Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, May 8, 2015

Angkara Taliban: Isteri Pesuruh Jaya Tinggi Malaysia berada di tempat dan waktu yang salah?

Nahas helikopter Pakistan: Taliban mengaku bertanggungjawab, sasar Nawaz Sharif

AFP |Kemas kini: Mei 08, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 08, 2015 18:45 MYT)

Nahas helikopter Pakistan: Taliban mengaku bertanggungjawab, sasar Nawaz Sharif
Dalam satu kenyataan emel oleh pihak Taliban, mereka secara terang-terangan menyatakan bahawa sasaran sebenar ialah perdana menteri Nawaz Sharif (gambar). -Foto fail
GILGIT: Puak Taliban mengaku bertanggungjawab menembak jatuh helikopter dalam kejadian yang meragut nyawa enam termasuk isteri Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan.

Dalam satu kenyataan emel oleh pihak Taliban, mereka secara terang-terangan menyatakan bahawa sasaran sebenar ialah perdana menteri Nawaz Sharif.

"Helikopter itu ditembak jatuh peluru berpandu anti-pesawat, membunuh juruterbang dan duta asing," kata satu kenyataan berbahasa Urdu dihantar oleh jurucakap utama mereka Muhammad Khurasani.

Namun, kenyataan itu belum lagi mendapat pengesahan pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan awal, Pejabat Perdana Menteri memaklumkan bahawa pesawat yang dinaiki Nawaz berada di kawasan Gilgit, namun berpatah balik ke Islamabad sebaik sahaja menerima berita tentang nahas tersebut.

BACAIsteri duta Malaysia ke Pakistan maut dalam nahas helikopter

Datin Habibah Mahmud yang merupakan isteri kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Pakistan Datuk Dr Hasrul Sani Mujtabar diberitakan menyertai konvoi tiga helikopter yang membawa delegasi diplomat asing dan bantuan ke Gilgit di wilayah bergolak Kashmir.

Helikopter yang dinaikinya bersama lima yang lain dilaporkan merempuh sebuah sekolah di utara Pakistan ketika mendarat cemas.

Dilaporkan sekolah berkenaan ditutup ketika kejadian.

1 comment:

  1. Allahyarhamah lebih layak menerima penghormatan DiRaja seperti yang di beri pada mangsa mangsa MH 370

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa