OLEH MD IZWAN
Published: 13 July 2015 7:11 PM
Jurucakap G25 Datuk Noor Farida Ariffin berkata campur tangan Pekida dalam rusuhan di Plaza Low Yat semalam membimbangkan kerana ia hanya mengeruhkan lagi keadaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Julai, 2015.
Kumpulan 25 tokoh Melayu profesional (G25) membidas Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah (Pekida), salah sebuah kumpulan yang didakwa mendalangi rusuhan di Plaza Low Yat, sebagai mencemari kesucian bulan Ramadan.
Jurucakap G25 Datuk Noor Farida Ariffin berkata, campur tangan kumpulan pendesak Melayu itu dalam insiden semalam membimbangkan kerana ia hanya mengeruhkan lagi keadaan.
"Ia sangat menyedihkan insiden ini berlaku semasa bulan suci Ramadan. Penglibatan Pekida, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) orang Islam, memburukkan lagi keadaan ini.
"Ini menunjukkan tindakan tidak bertanggungjawab mereka dan gagal untuk menghormati kesucian Ramadan," kata Farida kepada The Malaysian Insider.
Masyarakat Melayu dan Cina perlu menolak tindakan tidak beradab ini kepada seluruh rakyat Malaysia atas kesalahan di pihak masing-masing yang menjadi punca kepada pergaduhan di pusat beli belah itu.
Ia juga perlu dijadikan pengajaran kepada ahli politik supaya tidak menghangatkan sentimen perkauman dan agama untuk kepentingan peribadi, kata Farida.
"Insiden ini perlu dijadikan pengajaran kepada ahli politik supaya tidak terus menghangatkan sentimen perkauman dan menggunakan agama serta kaum untuk kepentingan politik," katanya. – 13 Julai, 2015.
Mmg pun.
ReplyDeletePeniaga2 pun kena "pau"
Nama je pertubuhan Islam, ahli2 ramai tak solat
Bebudak BAHALOL saja
ReplyDeleteMacam KETUA BESAR jugak lah
Bebudak BADAN BESAR rata rata bebudak BAHALOL ; ini Fakta.
Banyak nya kerja Despatch atau bawahan yang tak cukup duit kena buat bebende bodoh tuk hidup.... Standard lah anak anak Melayu yang tak menjadi Orang.