OLEH MD IZWAN
Published: 5 May 2015 5:46 PM
Pembantu ahli Parlimen Klang, Jay Jay Denis kini disiasat di bawah Kanun Prosedur Jenayah selepas mengkritik Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Mei, 2015
Pembantu Ahli Parlimen Klang, Jay Jay Denis disiasat di bawah Kanun Keseksaan susulan kenyataan menerusi akaun laman Twitter miliknya yang mengkritik Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkaitan isu tangkapan sejurus perhimpunan Hari Pekerja 1 Mei lalu.
Denis hadir ke Bukit Aman kira-kira jam 3.30 petang untuk diambil keterangan dengan ditemani peguam DAP, Gobind Singh Deo dan ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.
"Kenyataan diambil bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah dan mereka siasat beliau bawah Kanun Keseksaan 505B," kata Gobind kepada wartawan sejurus selesai keterangan diambil jam 4.45 petang tadi.
Menurut Gobind, sekiranya disabit kesalahan, Denis berdepan hukuman penjara maksimum 2 tahun dan juga boleh didenda.
Gobind membidas tindakan polis yang memanggil Denis kerana pihak berkuasa sepatutnya menumpukan kes yang lebih penting daripada mengamalkan pendakwaan secara terpilih.
"Jelas ini adalah pendakwaan terpilih, banyak kerja lain yang polis boleh buat daripada menyiasat perkara remeh seperti ini," kata Gobind.
Sementara itu, Denis menyifatkan tindakan polis berlebihan dan berkata mereka sepatutnya melindungi rakyat dan bukan menyerang.
"Kerja polis adalah melindungi rakyat dan bukan menyerang rakyat Malaysia," katanya yang menyambut hari jadinya ke-22 tahun hari ini.
Denis dalam akaun Twitternya @jayjaydenis menulis: "Dalam satu lagi langkah mengancam rakyat Malaysia, @ KBAB51 dan @PDRMsia memulakan penangkapan besar-besaran. Sekali lagi. Seramai 54 ditahan #BantahGST."
Khalid membalas, "Elok saudara @jayjaydenis berhati-hati membuat tuduhan melampau terhadap @PDRMsia yang menjalankan tanggungjawab menjaga keamanan".
Perhimpunan pada Jumaat itu berakhir dengan aman tetapi polis mula membuat tangkapan setelah ianya berakhir.
Seramai 29 orang, termasuk enam di bawah umur, ditahan petang itu, diikuti penangkapan peguam terkemuka Datuk Ambiga Sreenevasan, ahli politik pembangkang dan aktivis. – 5 Mei, 2015.
2:107. Tiadakah kamu mengetahui bahwa kerajaan langit dan bumi adalah kepunyaan Allah? Dan tiada bagimu selain Allah seorang pelindung maupun seorang penolong
ReplyDeleteyakin lah dengan pertolongan dari Allah.kerajaan Allah lagi besar dari dari kerajaan manusia
tak payah kritik igp. dia tak suka dikritik. biar dia hidup dlm dunia khayalan dia
ReplyDelete