UMPORNO
kamu berlindung di sebalik serban utk menghancurkan jamaah
Panggil dr zuhdi cek mental tghh ni..teruk dh ni..
ReplyDelete