Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, May 4, 2015

Ambo balik doh dengan cerita budak hitam

Jho Low hanyalah seorang ‘budak yang menyeleweng’ dan kambing hitam dalam kemelut 1MDB
07:30PM Mei 03 2015
oleh Hazlan Zakaria

SEKILAS PANDANG: Di sebalik tuduhan ke atas beliau dan seruan daripada dalam Umno sendiri kepada pihak berkuasa untuk menahan beliau, hakikatnya tetaplah bahawa budak kaya Pulau Pinang Low Taek Jho hanyalah seorang budak yang menyeleweng dalam kemelut 1MDB.
Ketika beliau didakwa sebagai orang tengah, pemudahcara dan orang yang bertanggungjawab menguruskan yang sepatutnya memainkan peranan penting dalam pergerakan billion ringgit wang awam, beliau bukanlah penjenayah sebenar di sebalik urus niaga meragukan. 
Menyalahkan Low untuk keseluruhan kemelut ini mirip dengan mengatakan bawah bekas komando polis Sirul Azhar dan Azilah Hadri membunuh rakyat Mongolia Altantuya Shaaribu dengan sebab dan kemahuan mereka sendiri.
Seperti mereka juga, ianya kelihatan Low mungkin dijadikan sebagai kambing hitam.
Semangnya, benar atau tidak seperti tuduhan itu, beliau bukanlah orang yang bertanggungjawab melaksanakan dan meluluskan urus niaga 1MDB dan ia sepatutnya di pihak Kementerian Kewangan.
Jika benar terdapat sebarang jenayah, lembaga pengarah dan pegawai syarikat itu yang merancang, meluluskan dan melaksanakan transaksi yang sepatutnya dipersoalkan ke atas akauntabiliti mereka terlebih dahulu.
Meletakkan sepenuhnya kesalahan di bahu Low, yang lebih dikenali sebagai Jho Low, dan hanya menyalahkan bahagian beliau tentu sekali datang dari seseorang yang tidak berfikir sedalam-dalamnya.
Atau mungkin itu adalah ideanya, untuk mengalihkan kesalahan kepada orang lain dan bukannya pengarah-pengarah syarikat, pegawai-pegawai, penasihat lembaga pengarah, pegawai kementerian kewangan yang terlibat dan menteri yang bertanggung jawab sekali.
Ini mungkinlah apa yang sepatutnya dipertimbangkan oleh ketua Cheras Umno Syed Ali Alhabshee sebelum berkata betapa penatnya beliau menunggu para penyiasat menangkap usahawan itu dalam siasatan 1MDB.
Nama Low mungkin “sering disebut-sebut” tetapi tuduhan penyalahgunaan dana itu menjangkaui bilionair terkenal itu.
“Kita (telah) menunggu sejak awal Mac, dan langsung tiada sebarang hasil daripada penyiasatan oleh pasukan khas, yang telah ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB,” beliau dilaporkan telah menulis di atas talian.

Beliau turut mengeluh bahawa pasukan khas yang menyiasat perkara ini sedang bergerak sangat perlahan dan tidak memanggil Low untuk disoal siasat.
Syed Ali mendakwa bahawa sementara Low berterusan menafikan penglibatannya dengan 1MDB, bilion ringgit dari 1MDB telah didakwa mengalir ke dalam akaun yang dikawal oleh Low.

Tetapi biarpun begitu, siapa yang meluluskan dan melaksanakan urus niaga ini pada awalnya. Ianya bukanlah Low, tetapi pegawai-pegawai kerajaan Malaysia dan pegawai-pegawai 1MDB.
Laman sesawang Anti-Taib Mahmud, Sarawak Report telah konsisten mendedahkan urusniaga meragukan selepas urusniaga ini kelihatan melibatkan 1MDB dan Low, walaupun Low telah memberi respon dengan berkata beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dan sebenarnya mangsa politik Umno.
1MDB yang bermasalah ini bergelumang dengan hutang dan bermasalah untuk menjelaskan apa yang terjadi kepada bilion ringgit wang yang dijamin kerajaan, pada asasnya dana awam, yang telah dilaborkan kepada urusniaga yang dikatakan pengkritik sebagai meragukan dan tidak telus.

2 comments:

  1. Selamat menulis kembali. Rindu oooo

    ReplyDelete
  2. Alhamdullillah Tuan Hajji semua sehat sejahtera.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa