Tuesday, October 4, 2016

Baju Merah: Mat Sabu kecam Polis

*Transkrip kenyataan suara Presiden Amanah*

www.amanah.org.my
http://www.amanahnegara.my/daftar

Dalam apa keadaan, apa suasana, pihak polis bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan, memelihara keamanan samada rakyat ataupun negara. Sebarang himpunan untuk mengisytiharkan ianya haram, untuk menyuraikan ataupun membenarkan, ianya di tangan polis. Pihak polis lah yang berkuasa.

Jikalau peserta perhimpunan tidak berpuasa hati dengan pihak polis, akhirnya mereka bertarung di mahkamah untuk mendapat kebenaran. Selama ini, tidak ada mana-mana pihak menyuraikan himpunan pihak lain, tetapi kebelakangan ini, saya amat kesal, Ketua Polis Negara melepaskan tanggungjawab menjaga perhimpunan rakyat. Sebaliknya pihak baju merah menentukan samada perhimpunan itu haram atau halal, menyuraikan suatu kumpulan yang lain di tangan baju merah.

Kenapa Ketua Polis Negara begitu lemah sekarang ini, untuk menjaga keamanan, menegakkan perlembagaan, melindungi sekelian rakyat dibawah kuasa polis. Bukan mana-mana pihak, berhak menyuraikan himpunan mana-mana pihak.

Apa yang berlaku di Teluk Intan baru-baru ini melambangkan kelemahan Ketua Polis Negara dan Polis DiRaja Malaysia. Saya mengharapkan pihak polis memperbaiki keadaan mereka, sebaliknya menjadi pelindung kepada rakyat yang bertindak secara tangan kosong, himpunan aman, perarakan, semua itu hendaklah dilindungi oleh pihak polis.

Jikalau ada kesalahan di sudut undang-undang, pihak polis boleh mengambil tindakan dan mendakwa mereka di Mahkamah yang selama ini berjalan, kedaulatan undang-undang itu.

Apa yang berlaku di Teluk Intan, baju merah cuba menyuraikan baju kuning, satu tindakan permulaan malapetaka keamanan Malaysia. Polis bertanggungjawab sepenuhnya keadaan yang berlaku sekarang dan pada masa akan datang.

Sekian

Harapan Baru

*HJ MOHAMAD SABU*
Presiden
Parti Amanah Negara
4 Oktober 2016

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa