Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 8, 2016

3 kenyataan Mengelirukan Dari Adiwira Dalam Negara

Posted on Wednesday, October 05 @ 10:20:19 MYT by paklang
Surat Pembaca
Oleh Muhammad Syafiq Azmi

1. Bersih 2.0 ada unsur DAESH. Jamal Yunos sebenarnya tahu atau tidak apa itu DAESH? Mereka lahir dari idoelogi yang sebenarnya dogma akhirnya menyebabkan mereka memilih untuk taksub dan esktrim dalam tindakan.

Saya kira ramai yang bersetuju gerakan pimpinan Jamal Yunos itu lebih rapat dan dekat dengan tingkah DAESH yang juga dikenali sebagai IS.

Takkan Hishamudin Rais DAESH, pemuda baju merah ketuk tingkap kereta pun dia dah tak tentu arah.

2. PAS lawan UMNO nanti bukan Islam akan memerintah. Ini juga hilang rasionalnya walau si penutur seorang yang katanya disanjung tinggi seantero gerakan Islam.

Ini adalah jarum perkauman yang kini diakupuntur kepada PAS agar imej PAS Untuk Semua musnah setelah bersusah payah dibina oleh pimpinan terdahulu.

Inilah taktik untuk memenangkan Barisan Nasional atau UMNO itu sendiri. Sedang PAS dan UMNO tak berkawan lagi melayu Islam telah lama dipersendakan, kalau berkawan pasti lebih meriah.

3. Selagi Royalti tidak diberi, kami akan terus membalak. Ini adalah alasan atau hujah yang sekadar menghalalkan cara. Malah ia lebih rakus dan zalim.

Jika kerajaan pusat tidak menunaikan janji mereka dalam melunaskan royalti hingga taraf hidup dan pembangunan terjejas, maka galang gantinya adalah dengan cara meluaskan lagi projek pembalakan.

Tapi persoalannya apakah selepas balak ditebang, taraf hidup serta pembangunan mereka kini terbela. Jika tidak, yang memberi hujah ini tiada beza dengan gerombolan dari UMNO.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa