Wednesday, October 12, 2016

Berita dari Mahkamah: Penghakiman ditangguh

Semakan liwat II: Mahkamah tangguh penghakiman
Hafiz Yatim      Hari ini, 8:07 pagi      Hari ini, 3:16 petang
2.30pm: Hakim Zulkefli tidak membuat pengumuman penghakiman. Mahkamah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

2.25pm: Sri Ram menjawab bahawa jika Mahkamah Persekutuan melanggar peraturan keadilan asasi, semakan harus dibenarkan.

Dia menyatakan kata kunci harus berpaksikan "ketidak adilan atau mengelakkan ketidak adilan".

"Ini untuk membetulkan apa jua ketidak adilan jika terdapat prosedur yang tidak adil. Ini sememangnya selaras dengan keadilan prosedur.

"Adakah ia demi kepentingan keadilan untuk membenarkan pihak yang disabitkan dipertahankan?" Sri Ram membuat kesimpulan.

2.20 pm: Timbalan Pendakwa Raya mengatakan mahkamah tidak sepatutnya mengambil pendekatan liberal ke atas Peraturan 137, seperti di India.

Ahmad Kamal berkata, pihak berkuasa kes yang disebut pemohon ialah bagi perkara-perkara mengenai rayuan dan tidak boleh digunakan untuk tujuan semakan.

"Keputusan untuk meminta semakan adalah tidak sesuai," tambah beliau.

2.05pm: Selepas membaca afidavit Datuk Seri Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad, DPP menafikan bahawa terdapat plot untuk menentang Anwar.

Beliau menegaskan bahawa PMO telah menyediakan dua kenyataan ini.

Dalam mempertahankan pelakuan Shafee mengadakan pameran bergerak, Ahmad Kamal berkata, pihak pembelaan telah gagal untuk menunjukkan bagaimana kelakuan itu mempengaruhi penghakiman mahkamah.

Beliau berkata, keterangan yang dikemukakan di Mahkamah Tinggi harus diterima.

Apa pendakwa yang dilantik lakukan semasa pameran bergerak adalah berdasarkan bukti didedahkan di mahkamah, Ahmad Kamal menambah.

1.55pm: Mahkamah bersidang.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Kamal memberi tumpuan kepada kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri. Beliau berkata, PMO atau pembantu Najib membuat afidavit untuk menjelaskan keadaan.

"Ia tidak menunjukkan mereka (PMO) mempunyai kepentingan dalam kes ini," tambah beliau.

12.55pm: Sri Ram kemudian merujuk kepada afidavit pembantu PM Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad.

"Pembantu itu berkata dia menyediakan dua kenyataan, satu mengenai sabitan bersalah dan satu lagi mengenai pembebasan.

"Tetapi di mana kenyataan yang lain. Afidavit ini (oleh pembantu perdana menteri) adalah kenyataan partisan," hujahnya.

Sri Ram berhujah bahawa ia bukan amalan untuk Pejabat Perdana Menteri mengulas mengenai kes jenayah.

"Ia menunjukkan PMO mempunyai kepentingan peribadi dalam kes ini.

"Ia menguatkan konspirasi politik," tambah beliau.

Mahkamah berhenti rehat selama setengah jam.

12.50pm: Memasuki hujah terakhir dalam isu konspirasi politik, Sri Ram berkata, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri ke atas sabitan Anwar.

Beliau mahu mahkamah mengambil perhatian bahawa Saiful pernah bertemu timbalan perdana menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak (kini perdana menteri).

Sri Ram kemudian membaca kenyataan penuh berkenaan dan berkata ia telah dikeluarkan sebelum hukuman terhadap Anwar dijatuhkan.

"Ia telah dikeluarkan 15 minit selepas penghakiman. Mengapa mengeluarkan kenyataan itu apabila tidak ada kenyataan seperti itu dalam kes liwat 1. Pengadu mempunyai keakraban dengan PM," katanya.

12.45pm:  Ketua Wanita PKR Zuraida Kamarudin memberitahu orang ramai bahawa Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali menyampaikan salam dan maaf kerana tidak hadir di Mahkamah Persekutuan hari ini.


Zuraida berkata Azmin mengiringi ibunya yang sedang menjalani pembedahan otak.

Di luar, sukarelawan PKR mengedarkan makan tengah hari yang dibungkus percuma kepada orang ramai.

12.35pm: Sri Ram menunjukkan kepada hujah konspirasi politik dan sama ada mahkamah menyedari keakraban Shafee dengan parti (Umno).

"Dia menyembunyikan maklumat itu dan bahawa dia bukannya seorang pendakwa raya yang bebas dengan sendirinya. Beliau membincangkan bukti yang diadakan secara tertutup."

Ini bukan acara oleh Majlis Peguam tetapi sebuah parti politik, beliau berhujah.

"Tingkah lakunya dengan ahli-ahli parti politik. Beliau adalah boneka dan tuan boneka berada di tempat lain. Siri jelajah itu menunjukkannya. Ia adalah bukti sokongan," kata Sri Ram.

12:30pm: Sri Ram mengkritik Shafee kerana mengadakan siri jelajah  selepas memenangi kes itu.

Beliau berkata, DPP di Jabatan Peguam Negara adalah profesional kerana mereka tidak mengadakan siri jelajah.


Hakim Zulkefli meminta Sri Ram perkaitan hujah itu.

Sri Ram menjelaskan bahawa Saiful bertemu dengan seorang pemimpin Umno dan Shafee juga berada di rumah yang sama.

"Roadshow itu dianjurkan oleh Khairy Jamaluddin, ketua Pemuda Umno," tambah beliau.

12.20pm:  Sri Ram sekarang memberi tumpuan kepada sampel yang diambil dari Saiful selepas 56 jam kejadian didakwa berlaku.

Katanya, sampel telah degradasi (direndahkan), tetapi pihak pendakwaan berhujah tidak ada degradasi.

"Kes kami adalah ia degradasi dan kami berhujah dalam segala kemungkinan bahawa ini bukan sampel yang diuji oleh PW5 (ahli kimia Dr Seah Lay Hoong)"

Beliau menambah bahawa kedua-dua saksi pakar daripada pihak pendakwaan dan pembelaan dipanggil memberi keterangan menyatakan terdapat degradasi tetapi mahkamah meletakkan beban kepada Anwar untuk membuktikan terdapat degradasi.

Sri Ram memuji ketua pendakwaan di peringkat Mahkamah Tinggi kerana menjalankan kes itu secara profesional tetapi ia menjadi berbeza apabila Shafee mengambil alih.


12.10pm: Naib Presiden PKR  yang juga anak perempuan Anwar, Nurul Izzah, mencuri masa untuk memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai berhubung prosiding di dalam mahkamah.

Beliau berkata Anwar semasa rehat 15 minit tadi turut mengambil peluang untuk bertemu cucunya.

Katanya, beliau memberi keutamaan untuk menyantuni penyokong setia Anwar sejak 18 tahun lalu dan berkata tanpa sokongan rakyat, adalah mustahil Anwar akan dibebaskan.

Tambahnya, perhimpunan hari ini juga membawa harapan kepada Anwar yang telah dipenjarakan selama 609 hari dan menghabiskan lebih daripada 10 tahun hidupnya di penjara

Nurul Izzah juga mengumumkan pelancaran petisyen dalam talian di freeAnwarnow.com.

Beliau berkata rakyat harus berbangga kerana Anwar dipenjarakan untuk mempertahankan prinsip-prinsip moral.

Orang ramai masih bersemangat walaupun hujan renyai.


12.05pm: Sri Ram berkata keputusan Mahkamah Persekutuan berlainan daripada undang-undang yang menetapkan bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah.

"Tidak ada permaidani di 11-5-1, maka kesalahan itu tidak pernah berlaku," katanya.

Peguam kanan itu mempersoalkan sama ada kesalahan yang dikatakan itu benar-benar berlaku.

11.45am: Sri Ram menunjukkan kesilapan dalam penghakiman Mahkamah Persekutuan yang berkata Saiful membawa jeli KY kerana pengalaman yang menyakitkan pada masa lalu.

Beliau berkata ia tidak ada dalam keterangan Saiful bahawa Anwar didakwa mengarahkan Saiful membawa jeli KY.

Sri Ram berhujah bahawa Mahkamah Persekutuan menerima kenyataan pendakwa raya ketika itu, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah apabila tiada cadangan ia ditulis dalam penghakiman hakim Arifin.

Beliau kemudian berhujah terhadap integriti tempat kejadian yang sangat penting.

"Tempat itu tidak mempunyai permaidani kerana permaidani adalah di bilik (unit) bersebelahan. Insiden liwat di 11-5-1 tetapi permaidani itu ditemui di 11-5-2."

Sri Ram berhujah bahawa tiada bukti positif yang terdapat pada permaidani atau tuala.

"Integriti tempat kejadian adalah bukti yang paling mendesak jika dia menyifatkan ia berlaku di atas permaidani," tambah beliau.

11.40am: Mahkamah meneruskan prosiding.

Hakim Zulkefli bertanya sama ada peguam menyampaikan hujah-hujah mereka di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Sri Ram menjawab bahawa peringkat Mahkamah Rayuan adalah rayuan oleh pihak pendakwaan.

"Perkara ini tidak dibuat oleh pihak pendakwaan. Saya menyampaikannya di Mahkamah Persekutuan," katanya.

Ia adalah satu pelanggaran serius terhadap peraturan keadilan asasi, tambah beliau.

11.05am: Mahkamah berhenti rehat selama 15 minit.

10:55am: Sri Ram berkata jika kejadian-kejadian liwat yang sebelumnya diterima, mesti ada bukti yang meyakinkan bahawa episod lain berlaku.

"Menggunakan peristiwa-peristiwa sebelumnya harus dikecualikan kerana ia adalah satu pelanggaran peraturan asas keadilan asasi.

"Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan menggunakannya untuk mendapati Saiful boleh dipercayai," katanya.

Ia adalah prosedur tidak adil bagi mahkamah untuk mempertimbangkan ini, peguam kanan itu menambah.

10.40am:  Sri Ram berhujah bahawa mahkamah ini perlu memastikan tidak ada kezaliman yang dilakukan kepada tertuduh dan tidak ada pelanggaran dalam keadilan asasi.

Jika pemohon berjaya menunjukkan salah laksana keadilan, Peraturan 137 akan membolehkan semakan semula kes itu, hujahnya.
Sri Ram menyatakan bahawa di Mahkamah Tinggi telah dikemukakan keterangan laporan polis yang dibuat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan di mana beliau mendakwa perbuatan-perbuatan liwat berlaku sebelumya tanpa persetujuannya pada masa lalu.

Beliau menambah bahawa Saiful berkata kali terakhir ia berlaku ialah pada 26 Jun 2008.

"(Mendiang) Karpal membuat suatu bantahan bahawa terdapat hanya satu pertuduhan.

"Anak guam saya berharap bahawa dakwaan liwat sebelumnya tidak dipertimbangkan tetapi penghakiman Mahkamah Tinggi menerima bukti rujukan lain insiden berikutan kesaksian oleh doktor Hospital Kuala Lumpur. Walaupun begitu, pelanggan saya telah dibebaskan,"katanya.

Bagaimanapun, Sri Ram menunjukkan penghakiman Hakim Arifin yang menyatakan pertemuan-pertemuan sebelumnya (perbuatan liwat).

"Pertemuan sebelumnya telah digunakan oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk mengatakan bahawa Saiful adalah boleh dipercayai. Dalam mana-mana kes jenayah, fakta keterangan tidak boleh diterima kecuali Seksyen 14 dan 15 Akta Keterangan akan dipertimbangkan,"katanya.

10.30am:  Sekumpulan kira-kira 50 orang berkumpul di kompleks Mahkamah Persekutuan untuk memberikan sokongan kepada Saiful Bukhari Azlan.


Salleh Ismail, yang mendakwa mewakili NGO 'Keadilan untuk Saiful' mengetuai kumpulan itu melaungkan "Hancur PKR" dan "Mati PKR".

Beliau mengatakan penyokong Anwar hanya memainkan isu bahawa dakwaan liwat itu dipolitikkan.

Beliau juga mendakwa peguam gagal untuk menjelaskan bagaimana sperma Anwar ditemui pada Saiful.

10.25am:  Sri Ram sekali lagi menyatakan Peraturan 137, memetik kes Asean Paper Mills Sdn Bhd di mana mahkamah menggunakan bidang kuasa yang ada padanya bagi melaksanakan keadilan dan mencegah kezaliman.

Beliau mengimbas penghakiman sebelum ini oleh Hakim Zulkelfi bahawa Peraturan 137 harus digunakan dengan berhati-hati.

Hakim Zulkefli bertanya sama ada perlu ada perbezaan di antara kes-kes sivil dan jenayah yang dikemukakan Sri Ram dengan mengatakan bahawa kes jenayah melibatkan kehidupan dan kebebasan seseorang, dan sama ada sabitan itu selamat.

10.15am: Selepas perbincangan 30 minit dengan hakim-hakim yang lain, Hakim Zulkefli berkata mahkamah mendapati tiada merit dalam mencabar diri mereka.

"Kami tidak fikir dua perenggan mencerminkan bahawa kami berat sebelah terhadap tertuduh dalam kes itu.


"Dua perenggan yang disebut adalah berdasarkan permohonan dibuat. Kami telah memberi satu aku janji memberi pemohon satu perbicaraan adil," katanya.

Sri Ram akur tetapi membaca Peraturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012. Beliau mengingatkan hakim dalam mencegah satu ketidakadilan yang sedang dilaksanakan oleh mahkamah itu.

Beliau berkata pihak pendakwa adalah produk benefisiari daripada rancangan diatur melibatkan anggota-anggota kerajaan di peringkat tertinggi.

9.32am:  Peguam Anwar, Gopal Sri Ram merujuk keputusan mahkamah di mana panel Mahkamah tertinggi sebelum ini menolak untuk memanggil bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (CCID) Datuk Ramli Yusof sebagai saksi pembelaan.

Beliau berkata panel lima anggota yang sama ini tidak boleh mendengar semakan hari ini kerana mereka sudah meneliti rekod perbicaraan.

"Kami akan pertikai prinsip keadilan semula jadi dan mendapatkan panel hakim yang berbeza,"katanya.

Anwar sebelum ini membuat permohonan seramai 13 hakim tidak harus mengambil bahagian dalam prosiding hari ini termasuk hakim-hakim sedia ada.

Hakim Zulkefli berkata panel hakim itu tidak menyentuh merit kes berkenaan tetapi penghakiman dibuat dalam konteks Ramli sepatutnya dipanggil sebagai saksi sebelum ini.

Sri Ram berkata mahkamah persekutuan dalam penghakimannya mengatakan ia telah meneliti rekod mahkamah rayuan dan membuat kesimpulan ia perbicaraan yang adil dan peguam Anwar bimbang tertuduh tidak akan diberi semakan yang adil.

Secara ringkasnya, Sri Ram berkata panel ini sebelum ini telah memutuskan berdasarkan kepada merit kes itu dengan menolak permohonan pihak pembelaan untuk memanggil Ramli kerana mahkamah tertinggi memutuskan mereka telah meneliti rekod prosiding perbicaraan, dan membuat kesimpulan bahawa ia adalah adil.

Oleh itu, Sri Ram berkata panel hakim telah pergi kepada merit kes itu dan terdapat kebimbangan
bahawa Anwar tidak akan diberikan semakan perbicaraan yang adil.

Peguam kanan itu bagaimanapun berkata, tidak mengapa jika panel hakim memberikan aku janji bahawa anak guamnya diberikan perbicaraan yang adil dalam semakan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Kamal berkata tiada merit dalam kes ini yang perlu dipertimbangkan dalam keputusan oleh panel hakim yang lepas.

"Tidak ada kenyataan berat sebelah dan panel ini perlu mendengar semakan semula," katanya.

Hakim Zulkefli membuat penangguhan singkat untuk berunding dengan hakim-hakim lain.

9.30am:  Prosiding mahkamah bermula dengan Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin mengetuai panel lima anggota.

Sri Ram memperkenalkan pihaknya.

9.24am: Apabila Anwar melangkah masuk ke kandang tertuduh, beliau berjenaka "dinaik taraf kelas pertama", merujuk kepada kerusi baru di situ.

Beliau bertanya mengenai Paul Ryan, ahli politik Republikan yang baru-baru ini telah menarik balik sokongannya kepada calon presiden Amerika Donald Trump.

Antara ahli-ahli politik di mahkamah adalah pemimpin PKR Datuk Fauzi Abdul Rahman, Saifuddin Nasution, Datuk Dr Tan Kee Kwong dan Laksamana Pertama (B) Mohd Imran Abdul Hamid.


9:20am: Di luar mahkamah, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berkata keputusan yang memihak kepada Anwar akan menjadi dorongan kepada "satu lagi gelombang kebangkitan rakyat".

Beliau memberitahu Malaysiakini ini ditambah lagi dengan perdamaian di antara Anwar dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pemimpin lain dilihat dengan beliau termasuk Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok dan Ahli Parlimen Kapar G Manivanan.

9.00am: Anwar Ibrahim berjalan ke mahkamah diiringi oleh pengawal Jabatan Penjara. Beliau dilihat berunding dengan peguam bela utama Gopal Sri Ram di meja depan di sebelah kiri mahkamah, kawasan yang diperuntukkan untuk peguam.


Dr Wan Azizah Wan Ismail berjalan masuk. Anwar mencium dahi isterinya dan juga anak sulung Nurul Izzah. Beliau berjabat tangan dengan peguam beliau dari Amerika Syarikat, Kimberly Motley dan seorang wakil dari Kesatuan Antara Parlimen dan Lawasia, Mark Trowell.

Wan Azizah berkata kepada pemberita, yang duduk di belakang meja polis dalam mahkamah bahawa "ini adalah satu-satunya kes mendapat banyak perhatian di Malaysia".

8.35am:  Panel yang akan mendengar semakan terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Tiga hakim lain adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Ketua Bahagian Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Ahmad Kamal Md Shahid bersama-sama dengan Awang Armadaya Awang Mahmud (timbalan ketua bahagian rayuan), Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Wan Shaharuddin Wan Laden.

Mereka dalam pasukan pembelaan Anwar adalah Sangeet Kaur, N Surendran, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Melissa Sasidaran dan Shahid Adli Kamaruddin. Pasukan itu akan diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram.


8.30am:  Di luar kompleks mahkamah, pemimpin PKR bergilir-gilir memimpin beratus-ratus penyokong Anwar. Antara lain, mereka termasuk naib presiden Tian Chua, Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin dan Timbalan Ketua Pemuda, Dr Afif Bahardin.

Afif memberitahu orang ramai untuk tidak membuat sebarang provokasi. Zuraida berkata PKR Selangor juga telah menyediakan sarapan pagi dan makan tengah hari untuk penyokong.

7.46am: Sebuah bas yang dipenuhi penyokong Anwar tiba dan mereka berkumpul di hadapan Istana Kehakiman membawa bendera PKR dan Selangor. 


Polis menahan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said daripada memasuki bangunan mahkamah.

7.34am: Semua mata kini tertumpu terhadap keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini berhubung permohonan semakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetepikan sabitan dan hukuman kes liwat 2.

Ia adalah satu tahun lapan bulan sejak Ketua Hakim Negara Tan Sri Arifin Zakaria mengetuai panel lima hakim Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar, 68.

Jarang sekali berlaku apabila Mahkamah Persekutuan akan menentukan sama ada Hakim Arifin, yang menulis keputusan sebulat suara, telah terkhilaf dalam membuat keputusan untuk mengekalkan sabitan dan hukuman itu.

Jika panel baru hari ini memutuskan bahawa panel hakim terdahulu tersasar, ia boleh memerintahkan Anwar dibebaskan dan dengan itu membenarkan Ketua Umum PKR itu bertanding pada pilihan raya umum ke-14, yang dijangka diadakan pada tahun depan.

Atau ia juga boleh mengekalkan hukuman penjara lima tahun sedia ada kerana pihak pendakwaan tidak memfailkan semakan semula hukuman itu.

Anwar menegaskan bahawa pertuduhan liwat adalah satu konspirasi politik terhadapnya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan beliau pada 9 Januari 2012.

Bagaimanapun, tiga hakim Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan mensabitkan beliau
bersalah pada 7 Mac 2013, sebelum Anwar bertanding kerusi DUN Kajang untuk membolehkannya menjadi menteri besar Selangor.

Mahkamah Rayuan memutuskan dengan serta merta selepas hujahan daripada peguam pada malam penamaan calon Anwar di kerusi berkenaan.

Anwar berkata penghakiman tergesa-gesa oleh Mahkamah Rayuan adalah untuk menghalangnya daripada bertanding pilihan raya kecil itu.

Keputusan kontroversi Mahkamah Rayuan dikekalkan oleh Hakim Arifin pada 10 Februari 2015.


Malam tadi, keluarga Anwar mengadakan solat hajat di rumah keluarganya di Bukit Segambut. Turut hadir isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Kawalan keselamatan di mahkamah diperketat dengan bilangan kerusi terhad di mahkamah disediakan, manakala di luar, penyokong Anwar dijangka berkumpul untuk memberi sokongan kepada bekas ketua pembangkang itu. Malaysiakini membawa prosiding hari ini secara langsung.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa