Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 5, 2015

Nahas DUKE: Adakah situasi begini membantu?

DUKE: Miros hanya buat penyelidikan, polis akan selesaikan siasatan - Lam Thye

Wan Syamsul AmlyAstro Awani |Kemas kini: Mei 05, 2015
(Diterbitkan pada: Mei 05, 2015 14:14 MYT)

DUKE: Miros hanya buat penyelidikan, polis akan selesaikan siasatan - Lam Thye
LAM THYE: DUKE: Miros hanya buat penyelidikan, polis akan selesaikan siasatan - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Peranan Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) hanya akan melibatkan prosedur membuat penyelidikan dan bukan siasatan dalam insiden kemalangan yang berlaku pada Sabtu lepas sehingga menyebabkan tiga kematian di Lebuh Raya Duta-Ulu Klang (DUKE).

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye berkata, hasil penyelidikan dan analisa akan diberikan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya terutama isu siasatan kes berkenaan.

"Kami tidak ada kuasa untuk menyiasat, ini bukan tanggungjawab Miros. Kita hanya mengumpul data dan penyelidikan sebelum diserahkan ke pihak berkuasa. Kami harap tiada pihak yang tersalah tafsir peranan Miros dalam isu ini.

"Apabila ada kes melibatkan kematian seperti di DUKE minggu lepas, ia sekali gus menjadi tanggunjawab kami dan Miros akan membuat analisa berdasarkan data yang ada," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

BACA: Tiada pihak pertikai bagaimana kemalangan di DUKE berlaku - Ketua Trafik PDRM

BACA: Kemalangan Duke: Netizen luah rasa berang


Lam Thye mengulas kenyataan Ketua Trafik Pasukan PDRM Bukit Aman, Datuk Mohd Fuad Abd Latiff yang menegaskan penglibatan Miros dalam siasatan polis tidak diperlukan kerana peranan badan itu adalah hanya untuk menjalankan penyelidikan dalam aspek keselamatan jalan raya.

Mohd Fuad turut berharap pihak-pihak berkenaan untuk tidak membuat sebarang kenyataan yang boleh menjana spekulasi negatif sehingga membangkitkan ketidakpuasan hati masyarakat terhadap polis.

Dalam pada itu kata Lam Thye, Miros bagaimanapun boleh mencadangkan kepada kerajaan seandainya ada aspek penting yang boleh ditambahbaik dari segi keselamatan jalan raya.

"Ia sekali gus boleh menngkatkan tahap kesedaran undang-undang di kalangan pengguna jalan raya," jelasnya.

Pada Selasa, Mohd Fuad menafikan kenyataan yang dibuat Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi yang menyatakan bahawa terdapat banyak pihak mempertikaikan kemalangan yang berlaku di DUKE.

Tegasnya, tiada pihak yang mempertikaikan bagaimana kemalangan tersebut berlaku selain telah mengenal pasti beberapa individu terlibat yang menyebabkan berlakunya kemalangan di antara dua buah kereta MyVI dengan kereta Pajero sports Sabtu lepas.

BACA: "Tangkap orang yang langgar ayah saya", luah Nur Firuza Amira kepada Zahid

TEGAS:Ini soal nyawa, 'orang dalam' pun akan diambil tindakan - Zahid Hamidi

Sebelum ini, wakil daripada Familia Myvi Club (FMC) yang juga orang kedua kelab tersebut, Hairul Safuan menjelaskan, kunjungannya dan beberapa ahli FMC ke rumah keluarga mangsa adalah atas rasa prihatin dan tanggungjawab untuk menjaga hubungan baik di antara mereka.

2 comments:

  1. Myvi Club ini ada banyak kawan Mat Kampau mesti boleh kautim punyea

    Kesian ansk2 ARWAH

    ReplyDelete
  2. Kalau dh sampai nyawa org melayang kenalah buat sesuatu.. Polis trafik kenalah pantau. Apa guna jadi polis trafik. Jgn asik nak kawal mat rempit je.. yg samseng jalan pun sama.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa