Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 15, 2014

NGO Dan Ketua Kampung Pula Dikerah: Durhakakah Mereka?

Stail UMNO meraih dan menunjukkan sokongan?

NGO, ketua kampung kumpul sokong Azizah
mk - 12:13PM - 15 Sep 2014
Hampir 50 pemimpin NGO dan ketua kampung Selangor hari ini berhimpun di ibu pejabat PKR bagi menunjukkan sokongan kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor yang baru.

NGO dan ketua kampung pro-PKR itu mewakili 20 NGO dan 22 wakil ketua kampung dari setiap parlimen negeri menegaskan Wan Azizah adalah calon terbaik kerana mempunyai kelayakan tinggi dan rekod cemerlang di samping sokongan majoriti ADUN.
Pengerusi Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) Selangor, Datuk Mat Ghazali Abdul Rakim berkata ADUN Kajang itu jelas mematuhi syarat menjadi seorang menteri besar selaras dengan syarat yang diperuntukkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Bercakap dalam sidang media pagi ini, beliau menyokong calon utama PKR dan DAP itu selaras dengan konsep demokrasi dan raja berpelembagaan negara ini.

"Kami menjunjung setia konsep raja berpelembagaan dan sistem demokrasi di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Negara dan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

"Konsep konvensional dalam amalam demokrasi untuk membentuk sesebuah kerajaan harus dipatuhi, bahawa mana-mana ADUn yang mendapat sokongan majoriti DUN haruslah dilantik sebagai menteri besar dan perkenan Tuanku sultan," katanya.

PKR dan DAP sebelum ini hanya mencalonkan Wan Azizah untuk dipersembahkan kepada sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor baru selepas mengambil kira sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 ADUN Selangor.

Pengalaman luas

Mengulas lanjut, Ghazali yakin Wan Azizah akan menjadi menteri besar yang cemerlang dan membentuk "majlis syura" berdasarkan latar belakang dan pengalaman beliau.

Katanya Wan Azizah mempunyai pengalaman amat luas sebagai presiden parti selama 16 tahun sejak 1999 dan lebih lama dari Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dilantik pada 2003 dan Datuk Seri Najib Razak yang menjadi presiden Umno pada 2009.
"Kami penuh yakin Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail akan menjadi seorang menteri besar Selangor yang mementingkan rakyat dengan mengamalkan corak kepimpinan secara musyawarah melalui pembentukan majlis syura kerana latar belakang pendidikan, pengalaman dan rekod beliau," kata beliau.

Bagaimanapun Ghazali tidak mengulas maksud "majlis syura" tersebut.

Sementara itu seorang pemimpin PKR Yahya Shaari menegaskan walaupun Sultan mempunyai kuasa memilih menteri besar, NGO dan pemimpin masyarakat akar umbi tetap mempunyai hak untuk menyokong pilihan mereka.

Bagaimanapun beliau mengakui mereka turut perlu akur dengan keputusan akhir Istana.

"Kita amalkan proses demokrasi, kita bergerak atas demokrasi berparlimen. Sesiapa sahaja yang dilantik (istana), Insya-Allah rakyat Selangor akan sokong," katanya.

2 comments:

  1. kadang kadang , nak tunjuk kebenaran kebaikan pada mereka mereka yang bahalol bukan mudah.

    Wan Azizah adalah terbaik dari calon calon bahalol yang lain.

    eh!!! orang orang bahalol boleh jadi doktor kesihatan ke ??? doktor doktor PHD melambak , nelayan daratan pun boleh jadi doktor PHD.

    moga2 yang bahalol itu akan celik hati dan memahami ajaran Islam sepenuh nya bukan ikut angin saja.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa