Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 19, 2015

Berita gembira yang ditunggu-tunggu oleh Hadi dan Nik Abduh.......Tuan Ibrahim bagaimana?

Bai'ah bagaimana weh?

Pemimpin GHB mula melepaskan jawatan dalam PAS
Published: 19 August 2015 11:00 AM
Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru dijangka meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 19 Ogos, 2015.

Pemimpin dan ahli PAS yang terlibat dengan Gerakan Harapan Baru (GHB) mula meletakkan jawatan masing-masing dalam parti Islam itu selepas nama parti baharu diumumkan.
Langkah ini diambil menjelang penubuhan parti Islam baharu dinamakan Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan diperkenalkan kepada umum semasa sambutan hari kemerdekaan negara 31 Ogos ini.
Mengikut perlembagaan PAS, selepas menyertai parti baharu, keahlian dalam parti Islam itu akan gugur secara automatik.
Petang ini satu sidang media khas akan diadakan di kawasan Parlimen Kota Raja bagi mengumumkan peletakan jawatan masing-masing di peringkat cawangan dan kawasan.
Selain meletakkan jawatan, 9 cawangan PAS dijangka dibubarkan di kawasan Kota Raja hari ini apabila semua AJK mereka menyertai GHB.
"Lebih 30 pemimpin dan AJK kawasan serta cawangan termasuk pimpinan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) akan hadir pada sidang media ini," kata satu kenyataan yang dikeluarkan penggerak GHB Kota Raja hari ini.
Ahli Parlimen Kota Raja Dr Siti Mariah Mahmud adalah Ketua Wanita GHB yang kini dalam proses mendaftarkan nama parti mereka.
Selain Kota Raja, PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Izham Hashim selaku yang dipertua kawasan juga dijangka akan mengambil langkah sama.
Ini kerana, selain Izham yang merupakan penyelaras GHB negeri Selangor, majoriti AJK PAS kawasan Kelana Jaya adalah penyokong GHB.
Walaupun sebahagian pemimpin cuba memujuk ahli mereka agar kekal dengan parti itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil sikap berbeza.
Hadi menyifatkan keluarnya pemimpin dan simpatisan GHB daripada PAS sebagai satu langkah pembersihan kepada parti itu.
"Itu pembersihan parti yang berlaku dengan sendiri. Apabila berlaku banjir bah, pasir berubah.
"Tidak risau, tidak risau. Gembira... gembira," katanya ketika hadir di Majlis Hari Raya Terbuka PAS Terengganu di Kuala Terengganu, baru-baru ini. – 19 Ogos, 2015. - sumber

4 comments:

  1. Sokong parti amanah 100%
    Bye2 pemimpin ego dan riak hadi awe

    ReplyDelete
  2. Kpd tuan guru Dato hj. Abd hadi el ru sila, plis dongibab.......Need polis repot? Jas a call away!

    Rani kulup

    ReplyDelete
  3. Bai'ah antara mereka dgn Allah swt bkn urusan PAS, letak jawatan dan kembalikan kerusi PAS....berani dok?

    ReplyDelete
  4. Sombong dan bongkaknya mengalahkan manusia tidak bertuhan!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa