Posted on Monday, July 13 @ 14:31:32 MYT by paktam
Oleh Timmy Say
Sebulan 10 hari atau 40 hari. Itulah ‘panjangnya’ masa yang sudah berlalu sejak muktamar pemilihan PAS berlangsung pada 4 Jun, 2015 lalu. Bagi yang mengikuti perkembangan serangan terhadap PAS, parti ini sudah digambarkan berubah secara total dalam masa 40 hari.
Tidak mungkin PAS dah berubah dalam masa 40 hari.Jika PAS sudah berubah sebelum 40 hari ini, mengapa mereka yang menyerang sekarang ini tidak mendedahkan kepada rakyat dan menyerang PAS dari dalam lebih awal?
Atau mereka sendiri yang sudah berubah tatkala dikejutkan dengan keputusan muktamar? Biarlah masa menentukannya, dan rakyat menilainya selepas segenap waktu.
Persepsi 2: Keuntungan PAS bersama PKR dan DAP
Semua orang hanya bercakap keuntungan PAS bersama PKR dan DAP dan kerugian PAS jika tidak lagi bersama DAP.
Cuba kita berhujah sebaliknya – apakah keuntungan PKR dan DAP bersama PAS?
Sebelum 2008, PKR dan DAP tidak pernah menguasai apa-apa negeri. PAS pula menguasai Kelantan dan pernah menguasai Terengganu. Selepas bekerjasama dengan PAS, PKR mendapat peluang mentadbir Selangor dan DAP dapat menguasai Pulau Pinang meskipun PAS dan hudud berpisah tiada. Itu untung PKR dan DAP bersama PAS dan saling menerima dan menghormati parti lain tanpa soal.
Kini Pakatan Rakyat (PR) berpecah lagi. Tiada siapa yang untung. Semuanya rugi. Akan tetapi, ada yang cuba menanam persepsi PAS saja yang rugi semata-mata untuk mencari alasan bagi mencipta parti baharu.
Parti yang baharu memerlukan ahli. Ahli PKR, DAP dan Umno tidak akan menyertai mereka. Bahkan ahli PasMa sudah menyertai DAP.
Oleh itu, parti baharu ini memerlukan ahli PAS. Bagaimana untuk mendapatkan ahli PAS? Kapal PAS, yang dibina bersama selama 60 tahun ini, mesti ditebuk sehingga tenggelam supaya ada ahli PAS yang mengikut mereka walaupun mereka sebenarnya hanya tidak puas hati dengan beberapa individu dalam parti dan kekalahan di muktamar PAS.
Walaupun begitu, hak demokrasi masing-masing wajar dihormati meskipun ia satu tindakan yang kejam kepada akar umbi PAS yang mendokong perjuangan parti ini tanpa mengira siapa tukang kemudinya.
Persepsi 3: Parti baru bahaya pada BN-Umno?
BN-Umno kuat selama ini kerana setiap DUN dan Parlimen tidak berlaku pertembungan kerusi di antara parti-parti komponennya.
RoS tidak pernah meluluskan entiti PR. Tidak perlu kita menjenguk jauh mengapa ia tidak pernah diluluskan. Ini kerana kelulusan ini membawa erti perlawanan 1 lawan 1 di semua kerusi dengan BN.
BN mengharapkan lebih ramai parti pembangkang yang bergaduh sesama sendiri sehingga terlahirnya pertembungan 3 atau 4 penjuru.
Parti baharu ini akan diluluskan tanpa risau oleh Umno dan RoS sebab ia hanya merugikan pembangkang.
Lebih elok, rakyat mula bertanya dari manakah dana untuk parti baharu ini akan datang. Umum mengetahui, parti politik memerlukan dana yang banyak untuk bergerak. Tak percaya, boleh tanya Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang pernah mengendalikan Semangat 46.
Persepsi 4: Siapa yang mahu Najib turun takhta?
Hakikatnya, semua di pihak pembangkang mengharapkan Najib yang membawa BN ke PRU14 kerana ini akan meningkatkan peluang untuk menguasai Putrajaya.
Bagi mereka yang sedang menyerang PAS - jika DAP menyuarakannya, ia dipanggil strategi. Jika PKR menyuarakannya, ia dipanggil cerdik berpolitik. Jika PAS terutamanya presiden PAS yang mencanangkannya, ia dipanggil mesra-Umno. Ia pelik tapi benar, dan cuba dibenarkan sesetengah media yang mesra-mereka.
Meskipun pelik, namun permainan masih diteruskan kerana modal politik yang sulung "PAS kini sudah berbeza" kerana "PAS ingin bersama Umno" perlu terus dihidupkan supaya tuduhan kelihatan seolah-olah benar bagi membolehkan kerja menebuk bahtera PAS dapat diteruskan bagi menambah jumlah ahli ke parti baharu.
Persepsi 5: PAS tidak demokratik?
Bandingkan cara PAS memberikan ruang kepada mereka untuk bersuara meskipun negatif terhadap PAS terhadap cara DAP menangani kritikan Tunku Aziz ketika beliau masih menjawat jawatan naib presiden parti.
Kalau ini bukan demokrasi sihat dalam parti, apa lagilah definisi demokrasi yang sihat bagi sesebuah parti? Cuma parti yang demokrasinya sihat sebegini dilihat jumud, manakala parti lain yang kurang ‘vibrant’ demokrasinya pula diangkat sebagai model.
Masa akan menentukan apa dan siapa yang sakit sebenarnya.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/timmy-say/article/pas-sudah-berubah-dalam-masa-40-hari#sthash.ViCvLNph.dpuf
Siapa saja yang waras akal dan berfikir jangka panjang dengan berwawasan untuk membetulkan keadaan kepimpinan negara tidak akan pertkai dengan gabungan tiga parti berasaskan keprcayaan dan setiakawan antara satu dengan yang lain kenapa sebelum tertubuhnya PR semua pemimpin boleh sepakat dengan keputusan dan kenapa pabila setelah berjaya sedikit dengan kemenangan kerusi-kerusi DUN dan parlemen pemimpin PAS telah mula berubah dengan bermulanya dari segelintir ahli dan pemimpin PAS yang hendak bergabung pula dengan UMNO kononya demi bangsa agama dan raja sepertimana yang ditonjolkan oleh Dato Ibrahim Ali apakah itu omong kosong atau sengaja hendak dipadamkan dari pendegaran teliga rakyat , cuba kembalikan ingatan kita kenapa presiden PAS tidak ikut keputusan yang dibuat semasa meletak calun semasa PRU13 yang lalu adakah presiden PAS merasa PAS boleh bolot semua kerusi yang dipertandingkan,kesudahannya semua kalah nasib baik tidak hilang wang pertaruhan,bukankah lebih baik kita diamkan dulu biarkan calun dari parti yang dipersetuji meletakan calun mereka bukannya kita melanggar janji yang kita sediri setujui itulah sebabnya DAP bangsa cina tak puas hati tapi PKR senyap sebab tidak mahu berbalah semasa PRU bila PAS kalah presiden pula mengeluarkan kata-kata kesat mungkin pada orang terangganu perkara biasa tapi bagi orang yang kena kias amat terasa maruah diri dihina oleh seorang presiden yang kita hormati dan sanjung,kesudahannya presdien disaman nasib masih m,enyebelahi presden PAS sebab pendakwa tidak berapa minat berpanjangan dan kes dipendekkan atas sebab menghormati seorang ulama , tapi apa yang presiden kata dia berasa bangga sebab kes telah demenangi sebab katanya tiada bukti walhal sebenarnya pendakw sudah mendapat nasehat dari puncuk pimpanan PKR untuk tidak memanjangkan isue tersebut ,fikir dan fikirlah sebelum kita menuding jari kearah ahli yang sudah hilang keparcayaan dengan kepimpinan sekarang.
ReplyDeleteLKS baru berdehem...mat sabu dan mujahid berlumba2 kononnya letak jawatan...
ReplyDeleteSkrg org dalam PAS dari atas smpi ke bwh dah nak pengsan muntah loya...x jgk2 depa letak jawatan?
Bermaruah...tapi...Maruah yg dpt dijual beli...........
Sungguhpun PAS melepasi 40 hari selepas muktamar, jauh dibawah bahtera PAS masih lagi berbunyi bising, apabila diselidik didapati golongan G18 ini masih lagi meneruskan kerja mereka iaitu menebuk bahtera PAS dan mengharapkan bahtera PAS akan tenggelam supaya ramailah nanti kelasi dan anak kapal terjun dari bahtera PAS dan berpaut pada mereka.
ReplyDeleteDalam masa yang sama dari luar bahtera, G18 cuba membina satu bahtera baru yang dibantu oleh DAP dan PKR bagi menggantikan bahtera PAS, kenapa mereka masih lagi berada didalam bahtera PAS walaupun mereka tidak sehaluan dengan nakhoda dan kelasi-kelasi bahtera PAS?
Jika mereka keluar dari bahtera PAS akan terlepas lah peluang mereka untuk merosakkan bahtera PAS dari dalam, tiada lagi peluang untuk meneruskan kerja-kerja tebuk menebuk. Mereka tidak akan sesekali terjun dari bahtera PAS selagi matlamat mereka belum tercapai.
Bahtera DAP dan PKR tidak jauh dari bahtera PAS, mereka ingin sekali melihat bahtera PAS karam, namun sehingga kini bahtera PAS masih lagi kukuh walaupun ditebuk sana sini oleh golongan yang mengaku profesional.
Sokongan demi sokongan, bantuan demi bantuan dihulurkan oleh DAP dan PKR kepada golongan ini supaya penubuhan parti baharu menjadi kenyataan walaupun mereka tahu dengan tertubuhnya parti baharu nanti akan membuatkan umno-BN menjadi lebih kuat dan selesa.
DAP dan PKR lebih rela memberi kekuatan kepada umno-BN daripada menerima golongan ini menyertai mereka, kerana mereka faham benar kelakuan dan perangai golongan ini. Mereka tahu golongan ini adalah satu kawanan penebuk kapal yang profesional.
Jika nakhoda yg melayari bahtera PAS itu asyik mabuk pil kuda, sudah barang tentu bahtera PKR dan bahtera DAP tidak mahu belayar beriringan, takut nanti tak fasal2 berlanggar sesama sendiri. Bagi penumpang bahtera yg dikemudi oleh nakhoda kemabukan pil kuda itu pula, sudah tentu sebahagian besarnya tidak lagi mahu berada dalam bahtera itu yg tidak perlu ditebuk pun akan sama ada ia akan karam atau tersasar haluan. Itu sahaja.
ReplyDeleteDari Usman bin Affan ra :
ReplyDeleteSESUNGGUHNYA Allah MENCEGAH dengan sulthan (kekuasaan)...
APA yang TIDAK bisa dicegah dengan Al-Qur’an..
http://khutbah-2012.blogspot.com/2010/08/hubungan-antara-dosa-dan-bencana.html?m=1