Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 5, 2015

Majoriti orang Rompin sokong GST!

Tak rasmi: BN menang majoriti kurang
mk7:00PM - 5 May 2015

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN memenangi pilihan raya kecil Rompin dengan memperoleh undi majoriti lebih rendah berbanding pilihan raya umum 2013.

Dalam pilihan raya kecil hari ini, Bernama melaporkan calon BN Datuk Hasan Arifin memperoleh 23,627 undi berbanding Ketua Pemuda PAS Pahang Nazri Ahmad yang menerima 14,871 undi, Kedua-dua mereka dipisahkah dengan 8,756 undi majoriti.

Berdasarkan bandingan, perolehan semasa menunjukkan PAS mengekalkan undi yang diperoleh parti itu pada 2013, manakala BN 'kehilangan' hampir separuh undi majoriti.


Dalam pilihan raya umum 2013 calon BN ketika itu, Tan Sri Jamaluddin Jarjis memperoleh 30,040 berbanding calon PAS, Nuridah Salleh 14,926. Majoriti untuk BN ialah 15,114 undi.

Bagaimanapun peratusan keluar mengundi dipercayai menyumbang kepada keputusan hari ini.

Dalam PRU ke-13, 85.89 peratus daripada keseluruhan 53,596 pengundi berdaftar keluar mengundi, manakala hari ini ialah kira-kira 72 peratus.

Pianggu berubah

Ada dua isu besar mendominasi kempen pilihan raya umum ini, iaitu hudud dan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Pada masa sama, BN bersungguh-sungguh mahu menunjukkan prestasi terbaiknya ketika kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berdepan kritikan pedas dan berterusan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad serta penyokongnya.

Sementara itu satu sumber menyatakan ada satu pusat pembuangan undi 100 peratus Melayu menunjukkan perubahan drastik kali ini.

Katanya, pada pilihan raya umum lalu pusat pembuangan undi Pianggu memihak kepada BN namun keadaan bertukar menjadi sebaliknya pada hari ini.

Bagaimanapun setakat ini belum dapat dipastikan berapa jumlah undi diperoleh kedua-dua calon.

5 comments:

  1. masih ramai sokong omno walau hidup susah setiap tahun sambut hijrah tapi tak mau behijrah
    duk macam tu jugak la
    seronok jadi orang politik kat 1m ni
    senang menang

    ReplyDelete
  2. boleh dicadangkan kerajaan naikkan gst 10% ke 15%. melayu tak kisah asalkan kerajaan senang

    ReplyDelete
  3. Orsng orang Melayu memang sah rata rata BAHALOL rela hidup papa kedana tuk pemimpin hidup kaya ber gaya

    Yang jelas agama hanya lah tuk ikutan

    Ajaran NABI SAW bukan di ikuti sepenuhnya

    ReplyDelete
  4. Apakah ada kemungkinannya bahawa bilangan majoriti yg kurang itu disebabkan pengundi2 tersebut sedang berkampung di Permatang Pauh dan akan keluar sebagai pengundi hantu nanti?

    ReplyDelete
  5. Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa