Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 6, 2015

BAFIA jadi penghalang?

'BAFIA halang AmBank dan BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Abdul Khalid
'BAFIA halang AmBank dan BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Abdul Khalid
ABDUL KHALID: Bank-bank berkenaan dilihat perlu merahsiakan maklumat sekali gus tindakan itu tertakluk kepada undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).- Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pihak AmBank atau Bank Negara Malaysia (BNM) disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Asian Wall Street Journal (AWSJ) yang didakwa atas nama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak benar-benar wujud atau sebaliknya.

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bank-bank berkenaan dilihat perlu merahsiakan maklumat sekali gus tindakan itu tertakluk kepada undang-undang di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (BAFIA).

"Tiada sebab Najib atau mana-mana menteri Kabinet yang dilihat boleh mengeluarkan arahan kepada AmBank atau BNM supaya mengeluarkan rekod bank seseorang individu. BAFIA halang AmBank dan BNM dedah pemilik akaun kontroversi tersebut.

"Jadi tidak ada apa yang boleh mendesak kedua-dua bank itu untuk mendedahkan apa sahaja yang tertakluk di dalam Akta BAFIA, jika didedah, kepercayaan rakyat termasuk dunia kepada sistem perbankan negara akan musnah," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

BACA: AmBank, BNM harus sahkan sama ada akaun 'milik Najib' wujud - Rafizi

Abdul Khalid mengulas kenyataan Naib Presiden PKR Rafizi Ramli yang menggesa AmBank serta BNM mengesah atau menafikan sama ada nombor akaun yang didedahkan AWSJ yang didakwa atas nama Najib benar-benar wujud.

Jelas Rafizi, langkah ini dapat memberi gambaran terbaik kepada rakyat sama ada Najib benar-benar terlibat atau tidak dalam pengambilan dana berjumlah hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) dari 1MDB.

Sebelum ini, Abdul Khalid merupakan seorang ahli korporat dan pernah menjadi Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) firma syarikat kewangan yang diselia kerajaan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Pada tahun 1981, Abdul Khalid menjadi terkenal setelah menyelesaikan 'serangan Subuh' di London Stock Exchange, yang mana PNB mencatat agihan 51 peratus syer di syarikat perindustrian British iaitu Guthrie kurang daripada dua jam.

Abdul Khalid kemudian menjadi CEO Malaysianized Guthrie yang kini dikenali sebagai Kumpulan Guthrie Bhd dari tahun 1995 sehingga 2003.

BACA: 'Sumber kami kukuh, bukan siasatan berniat politik' - Wall Street Journal

Dalam pada itu ujar Abdul Khalid, kenyataan Rafizi sekali gus dilihat mengelirukan orang ramai serta sengaja menimbulkan persoalan yang tidak harus terjadi.

BACA: Najib dakwa Mahathir di belakang dakwaan beliau ambil wang 1MDB

Bagaimanapun katanya, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan boleh memulakan siasatan ke atas pemilik akaun bank yang didakwa AWSJ serta Sarawak Report.

BACA: Saman WSJ: PM akan buat keputusan beberapa hari lagi

"Akta BAFIA itu pula tidak tertakluk kepada kuasa SPRM sendiri untuk 'masuk' dan memulakan siasatan terhadap laporan media itu.

"Hasil daripada siasatan harus diumum dan ia akan menyelesaikan kemelut yang melanda Najib sendiri," ujarnya.

BACA: Dana ke akaun PM: Pasukan siasatan khas dibentuk, tiga syarikat diserbu

Pada Ahad, Najib menegaskan, selaku perdana menteri yang dipilih rakyat, dia tidak akan sesekali mengkhianati rakyat dan harta benda negara ini.

Kata Najib, pihaknya tidak akan membenarkan anasir luar untuk menggugat dan menjatuhkan kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang dipilih oleh rakyat, sesuka hati mereka.

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam kenyataannya baru-baru ini berkata, pihak berkuasa kini menyiasat tiga buah syarikat yang dikaitkan dengan dakwaan AWSJ yang juga dilaporkan oleh Sarawak Report.

4 comments:

  1. Kalau org biasa POPIAlah ! Lain orang BAFIALAH! X BOLEHLAH DIDEDAHKAN .

    ReplyDelete
  2. Pooh key mark punya undang2...selamat lagilah penyangak harta @ duit rakyat!

    ReplyDelete
  3. sudahlah khalid.
    janganlah nak jadi mb selangor balik.
    sebaiknya letak jawatan sebagai
    ahli parlimen bandar tun razak
    dan ahli dewan undangan pelabuhan klang.
    kerana awak bertanding atas tiket pkr.
    nak tanya, boleh ke calon
    keluar parti (kini bebas) jadi mb?
    kalau tak boleh, nyanyuklah khalid ni.
    kalau bergabung pas/umno/bebas pun
    belum tentu dia boleh jadi mb.
    dulu khalid ni ok buat aku
    tapi sejak krisis mb dulu, meluat pula.

    ReplyDelete
  4. Mana ada BAFIA lagi!. Dah diganti dgn Finanial Instutions Act.
    Klu tak silap, BNM mempunyai kuasa membenarkan institusi bank memberi kenyataan mengenai butiran pemilek akaun pelanggan. Tapi dlm kes ni jangan harap ler. Tak berasap dapor para jongos nanti.
    Dengarnya berapa ramai staff AmBank dah kena pecat. Ada nyawa juga telah hilang dan dikaitkan dgn kes ni.
    YaAllah selamatkan kami dan tanah tumpah darah kami Janganlah kami diuji pelbagai bala bencana hanya kerana kerakusan segelintir antara kami. Ameen!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa