Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 15, 2015

Bayangkan ketika ini Mahathir sudah tiada.........

Tuhan, Panjangkanlah Usia Mahathir....
Tuesday, 14 July 2015

Membaca posting terbaru Tun Mahathir Mohamad di blog chedet.cc yang ditulis dalam bentuk sajak bertajuk "Malaysia Tanahairku",  barangkali ramai yang tersentuh hati dan sebak dada ketika menghayatinya.

Ia bukan saja kerana luahannya mengenai nasib bangsa dan negara yang tidak jauh berbeza ketika berkuasa dulu, tetapi yang lebih mengharukan apabila bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu mengakhiri sajaknya dengan bait-bait..."biarlah aku pergi, mata terpejam rapat, nafas perlahan berhenti...."

Dalam rangkap sebelumnya pula, beliau menulis, "aku akan pergi tidak lama lagi, dapatkah aku pejam mata dan hembus nafas terakhir."

Mungkin ramai yang bertanya, apakah maksud bait-bait tersebut itu?

Apakah "pergi" itu bukan saja bermakna kematian yang merupakan kepastian bagi setiap manusia tetapi bermaksud ingin menjauhkan diri daripada kemelut politik yang sedang berlaku sekarang lantaran kecewa kerana Najib Razak yang ditegur dan diasaknya agar berhenti demi masa depan UMNO dan negara, tetapi terus juga ingin bertahan dengan kuasanya tanpa memperdulikan bangsa dan negara akan rosak binasa?

Apakah sajaknya kali ini bermaksud beliau sudah dapat merasakan misinya untuk menurunkan Najib akan berakhir dengan kegagalan berikutan sikap degil Perdana Menteri untuk berundur, lalu ingin mengalah daripada terus melakukan asakan bagi mengelakkan keadaan lebih buruk dan membiarkan saja takdir menentukannya?

Baru saja menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 90, apakah pula luahan rasa hati melalui sajaknya kali ini kerana Tun Mahathir sudah mula merasakan usianya mungkin tidak lama lagi di dunia ini?

Mungkin hanya Tun Mahathir yang tahu apa maksud sebenar luahan isi hati melalui sajaknya kali ini. Tetapi tentunya rata-rata rakyat Malaysia mengharapkan agar Tun Mahathir terus diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usianya oleh Tuhan.

Bukan saja kerana jasa dan sumbangannya terlalu besar untuk negara ini, kekalnya Tun Mahathir dalam persada politik negara dengan sikap prihatin dan pedulinya juga sebenarnya membawa banyak kebaikan negara.

Cuba bayangkan jika sejak bersara pada 2003 dulu, Tun Mahathir hanya diam dan tidak ambil peduli langsung mengenai politik negara?

Di mana hala negara ketika ini dan siapa menguasainya di belakang tabir?

Mungkin juga jika selepas keputusan buruk pada pilihanraya 2008 dan Tun Abdullah Badawi dengan "geng tingkat 4" tidak diturunkan kemudiannya, UMNO dan BN sudah berada dalam pengaruh luar atau tidak lagi menggenggam kuasa ketika ini.

Bayangkan juga, jika di era kepimpinan Najib yang boros dan suka bermewah ini, tiada lagi Tun Mahathir yang disegani dan dihormati dalam negara ini?

Kiranya tiada Tun Mahathir, semua orang  hanya diam dan mewah dengan budaya "cash is king", berapakah agaknya hutang negara dan penanggungan 1MDB ketika ini?

Di sebalik era kepimpinannya selama 22 tahun yang berwarna-warni, disukai dan dibenci, disanjung dan dipuji, tetapi dalam usia senja dan sepatutnya berehat saja, harus diakui bahawa Tun Mahathir sedang melakukan sesuatu yang betul untuk kita semua.

Tanpa kehadiran Tun Mahathir yang terus menegur dan bersuara, keadaan negara dan kesengsaraan rakyat barangkali lebih berlipat kali ganda jadinya.

Tetapi dengan Tun Mahathir kekal berani menegur dan bersuara, generasi yang lebih muda menjadi malu untuk jadi penakut atau hanya akur begitu saja.

Tidak mustahil juga jika tanpa adanya keberanian Tun Mahathir yang masih bersisa sekarang, sampai hari ini pun kita tidak tahu berapa banyak wang yang ada dalam simpanan peribadi pemimpin dan isteri mereka.

Tuhan, panjangkan usia Tun Mahathir sehingga kami rakyat negara ini benar-benar ada keberanian tersendiri.(SH 14/07/2015)

4 comments:

  1. Rakyat yang inginkan perubahan tidak boleh hanya mengharapkan TDM untuk menjatuhkan Najib. Jika Najib berhasil diturunkan sekalipun, Pemimpin UMNO yang mengganti beliau akan memberi harapan baru yang palsu macam Pak Lah dulu. Itulah yang sebenarnya yang diharapkan oleh TDM...supaya UMNO/BN terus memerintah agar kebejatan dan penyelewengan lama kekal dalam lipatan sejarah dan tidak dibongkar.

    Yang mahu rakyat jatuhkan ialah rejim UMNO/BN supaya suatu wadah baru boleh dilaksanakan. Jika kerajaan baru juga menyeleweng, rakyat perlu ubah lagi....barulah kita mencapai kematangan dalam berpolitik.

    ReplyDelete
  2. Amiiin, Mampos lah cepat MahaCelaka MahaFiraun, MahaPerompak Madey Sial Al Kutty Yahudi laknatullah.

    Bila dah mampos, aku nak tanyer Mirzan - Apo Khabor - Betul ker DSAnwar dipecat kerana tak nak bail out hutang judi kau?

    Mokhzani - mana arah tuju kau ker arah tuju Bapak kau? Drp Pantai - Perubatan, Lumba Kereta, Minyak...Laa Nie Melepak kat nanooo

    Buat Si Botak Mukhriz, eeeeh ehhh, Bila Kamu Nak Letak Jawatan MB Kedah...

    ReplyDelete
  3. KALAU TUN MAHATHIR SUDAH TIADA , bukan 42 BILION hilang tapi 4,2 TRILION Hilang sampai negeri Terengganu pon di Gadai nya

    Kepala Otak !!!!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Tun Mahadhir telah sedaya upaya memberitahu rakyat bahawa Najib akan mengakhiri riwayat parti melayu UMNO dalam masa terdekat...aku percaya bahawa Tun Mahathir masih sayangkan parti melayu UMNO yang telah memerdekakan Tanah Melayu dan nasib orang2 melayu dari genggaman penjajah bertahun2 yang lalu...lihatlah betapa Mahadhir telah membangunkan PutraJaya...KLIA termoden di Asia...dan berbagai lagi kemajuan sehingga nama beliau dikenali diseluruh dunia...Mahadhir juga berani bersuara lantang diseluruh dunia...sehingga USA/Yahudi merasa tergugat akan pendirian beliau mewakili Malaysia...rasanya tiada mana2 pemimpin didunia yang berani mengkritik dasar2 USA/Yahudi yang hipokrit...beliau juga berani mengkritik Najib dan juga Rosmah yang semakin hanyut dalam arus kemewahan...walhal ekonomi Malaysia semakin merosot dan gagal sehingga menyusahkan dan menjengkelkan rakyat Malaysia...Mahadhir juga telah membuka mata rakyat Malaysia akan berbagai2 skandal rasuah dalam pemerintahan Najib yang lemah sehingga kini Malaysia tiada apa2 kemajuan dilakukan...malah semakin mundur gara2 rasuah yang bermaharajalela yang dilakukan oleh Najib dan orang2 yang sehaluan dengannya...Tun Mahadhir harus dikenang akan jasa2nya sehingga Malaysia dikenali diseluruh dunia...setakat ini tiada PM-PM Malaysia yang lebih menonjol selain Tun Mahathir...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa