Posted on Monday, July 06 @ 14:40:57 MYT by paktam
Oleh Abu Hassan AdamDemi menjaga maruah keluarga (keluarga Tun Abdul Razak bin Datuk Hussin) bangsa, negara dan agama, DS Najib harus mengambil tindakan berani dengan mengundur diri ( buat sementara) dari jawatan Perdana Menteri, bersendikan falsafah ‘berani kerana benar dan takut kerana salah’. DS Najib tidak perlu ragu-ragu mengambil tindakan sedemikian sekiranya beliau betul-betul tidak melakukan ‘malapetaka’ sepertimana yang didakwa oleh Wall Street Journal itu. Maruah rakyat dan negara harus diutamakan oleh DS Perdana Menteri. Sebagaimana yang dikatakan oleh adiknya sendiri, Dato Nazir Abdul razak di Instagramnya yang meletakkan rakyat negara ini di atas segala-galanya. Selanjutnya beliau menyatakan,"They gave their lives so we could build a nation. In this darkest of political times, we must remember to place the country and the rakyat first.Not personal interests, nor personal loyalties, not even party politics,"Rakyat Malaysia amat bersetuju agaknya dengan saranan sedemikian dan sememangnya begitu sifat orang Melayu tulin apabila berhadapan dengan sesuatu kemelut yang membabitkan diri dan negara yang dipimpinnya. DS Najib harus menonjolkan dirinya sebagai ‘anak lelaki tulin’ keturunan Tun Abdul Razak Hussin dengan berbuat sesuatu yang boleh memberikan tanggapan bahawa ‘darah pahlawan’ yang mengalir dalam dirinya itu terus menerus mengalir. Tuduhan yang dilemparkan oleh Wall Street Journal terhadap DS Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia bukan suatu perkara kecil yang boleh dipandang enteng. Jarang sangat akhbar berkenaan membuat tuduhan sedemikian kecualilah apa yang dilaporkan oleh mereka itu betul-betul berlaku. Dan sehingga kini DS Najib belum lagi menyatakan ‘sahih-tidak’nya tuduhan oleh WSJ itu menyebabkan rakyat seluruh Malaysia dan dunia masih tertanya-tanya walaupun DS Najib ada membayangkan bahawa apa yang dituduh itu tidak berlaku. Pengunduran sebagai Perdana Menteri buat sementara adalah amat penting bagi DS Najib ‘membersihkan’ namanya khususnya dikalangan rakyat Malaysia yang dipimpinnya. Beliau tidak akan mampu mentadbirkan negara ini sekiranya persepsi rakyat terhadapnya diselubungi suasana negatif, walaupun beliau kerapkali mengatakan bahawa beliau dipilih oleh rakyat atas dasar demokratik melalui pilihan raya. Rakyat akan terus merasa sangsi selagi DS Najib masih berdoalk-dalik dan tidak berani melakukan tindakan yang boleh meyakinkan kembali keyakinan rakyat terhadap kepimpinannnya. DS Najib akan dilihat sebagai pemimpin yang hebat sekiranya beliau ‘menyerahkan’ diri untuk diadilkan oleh rakyat dan penguasa undang-undang seperti Polis, SPRM, Bank Negara, dll. Setelah dilakukan penyiasatan yang terperinci dan didapati ‘bersih-sebersihnya’ barulah imej Perdana Menteri akan terserlah sebagai pemimpin bangsa yang cukup hebat. Kini seolah-olah DS Najib ‘bergantung nyawa’ kepada sokongan-sokongan yang dilafazkan oleh pihak-pihak tertentu yang kadang-kadang tidak tahu apakah ‘biji-buah’nya perkara yang mereka sokong. DS Najib juga harus sedar bahawa ada ‘sokong yang boleh membawa rebah’ terutama sokongan yang berasaskan kepentingan diri masing-masing. Golongan yang kononnya menyokong itu akan hanya ‘berdiri di belakang’ selagi seseorang pemimpin itu berkuasa dan boleh digunakannya untuk ‘berladang di kepala’ si pemimpin itu. Mereka hilang lenyap entah ke mana selepas seorang itu tidak lagi berkuasa. Suasana ‘tidak menentu’ di Malaysia kini juga menelurkan suatu suasana yang boleh menyerlahkan ‘kebodohan’ dan ‘kepandiran’ setengah rakyat Malaysia. Ada sokongan-sokongan yang diberikan oleh mereka pastinya menampakkan bahawa sebenarnya mereka tidak arif tentang apa yang berlaku. Mungkin baru kini mereka mendengar ada akhbar di dunia yang bernama ‘Wall Street Journal’ dan mereka mengagak bahawa akhbar berkenaan setanding dengan Utusan Malaysia atau Berita Harian yang dilihat mereka setiap hari. Mungkin begitu. Biar aku ulangi penjelasan Dato A.Kadir Jasin mengenai penyiaran berita akhbar berkenaan. Katanya,“The reporting rules at newspapers like WSJ and its sister publication, Asian Wall Street Journal (AWSJ), are very stringent. In cases like 1MDB, reporters’ copies will be vetted by company lawyers. In most instances the lawyers would insist on seeing supporting documents and the identities of the reporters’ sources of information” sebelum sesuatu berita itu disarkan Maknanya dengan sendirinya memberikan keyakinan kepada kita bahawa apa yang ditulis oleh WSJ semacam betul dan tepat dari segi fakta (sehinggalah dibuktikan tidak tepat). Dengan sebab itulah penafian demi penafian yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu sudah pasti hanya mengundang cemuhan dan kritikan yang mempersendakan minda pihak yang membuat penafian. Lagi banyak penafian dibuat maka lagi luaslah publisiti untuk ditonton oleh seluruh masyarakat dunia yang membayangkan tentang tidak cerdiknya setengah pemimpin kita. Namun begitu bagi menjernihkan nama DS Najib dan maruah negara dan bangsa Malaysia, DS Najib tidak harus teragak-agak untuk mendakwa akhbar berkenaan dan seterusnya meletakkan jawatan sementara penyiasatan dijalankan . Itu yang merupakan langkah ‘anak jantan’ keturunan pahlawan. http://abuhassanadam.blogspot.com/ |
PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)
Tuesday, July 7, 2015
Kalaulah benar jantan!
Demi Maruah- Ds Najib Harus Mengundur Diri Buat Sementara
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semua tahu mamat ini BACUL
ReplyDeleteKalau Jantan , tak ada lah Altantuya KIOK
Betul betul betul...mat setuju 200% huhu
DeleteBetul betul betul...setuju 200% huhu
DeleteBetul betul betul...setuju 200% huhu
DeleteBetul betul betul...mat setuju 200% huhu
DeleteJangan ikut penilaian arun jin, kalau buat perkara yang mungkar mana mungkin pakai lojik.
ReplyDelete