Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 15, 2015

SD 'pegawai AmBank yang dipecat' pula!

Muncul pula SD 'pegawai AmBank yang dipecat'
mk - 3:16PM - 15 Jul 2015

Kumpulan pemantau antirasuah mendakwa seorang pegawai bank dipecat setelah cuba memberitahu Bank Negara berhubung transaksi melibatkan jumlah besar ke dalam akaun dikatakan dikawal oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bagi menyokong dakwaan itu, Citizens for Accountable Governance Malaysia (CAGM) memuat naik akuan bersumpah dalam blognya yang didakwa dibuat oleh seorang bekas pegawai AmBank.

“Oleh kerana transaksi itu lebih besar daripada jumlah dibenarkan, saya terpaksa beritahu Bank Negara dan saya beritahu pegawai atasan saya bahawa saya terpaksa ikut prosedur,” akuan bersumpah itu dipetik.

Pegawai itu juga mendakwa pihak atasannya yang ketika itu sedang bercakap dalam telefon dengan seorang pegawai kanan AmBank kemudian menghempas telefon dan mengarahkan supaya arahan itu dipatuhi.

Katanya, alasan diberikan bahawa transaksi itu melibatkan seorang orang kenamaan.

“Apabila saya ketengahkan prosedur itu, pegawai atasan saya jerit dan beritahu saya Bank Negara sudah beri lampu hijau untuk pindahan itu dan saya hanya perlu ikut arahan,” menurut SD itu.

SD itu juga mendakwa, seorang lelaki mendakwa diminta melepaskan penghantaran wang daripada UBS Bank Singapura dengan jumlah SG$7 juta dalam tiga transaksi pada 2 Mei 2013 dengan SG$14 juta pada minggu sebelumnya.

Malaysiakini sudah menghubungi AmBank dan masih menunggu maklum balasnya berhubung dakwaan itu.

4 comments:

  1. Umno jd kelem kabut Pas pun kelam kabut bila GHB muncul TAPI
    SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
    1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
    2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
    3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
    4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
    5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
    6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
    KESIMPULAN
    1.Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
    2.Team Harapan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka Harapan baru tetap akan kuat serta ada kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. 3.Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4
    4.Jika ada adun Pas Selangor menyertai Harapan Baru wajar diberi jawatan Exco atas kapasiti Pakatan Ber-4. Maka 1 exco Pas perlu dikurangkan diserah pada Harapan Baru. Jika pas tak setuju kena keluar dari Pakatan 2.0 . Kerajaan negeri tetap teguh kerana 2 adun Pas ke pasukan Harapan Baru ( PKR. DAP dan Harapan Baru tetap ada Majoriti Mudah)

    utuhkabin

    ReplyDelete
  2. Hairan juga aku. Mulut bisa bercakap mahu ketelusan...amanah...berintegriti...dan..rakyat didahulukan...tapi ..kenapakah bila berhadapan dgn keadaan begini...pegawai2 atasan itu boleh cuba utk merahsiakan dan melindungi pesalah2. Dimana letaknya janji2 mereka yg kepentingan rakyat umum mesti didahulukan. Dimana letaknya amanah mereka.??

    ReplyDelete
  3. INI BAHANA MEN DOKONG BIAWAK HIDUP.....

    ORANG TANG DIKONG NYA PON DI MAKAN KIOK....

    DAH KENA BUANG KERJA NAK CARI MAKAN PON SUSAH.....

    Selagi tak di selesai cara Hukum , Bala terus menimpa negara

    Bila MATI kita semua akan di soal kerana SEKONGKOL DENGAN LAHANAT aniaya Rakyat....

    Ampon Ampon Ampon YA ALLAH........

    ReplyDelete
  4. Haram jadah punya menteri!...harapkan pagar rupa2nya dalam diam2 pagar dah makan padi...AMbank rupanya lebih amanah terhadap Najib yang korup dalam menyeleweng duit hak rakyat...sepatutnya AMbank dan Najib harus didakwa kerana bersubahat dalam memindahkan wang...tidak keterlaluan jika kita patut berterima kasih pada mantan Tun dan WSJ yang berani membongkar rahsia Najib/Rosmah sebagai syaitan bertopengkan manusia...rupa2nya Najib lebih hina Anwar...dan lebih2 hina lagi dari perompak bank...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa