Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 19, 2015

Apa nak dirisaukan, daftar pun belum lagi!

Kata-kata Mamat ni bukan boleh pakai pun........
Hari-hari kantoi. Macam manalah BN boleh lantik dia sebagai Pengarah Komunikasi Strategik?
Tapi rasanya kalaulah yang UMNO lumpuh, BN yang akan berkubur!

'Pakatan baru tak risaukan BN'
7:37AM - 19 Aug 2015

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin apapun tindak-tanduk parti pembangkang termasuk harapan ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang agar wujud pakatan pembangkang baru selepas pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN.
Malah Abdul Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan menjangka GHB yang dikatakan akan dilancar pada 31 Ogos ini akan terkubur seperti parti-parti serpihan yang pernah wujud di negara ini, sebelum ini.
"Kita tidak akan terjejas dengan apapun tindakan parti pembangkang. Sama ada pembangkang mahu mengambil semangat Semangat 46 dahulu, Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, tidak akan menyakitkan kepala kami dalam BN.
Yang penting kepada BN ialah meneruskan tradisi berkhidmat kepada rakyat dan memastikan keselamatan dan kestabilan ekonomi dan perpaduan sebagai teras utama," katanya.
Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bencana di Pejabat Daerah Kota Belud semalam.
Beliau berkata berdasarkan pengamatannya, GHB tidak akan mampu menarik anggota PAS dan Umno untuk menyertai perjuangan mereka kerana ahli kedua-dua parti berkenaan sangat berdisiplin dan berprinsip sebaliknya sasaran keahlian GHB adalah daripada PKR.
"Jadi PAS tidak akan terjejas, Umno juga tidak akan terjejas. Insya-Allah, GHB akan terkubur seperti mana harapan (parti-parti) lain sebelum ini.
Menyentuh kenyataan Kit Siang yang meminta ketua polis negara menahan beliau kerana menyebarkan berita palsu, Abdul Rahman berkata jika pembangkang boleh percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak menukarkan penjawat awam bagi menyekat siasatan dalam pelbagai isu, maka mereka juga perlu percaya teori bahawa terdapat cubaan untuk mengaitkan Najib dengan jenayah. 
Dalam temu bual Abdul Rahman dengan sebuah portal berita, Abdul Rahman yang juga ahli Parlimen Kota Belud berkata beliau tidak menyentuh sama ada kertas pertuduhan itu wujud seperti yang didakwa Kit Siang.
"Sama ada wujud kertas pertuduhan itu atau tidak, kami serahkan perkara itu kepada ketua polis negara untuk menyiasat dan menerangkannya.  Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya," katanya.
Abdul Rahman berkata mungkin usia Kit Siang menyebabkan pemimpin DAP itu tidak memahami maksud sebenar artikel berkenaan.

3 comments:

  1. Tanda tanda UMNO KIOK akan ber laku

    Dulu dulu , Rakyat orang orang MELAYU betul betul BODOH malas BER FIKIR.

    Zaman sekarang nih orang orang MELAYU TER PAKSA BER FIKIR tuk HIDUP

    Kalau tak FIKIR , orang orang MELAYU jadi Papa Kedana terus KIOK jugak

    PKR GHB dan DAP hala tuju kemajuan

    Yang lain Bahalol SAJA

    ReplyDelete
  2. Cuba tanya..mamat tu (Rahman Dahlan) dah sunat ka belum...
    Ha...ha...ha...
    Cakap mcm tak baliq ja lg

    ReplyDelete
  3. Dalam BN dan dalam UMNO sendiri pun dah ada ancaman.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa