Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 12, 2016

Kalau macam ni tak payah mohon semakanlaah!

Pasukan peguam bela Anwar bantah panel
SITI AZIELAH WAHI - 12 OKTOBER 2016
Anwar Ibrahim  Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA - Pasukan peguam bela kepada bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bantahan terhadap panel hakim Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar permohonan semakan atas sabitan bersalah dan penjara lima tahun yang sedang dihadapi Anwar kerana kesalahan meliwat bekas pembantu peribadi, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Peguam Datuk Seri Gopal Sri Ram mengemukakan bantahan itu ketika Mahkamah Persekutuan itu mula bersidang bagi mendengar permohonan semakan itu sebentar tadi.

Panel lima hakim itu diketuai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan turut dianggotai Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin; Tan Sri Richard MalanjumTan Sri Hasan Lah; Tan Sri Abu Samah Nordin;  dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Panel tersebut merupakan panel yang sama yang membuat keputusan menolak permohonan Anwar pada 23 Mei lalu untuk memanggil bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusuff bagi memberi keterangan berhubung insiden 'mata lebam' dalam prosiding semakan keputusan kes liwat itu.

Gopal berkata, korum tersebut dalam penghakimannya  menolak permohonan berkenaan atas alasan ia tidak relevan dengan prosiding semakan itu.

Selain itu hujahnya,  korum itu juga memberikan alasan tambahan bahawa Anwar telah diberikan perbicaraan yang adil di peringkat Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun selepas mahkamah ditangguhkan beberapa ketika, panel itu memutuskan dua perenggan dalam penghakiman mereka pada 23 Mei lalu tidak menggambarkan berat sebelah dan mereka tidak akan menarik diri daripada mendengar semakan itu.

Prosiding semakan dikemukakan Anwar mengikut Aturan 137 Kaedah-kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 diteruskan.

Aturan 137 membenarkan pihak yang kalah perbicaraan memohon Mahkamah Persekutuan membuat semakan semula terhadap keputusan sekiranya terdapat bukti-bukti baharu yang kukuh untuk menyokong fakta kes.

3 comments:

  1. betul tu tuan. macam dah tak ada hakim lain yang berkelayakan kat negara kita sekarang. inilah undang2 rimba yang diterajui oleh pemimpin2 yang rakus. tuiiiiiiiii...

    ReplyDelete
  2. Bagaimana yang dikatakan adil jika hakim yang sama buat keputusan yang sama sudah tentu selepas keputusan ini ada pembangkang yang akan didakwa dengan fakta hina mahkamah dan kewibawaan hakim jangan terkejut jika ini terjadi sebab sudah ada kes sebelum ini terjadi.

    ReplyDelete
  3. bodoh, baca info atas,
    peguam mohon dimasukkan kes mata lebam,
    hakim tolak sbb perbicaraan liwat ini berlaku pada masa yg berlainan,
    mata lebam tu masa mahadey,
    masa perbicaraan cukup lama dah peluang diberi
    kemudian peguam mohon supaya hakim2 ni ditukar,
    apaa daa, ini jer hakim2 mahkamah persekutuan, 5 org ni dianggap level tertinggi sebelum Ketua Hakim Negara,
    takkan nak ramai mcm kabinet jumlah hakim,
    biar ceredik la nak komen,
    ramai yg tak tau apa2 rupanya,
    jadilah pembangkang yg cerdik

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa