Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 8, 2016

Ahmad Yaacob iktiraf Amanah sebuah parti Islam?

Pemangku Mursyidul Am iktiraf Amanah sebuah parti Islam
FRIDAY, OCTOBER 07, 2016
Pemangku Mursyidul Am iktiraf Amanah sebuah parti Islam  Pemangku Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ni nampaknya lebih molek jika beliau tunaikan janjinya untuk meletak jawatan MB Kelantan yang disandangnya.

Ini kerana beliau terbukti telah gagal untuk melaksanakan undang-undang Hudud di negeri Kelantan.
Ditambah lagi dengan kemelut pembalakan berleluasa yang sedang melanda negeri Kelantan hari ini

 Ini semua adalah jelas menunjukan kelemahan pentadbirannya.

Kekalutan yang melanda Kelantan dengan pelbagai isu kebelakangan ini menjadikan MB Kelantan cuba menutup kelemahannya itu dengan menyalahkan pihak lain.

Beliau menuduh ada pemimpin Melayu mahu menjatuhkan Kerajaan Islam Kelantan! Ada gerakan Islam luar negara terkejut apabila mendapat tahu, katanya.

"Wakil gerakan dari Turki dan Palestin terkejut bila mendapat tahu ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuh kerajaan Islam Kelantan.

"Mereka terkejut kerana tidak menjangka ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan," katanya yang juga Menteri Besar Kelantan. Baca di sini

Apakah gerakan dari Turki dan Palestin begitu naif tentang politk Malaysia hingga tidak ketahuan yang menentang dan melawan Pas di Kelantan sejak sekian lama ini adalah Umno?  

Semua orang tahu, malah gerakan Islam luar negara mana pun juga tahu Umno adalah parti majoriti Melayu dan merupakan musuh tradisi Pas. Dimana Pas bertanding maka disitulah juga Umno meletakan calonnya untuk bertanding.

Walaupun sejak sekian lama kerajaan Pas ditekan dan ditindas dengan pelbagai cara oleh Umno, tetapi Pas tidak pernah hebohkan kepada orang  lain dengan kata-kata: "ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuh kerajaan Islam Kelantan!"  

Sebabnya ialah : Pas tidak pernah mengiktiraf Umno itu Islam! Pada Pas Umno itu memperjuangkan kebangsaan Melayu. Menurut Pas, Umno itu sekular! Jadi tidak ada sebab untuk Pas menuding Umno sebagai 'orang Islam yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam Kelantan'  

Tetapi apabila  Mat Akob kata gerakan dari Turki dan Palestin terkejut bila mendapat tahu ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam Kelantan, maka sudah tentu ramai yang tertanya-tanya:  Siapakah orang Islam yang dimaksudkan oleh Mat Akob itu?

Tidak mungkin dia maksudkan orang Umno sebab Hj Hadi pun dah kata tak mahu berperang dengan Umno... Pas mahukan undi orang Umno, kata Hj Hadi.  

Kalau bukan Umno, tentulah 'orang Islam' yang Amat Akob sebut tu merujuk kepada orang parti Amanah! Siapa lagi?

Pas yang selama ini melabel sebagai pengkhianat dan menghukum takfiri terhadap ahli yang keluar Pas dan menubuhkan parti lain, tiba-tiba Pemangku Mursyidul Am Pas kata : "...ada orang Islam sendiri yang mahu menjatuhkan kerajaan Islam di Kelantan"

Sudah tentu 'orang Islam' yang dimaksudkan itu merujuk kepada parti Amanah Negara!  

Ini semua adalah kebesaran Allah... secara tidak sengaja Amanah telah mendapat pengiktirafan 'Islam' dari Pemangku Mursyidul Am Pas tanpa diminta.

Sebenarnya ini semua adalah tanda-tanda Pas Kelantan semakin tergugat dengan perkembangan pesat parti Amanah Negara yang semakin mendapat sambutan rakyat Kelantan sejak kemasukan Datuk Husam Musa baru-baru ini.  

Pas Kelantan masih terjebak dengan trajedi Banjir Besar kerana masih gagal untuk menempatkan mangsa-mangsa yang terlibat.
Antara penyebab banjir besar 2014 di Kelantan adalah pembalakan yang berleluasa.

Kegiatan pembalakan di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, kawasan tanah tinggi Lebir, Galas dan kawasan bersempadan dengan Pahang dan Terengganu di Kelantan dikatakan faktor utama banjir besar 2014 berlaku di negeri itu baru-baru.  

Tetapi Menteri Besar Kelantan (Kenyataan Media, 3 Januari 2015) menjelaskan: "Saya dengan tegas menyangkal tuduhan ini kerana kerja-kerja pembalakan telah dibekukan di Tanah Tinggi Lojing sejak tahun 2006 lagi.”  

Kerajaan Pas Kelantan gagal menangani masalah tersebut hingga ke hari ini kerana memberikan lebih tumpuan untuk membawa usul persendirian berkaitan hudud ke Parlimen.

Ketika rakyat Kelantan bermati-matian bergelut dengan tragedi banjir besar, Pas Kelantan pula bermati-matian mahu melaksanakan hudud!

Pas Kelantan tergesa-gesa dan seolah-olah tiada esok  mahu laksanakan hudud di Kelantan menjelang 2015.... Sekarang mana itu Hudud? Hoi mana Hudud??  

Ternyata akhirnya, bahawa rang undang-undang per­sendirian yang akan dibentangkan  Hj Hadi nanti di Dewan Rakyat itu bukan rang undang-undang hudud, sebaliknya pindaan kepada Akta Mahkamah Syariah 1965 (Akta 355).

Walau apa pun, parti Amanah Negara patut bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada Pemangku Mursyidul Am PAS, Ustaz Datuk Ahmad Yakob ni kerana secara tak langsung sudi mengiktiraf kewujudan parti Amanah Negara sebagai sebuah parti Islam di Malaysia. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa