Saturday, October 15, 2016

Arab Spring; Komen Dr. MAZA

[10/13, 12:13] ‪‬: Jangan Bawa Arab Spring Ke Malaysia

Saya bersetuju secara umum dengan kenyataan  Presiden Pas  DS Abdul Hadi Awang yang d laporkan oleh Media  hari ini

Beliau  menyatakan jangan bawa  Arab Spring ke Malaysia....cumanya saya tidak pasti apakah ada pihak yang benar2 ingin membawa Arab Spring ke Malaysia ataupun andaian politik sahaja

Saya tidak pasti....namun apa yang pasti Arab Spring gagal...ia gagal membawa keadaan yang lebih baik yang d harapkan

Sebaliknya kesannya ialah kemusnahan yang sangat besar....puncanya kerana semuanya berlaku tanpa perancangan masa depan yang teliti dan  campur tangan pihak2 luar yang mempunyai agenda yang tersendiri

Tiada arah tuju yang jelas dalam Arab Spring kerana tiada kepimpinan yang benar2 berkemampuan yang dapat memimpin rakyat dan negara secara teratur dan strategik

Hasilnya walaupun regim yang zalim ada yang dapat d tumbangkan namun tiada hasil yang d harapkan dapat d petik

Malaysia sekalipun ada beberapa isu  yang bukan remeh dan enteng namun tidak seteruk regim2 Arab yang ada

Apa2 usaha perubahan hendaklah d pastikan tidak membawa kepada keadaan yang lebih buruk dari yang sedia ada

Ya...setiap kita hendaklah berusaha ke arah masa depan yang lebih baik

Pentadbiran yang lebih telus dan cekap pemberian hak kepada setiap warga dengan cara yang adil lagi saksama dan kebebasan rakyat mengamalkan yang d peruntukkan oleh undang2 kepadanya

Namun semua itu hendaklah d capai dengan cara yang tidak membawa kemusnahan

Ini kerana jika kemusnahan berlaku tiada lagi masa depan yang lebih baik yang ingin d perolehi itu

DR MAZA

[10/13, 12:13]‬: Assalamualaikum 😊

Arab Spring
● Dr Maza

Komen.......

Kekadang.....ada sebahagian manusia boleh rileks2 dengan kebejatan dan kebobrokan pemimpin..

 Tapi  ada juga yang tidak senang duduk dengan kezaliman semua ini.

Sama juga.....umpamanya golongan agamawan yang tidak senang duduk dengan perkara2 bidaah dan dan hadith2 palsu yang semakin menular..

Adakah kita boleh berpeluk tubuh....?  Cumanya konsep berbeza..... cara yang berbeza..

Kita ada pendirian....kita ada matlamat.

 Dahulu pun Pas  peneraju Bersih  bersama sebahagian NGO2  untuk berdemonstrasi dan berhimpun di dataran dan stadium..

 Almarhum Tgna  juga turun untuk menuntut ketelusan dalam hal ini.. Adakah sudah lupa.....?

Kita berbeza prinsip.....berbeza fahaman tapi  mempunyai wadah dan hala tuju yang sama..

Untuk apa....? untuk kesejahteraan negara suatu hari nanti dari cengkaman kezaliman pemimpin yang dahagakan harta rakyat..

 Untuk siapa....? untuk anak2 dan cucu cicit kita...

Kerana disebabkan nafsu politik.....kita merasakan kita sahaja di landasan yang benar disamping penampakan sosok agamawan politik dalam memberi sedikit komentar berbentuk agama yang jelas berbaur politik..

Untuk kepentingan dan sukses dalam politik kepartian dan peribadi....itu tidak adil..

Natijahnya.

Perancangan Allah itu jelas.. cumanya sesuatu yang berlaku itu ada nilai yang berbeza..

Kita berdemonstrasi dengan aman.....beretika cuma jangan diprovoke dengan perkara2 yang boleh mendatangkan mafsadah kepada yang hadir..

Umpamnya baju merah.. nak berdemonstrasi silakan.....tapi  dalam waktu dan masa yang berlainan..

 Kerana pertembungan itu yang menjadikan kekacauan dan kerosakan serta pergaduhan..

Nilaikan.....mana baik dan mana yang buruk.. rakyat ada hak dan rakyat ada kemahuan.. kerana setiap pemimpin2 ini lahir dari tangan pengundi yang memilih...

Layar Impian

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa