mk - 6:50PM - 20 Aug 2015
Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh Datuk Seri Najib Razak 'membeli' Ahli Parlimen BN yang bersifat kritikal terhadap bekas perdana menteri itu, termasuk seorang yang mendakwa memiliki bukti salah laku Presiden Umno tersebut.
Dalam tulisan terbaru di blog beliau, Dr Mahathir berkata, Ahli Parlimen BN kini terhutang budi kepada Najib selepas mereka diberikan - dan menerimanya - jawatan dalam kerajaan.
"Malah mereka yang pernah datang berjumpa saya untuk mengadu mengenai pentadbiran Najib sebelum ini, selepas diberi jawatan dalam kerajaan, kini mengubah pendiriannya.
"Seorang daripada mereka mendakwa memiliki bukti dokumentari salah laku Najib, kini dengan gembira menyokong beliau (Najib) selepas menjadi menteri," tulis perdana menteri keempat Malaysia itu.
Menurut Dr Mahathir, ahli parlimen yang lain juga berubah sikap selepas "rundingan singkat tertutup dan ditawarkan habuan".
"Shahrir Abdul Samad (Presiden Majlis Ahli Parlimen BN) sekarang mendakwa menerima wang daripada presiden adalah wajar.
"Ia (menerima wang) sangat tidak wajar. Semua sumbangan pada masa lalu dimasukkan ke tabung parti yang dikendalikan pemegang amanah. Sokongan kepada presiden hanya terhad kepada pelaksanaan dasar parti. Ia bukan bersifat peribadi kepada presiden.
"Dia (Shahrir) secara terbuka berkata, disebabkan mendapat wang daripada Najib mereka sepatutnya memberikan sokongan kepada beliau. Ini rasuah. Adakah presiden merasuah pemimpin Umno untuk mendapatkan sokongan?" tanya Dr Mahathir.
Formula Dr M: Najib pergi, BN kekal
mk - 6:53PM - 20 Aug 201
Dr Mahathir Mohamad menggesa pembangkang mencari formula untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa mengganggu kerajaan BN.
“Jika pembangkang benar-benar mahu menyingkirkan Najib, mereka boleh melakukannya hanya jika Najib pergi tetapi kerajaan BN kekal, dipimpin ketua lain,” katanya.
Mahathir berkata bawah kerajaan BN sebelum ini, pembangkang selalu menang kerusi di peringkat parlimen selain mengalahkan BN di banyak negeri.
“Kurangnya hormat Najib kepada undang-undang dan perlembagaan dan kesediaannya membeli ahli politik dan penjawat awam boleh menamatkan demokrasi berparlimen di Malaysia,” katanya.
Datuk Seri Najib anak sulung allahyarham Tun Abdul Razak,,,,,, darah suci tun razak ada mengalir dalam jiwanya. Beliau berjiwa besar dan konsisten dalam perjuangannya. Saya penuh yakin dan percaya dasar-dasar ayahandanya yang disanjung tinggi oleh orang-orang Melayu akan diteruskannya. Saya dengan ikhlas hati berdoa agar Datuk Seri Najib tabah dan cekal dalam pengorbanannya untuk kesejahteraaan rakyat teramai. Hidup Datuk Seri Najib. Hanya orang yang telus hati sahaja yang dapat menilai pengorbanan Datuk Seri......InsyaAllah Datuk Seri Najib akan berjaya..... kepada orang yang dah pencen jaganlah jadi seperti dedalu di pohon jering,,,,,,,,,
ReplyDeleteDarah suci tun razak? Orang yg ada saham judi genting highland bedarah suci?
DeleteButa sejarah hg ni.
Puan rafizaah dah makan ubat ka hari ni. Kesiam pakcik tengok. Kaca dikataka intan. Pi makan ubat dulu sebelum nak sokong najib. Kesian kat puan rafizah.
DeleteMAT BHALOL MENTEDARAH HARTA JUDI SEJAK DALAM PEROT KAN??????
ReplyDeleteMacam mana nak jadi Orang kalau darah daging KOTOR macam banyak banyak anak anak MAT KAMPAU nun.....
Macam setan setan saja
Faham2lah Mahathir. Takkan tak faham2.
ReplyDelete