Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 6, 2015

Bayangan apakah gerangannya, Nazir?

Nazir: Kita hidup dalam masa gelap politik
mk - 8:30AM - 6 Jul 2015

Pengerusi CIMB, Datuk Seri Nazir Razak – adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – menyifatkan situasi politik Malaysia sebagai "masa gelap politik".

Beliau menyatakan demikian melalui tulisan di Instagram dengan memuatkan gambar Tugu Negara.

Nazir menyeru agar masyarakat mengambil teladan daripada pengorbanan anggota pasukan keselamatan itu.

"Dalam masa gelap politik ini, kita mesti ingat untuk mendahulukan negara dan rakyat.

"Bukan kepentingan peribadi, atau kesetiaan peribadi, atau malah bukan politik parti," kata Nazir, yang mengetuai CIMB, kumpulan perbankan kedua terbesar di negara ini.

Gambaran yang diberikan oleh Nazir berhubung senario politik itu timbul ketika abangnya bergelut dengan dakwaan menggelapkan dana hampir AS$700 juta.

Menurut laporan The Wall Street Journal Jumaat lepas, wang tersebut telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Najib.

Ssebahagian besar daripada dana itu telah dipindahkan dalam bulan Mac 2013, dengan bakinya dipindahkan antara Disember 2014 dan Mac 2015, lapor akhbar AS itu.

Najib telah menuduh pengkritik utamanya, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, menjadi dalang di sebalik dakwaan tersebut.

Najib memberitahu pemberita semalam bahawa perkara itu sudah dirujuk kepada peguam beliau dan mereka akan memberikan nasihat mengenai tindakan wajar yang boleh diambil dari segi perundangan.

1 comment:

  1. Adik sendiri ter sangat MALU dengan keadaan hina Abang nya laku kan pada diri mereka dan keluarga sehingga ter paksa menyata kan kebenaran

    Adik senditi tidak dapat ber buat apa apa kerana Abang dan kawanan ya semua sudah kemaruk RASUAH

    Hanya MALAIKAT MAUT mampu mengubah per RASUAH tadi.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa