Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, May 6, 2015

Profil Pemimpin: Korang tengok hobi antara mereka hanya seorang yang pelik

Kelebihannya ada pada Ahmad Awang tapi tak tahulah dari segi apa yang orang PAS menilai........
Kalau nakkan Ulamak, Ahmad Awang dan kalau bukan Ulamak adalah Husam
Sebelum ini aku ingatkan Husam buta Arab macam aku.......rupanya tidak

Walau pun aku hanya bekas pemimpin kecil......tapi hobi utama aku tetap membaca di samping hobi menerokai alam semula jadi
Tidakkah pelik sekiranya hobi utama seorang pemimpin besar adalah menjala dan memancing?

Penantian sepucuk surat layak cabar Hadi
mk - 10:49AM - 6 May 2015

Tiga belas tahun tidak pernah dicabar, menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan mudah.

Justeru, walaupun rasmi layak bertanding, calon utama yang berpotensi mencabar Hadi, Ahmad Awang, masih mahu melihat hitam putih untuk membuat keputusan lanjut.

"Tunggu terima surat daripada Jawatankuasa Pemilihan baru buat keputusan," kata bekas anggota Majlis Syura Ulama itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Sebelum ini Ahmad, presiden 17 tahun Persatuan Ulama Malaysia (PUM), berkata tiada guna beliau mengumumkan hasrat bertanding atau tidak memandangkan keadaan kempen yang didakwa kotor.

Selain Ahmad, bekas exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa turut dicalonkan bertanding mencabar Hadi Awang yang menyandang jawatan itu sejak 2003.

Husam, naib presiden PAS, setakat ini juga masih belum memberi jawapan untuk merebut jawatan itu daripada Hadi.

Hadi dipercayai selesa dengan pencalonan jauh di depan, walaupun ia tidak semestinya boleh diterjemah dalam bentuk undi dalam pemilihan awal Jun ini di Kuala Selangor.

Tuan Ibrahim: Tunggu

Sementara itu, bagi jawatan nombor dua PAS pula, jawapan sama juga diberikan oleh Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditanya akan mencabar penyandang Mohamad Sabu.

"Tunggu surat rasmi," kata Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ringkas melalui kiriman SMS.

Mohamad menyandang jawatan tersebut sejak 2011.

Selain Tuan Ibrahim, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dan Husam turut tersenarai mencabar Mohamad bagi merebut jawatan itu.

Mohd Amar juga setakat ini masih belum menyatakan pendiriannya. Begitu juga Mohamad yang memberi alasan untuk memberi tumpuan kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh terlebih dahulu.

Calon layak bertanding dikehendaki menjawab surat sama ada menerima atau menolak pencalonan bertanding sebelum 19 Mei, jam 5 petang.

7 comments:

  1. Pemimpin BAHALOL untuk bangsa BAHALOL dan Pemimpin BIJAK tuk bangsa Membaca.

    Kalau pancing jala ini kerja orang orang Malas saja.... Yang pasti waktu sholat datang dan pergi masa tunggu Ikan masok Jala

    Itu kan kerja BAHALOL jelas di pertunjuk kan pada air muka dan cara hidup nya.

    Ini ajaran NABI SAW ke ????

    ReplyDelete
  2. salahkah hobi memancing atau menjala?

    ReplyDelete
  3. tgha BANYAK TULIS BUKU...INI MENUNJUKKAN BELIAU KUAT MEMBACA DAN MEMINATI MEMBACA.TULIS BUKU BERMAKNA KENA RUJUK KITAB,RUJUK KITAB MAKNANYA MEMBACALAH.......KITA KENA NILAI DGN ADIL.

    ReplyDelete
  4. Menjala boleh la. Kalau yg besar masuk jala banyak untong wooo. Mesti pandai tiup ikang besar masuk jala. Ikan kecik halau jauh2

    ReplyDelete
  5. Ha ha ha ha

    Jala UG boleh kaya ber gaya Bini Muda , Rumah Batu Besar , Mercedes dan Batu Nesan di Makam Pahlawan

    Jom KIOK !!!!!

    ReplyDelete
  6. Aper masalah sebenar nyer ko ni mountdweller ? Aku duk perati ko ni mmg kepalerr pnghasut besar hinggakn hobi seseorg pon ko nk prtikaikn .. doser ker hobi memncing atau ko nak prlekehkn hobi mnggembala kmbing pulak pas ni ?

    ReplyDelete
  7. Dia yang mengatakan hobi dia suka menjala mancing Menulis buku sebagai kewajipan tak sama dengan hobi Hobi ialah apa yang kita buat pada masa lapang Bila jadi pemimpin masa lapang dalam kereta atau menunggu fligt tak kan nak memancing pulak Pemimpin yang hobinya main golf pun dah menjelaskan pemimpin jenis macamana ini kan pulak menjala memancing

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa