Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 19, 2015

Hari ini keputusan Mustafa Ali, esok Hadi u-turn dan overrule?

Ketika PAS dekati Umno, Mustafa Ali sokong undi tak percaya Najib
OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA
Published: 19 August 2015 7:00 AM
Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali setuju parti Islam itu menyertai cadangan kemuka usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.

Datuk Mustafa Ali bersetuju agar PAS menyertai cadangan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat walaupun parti Islam itu masih belum membincangkan perkara tersebut.
Pendirian pengarah pilihan raya PAS itu dilihat berbeza dengan pemimpin utama parti Islam itu yang kini dilihat lebih menyokong Najib.
"Secara peribadi saya setuju cadangan ini walaupun PAS belum bincang lagi," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
Difahamkan terdapat usaha rancak untuk melobi ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang agar menyokong undi tidak percaya terhadap Najib berikutan pelbagai skandal yang melanda negara termasuk syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pada Isnin, sebuah blog memaparkan 20 nama ahli Parlimen BN yang dikatakan menyokong usaha ini. Salah seorang daripada mereka sudah pun membuat laporan polis menafikannya.
"Saya ada dengar usaha ini tetapi PAS belum lagi terlibat. Ia bukan satu yang menyalahi peraturan dan undang-undang demokratik di Malaysia," kata Mustafa yang juga bekas setiausaha agung PAS itu.
Beliau yakin usaha ini boleh berjaya dengan syarat ia turut disertai ahli Parlimen BN dan bukan di kalangan pembangkang saja.
"Saya ada mendengar ramai ahli Parlimen BN turut tidak berpuas hati dengan perdana menteri yang ada. Pada saya, ia satu kemungkinan yang boleh berlaku," katanya.
Bulan lalu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengingatkan ahli Parlimen parti itu agar tidak menyokong usul undi tidak percaya jika diadakan di Dewan Rakyat bagi mendesak Najib meletakkan jawatan.
Katanya, mereka perlu akur jika tidak mahu tindakan tegas diambil, kerana PAS hanya akan melakukan perubahan melalui cara yang sihat, bukan dengan agenda melakukan perubahan politik secara tidak sihat yang boleh menghuru-harakan negara.
Ia kemudiannya disusuli dengan Najib yang memuji sikap Hadi yang berpegang pada prinsip seseorang itu tidak bersalah selagi belum dibuktikan bersalah dan Kabinet baharu perlu diberi peluang menyelesaikan masalah negara sebelum undi tidak percaya diusulkan. 
Mustafa ketika bercakap dengan The Malaysian Insider, turut mengecam Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata terdapat usaha untuk menggulingkan kerajaan dan ia bercanggah dengan Perlembagaan.
"Zahid jangan angkuh sangat seolah-olah usaha untuk menukar kerajaan ini sama dengan 'kudeta' (coup dé tat atau rampasan kuasa) dan tidak demokratik.
"Ia bukan guling kerajaan. Ada beza antara menukar kerajaan secara demokratik dengan menggulingkan kerajaan seperti kudeta ini," kata Mustafa.
Beliau berkata, ada 4 cara menurunkan atau menggulingkan kerajaan dengan cara demokratik.
Ia boleh dilakukan melalui pilihan raya umum, melalui undi tidak percaya dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri, melalui akuan bersumpah (SD) yang diperakui sultan di peringkat negeri atau agung di peringkat pusat dan melalui cara penolakan belanjawan negara yang dibentangkan.
"Jika bajet yang dibentangkan kerajaan ditolak majoriti ahli Dewan, perdana menteri yang ada perlu meletakkan jawatan.
"Semua ini proses demokrasi dan tidak boleh dianggap sesuatu yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Ia pernah berlaku di negara ini dan di luar negara dalam sistem demokrasi," katanya.
Mustafa turut meminta Zahid dan kerajaan agar tidak bertindak kasar atau membuat ugutan dan ancaman terhadap mana-mana pihak yang mahu melaksanakannya melalui proses demokrasi.
Beliau juga yakin, parti politik yang ada di negara ini tidak setuju dengan pendekatan keganasan.
"Belum ada kes dan tak mungkin dilakukan rakyat negara ini dengan ciri-ciri masyarakat Malaysia yang ada.
"Ia bakal ditentang semua parti politik jika usaha menukar kerajaan secara kekerasan dibuat," katanya.
Zahid pada Ahad memberi amaran, sesiapa yang mempunyai rancangan menggulingkan BN dengan cara "pintu belakang" perlu melangkah mayat ahli Umno terlebih dulu.
Cakap-cakap mengenai wujudnya gerakan menentang pentadbiran yang diterajui Najib ketika ini muncul ketika perdana menteri itu tertekan untuk menjawab persoalan wang RM2.6 bilion yang disimpan dalam akaun peribadinya, dengan sejumlah besar diterima menjelang pilihan raya umum 2013.
Beliau juga didakwa terlibat dalam salah laku kewangan syarikat yang ditubuhkan hasil idea beliau, firma pelaburan negara 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang menanggung hutang sebanyak RM42 bilion.
Pengkritik juga menuduh beliau cuba menutup salah laku itu dengan mengambil tindakan terhadap agensi penguatkuasaan undang-undang yang menyiasat firma itu.
Partinya sendiri, Umno juga berada dalam keadaan kacau terutama selepas beliau menggugurkan timbalan presiden parti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal daripada Kabinetnya. – 19 Ogos, 2015.

6 comments:

  1. Lebai Veto namanya

    ReplyDelete
  2. jelas terdapat percanggahan pendapat antara presiden, mursyidul am disatu pihak dan pimpinan2 lain serta ahli pas biasa dipihak yg lain. pas bakal retak sekali lg.

    ReplyDelete
  3. Inilah yang dikatan Pas yang sebenar. ,kalau tidak terjadi sedemikan rupa itu bukanlah Pas.U Turn dan Round Aout mesti ada

    ReplyDelete
  4. Itu baru pandangan peribadi tidak semestinya pandangan parti, mereka akan berbincang samada teruskan undi tidak percaya atau tunngu PRU. Itu semua strategi PAS, orang luar tidak nampak apa yang dirancang oleh PAS terutama macai2 DAP, mereka akan mengkritik apa yang dilakukan oleh PAS walaupun kearah kebaika. Keputusan muktamad hanya selepas mesyuarat bukan pandangan peribadi, Datuk Mustafa Ali faham benar strategi yang dirancang oleh PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan parti?
      Pandangan parti pas adalah pandangan hadi awang yg kelabu asap dan pandangan haron din yg gelap gulita.
      Lupa kes 2.6b?pandangan haron din,tak logik 2.6b masuk acc najib.
      Pandangan hadi plak,kes acc 2.6b kena ada 4 saksi.
      Sudah2 la jadi keldai pas ok

      Delete
  5. Pelakon cikaro pas bersuara...
    Hadi awe dah ampun dosa mung ko
    Kae hadi awe tu maksum
    Hehe...
    Berat nanang puok2 pas ni

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa