Saturday, October 15, 2016

Apa nak jadi Malaysia

APA JADI PADA MALAYSIA? PEMIMPIN, PENGUATKUASA, PELAKSANAAN PROJEK RAKYAT, PENTADIR GLC TERLIBAT RASUAH!

APA jadi kepada Malaysia?

Pemimpin politik rasuah dengan alasan dana politik.

Pengerusi Agensi Kerajaan terlibat dengan rasuah.

Pelaksana program untuk rakyat terlibat dengan rasuah.

Penguatkuasa dituduh rasuah.

Pentadbir GLC dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah.

Memang sedap didengar kata-kata manis bahawa kerajaan akan berhemah di dalam perbelanjaan negara.

Tetapi jika RM114.5 juta ditemui di dalam almari seperti yang berlaku di Sabah, RM400,000 di dalam siling rumah seperti di Melaka, timbul persoalan apa sudah terjadi kepada negara ini?

Siapa yang menjaga negara dan kepentingan rakyat jika dari pemimpin sampai ke budak pejabat terlibat dengan rasuah?

Pegawai Gred 48 Kementerian Pembangunan Wanita terlibat dengan rasuah berjumlah RM597,000 duit program 1Azam - duit untuk rakyat miskin.

Bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Ku Chin Wah, seorang anggota POLIS kanan, didakwa menerima komisen RM1 juta.

Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah ditemui menyimpan RM114.5 juta di dalam pejabat dan almari mereka. Duit ini untuk menyalur air bersih kepada rakyat miskin di Sabah.

Bank Rakyat yang mengutip sumbangan kakitangan kerajaan setiap bulan, Pengerusi dan CEO nya kena dakwa di mahkamah.

Di Felda, anak Isa Samad disiasat kes pembelian hotel.

Di Felcra, Pengerusinya Bung Mokhtar Radin dan isteri beliau seorang aktress disiasat kerana pembelian amanah saham.

Sebelum Bung, pengerusi Felcra Tajuddin Rahman dikatakan membayar imbuhan kepada ahli lembaga pengarah tanpa kelulusan kementerian kewangan.

Pengarah JKR Melaka yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan projek rakyat didakwa mempunyai RM4 juta di dalam akaun-akaun amanah saham.

Pegawai DBKL memperolehi unit-unit rumah tanpa perlu membuat apa-apa bayaran.

Pegawai Tenaga Nasioanal Kelantan disiasat kerana rasuah.

Anak tiri pemimpin negara berjudi berjuta ringgit menggunakan duit yang diperolehi secara tipu muslihat melibatkan agensi kerajaan.

Di YAPEIM, duit untuk anak-anak yatim disonglap dan sehingga hari ini tidak kedengaran apa jadi dengan kes ini.

Pegawai JPJ terlibat dengan kerja haram melibatkan kemasukan kereta dari luar.

Ini belum lagi cerita Shahrizat Jalil mengenai bisnes lembunya dan pemberian biasiswa khazanah kepada anaknya.

*Apa terjadi kepada Malaysia?*

Jika seorang pegawai mengambil rasuah berjumlah RM10 juta seorang, jika 60 orang mengamalkan rasuah, sejumlah RM600 juta dirompak dari rakyat. RM600 juta wang rakyat diambil menjadi harta persendirian.

Apa yang terjadi kepada Malaysia sekarang ini?

Sebelum ini apabila kita melihat ahli politik dan pegawai kerajaan memandu kereta besar, rumah besar, di dalam hati kecil kita berkata - "mesti rasuah punya".

Tetapi kita tidak berani menuduh melulu kononnya tidak mahu menFITNAH orang.

Kini selepas berjuta ringgit dijumpa di dalam almari, siling, akaun amanah saham, rupa-rupanya yang terdetik di dalam hati kecil kita adalah benar. Ianya realiti, dan bukan fitnah.

Yang belum ditangkap entah berapa juta di dalam simpanan mereka. Berapa juta disimpan oleh ahli politik dan berapa juta lagi disembunyikan oleh Pengerusi agensi kerajaan, pengarah jabatan, pegawai penguatkuasa dan pelaksana projek rakyat.

Oleh itu tidak payahlah memperdayakan rakyat dengan kenyataan akan "berbelanja secara berhemah."

Negara sekarang ROSAK kerana RASUAH.

_*Jelapang*_

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa