Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 7, 2016

Bertaubatlah ustaz oiii...!

Cakap hentam kromo ikut sedap mulut
Beginikah orangnya kalau PAS menang akan jadi MB Terengganu?

Kubur Melayu murtad: Netizen kecam Pesuruhjaya Pas Terengganu
07 Oktober 2016 | ARIF ATAN
Saiful Bahri Mamat

Tanpa memeriksa perkara sebenar di sebalik kewujudan sebuah kubur berlambang salib dengan nama yang tertera "Rozita bt Othman", Pesuruhjaya Pas Terengganu, Saiful Bahri Mamat dihujani kecaman netizen.

Ustaz Pas itu dalam catatan di Facebook beliau semalam mendakwa kononnya kubur di Perkuburan Kristian dekat Taman Gelora Kuantan itu adalah kes orang Melayu murtad dengan turut menulis "bala besar bagi umat Islam di Tanah Melayu".

Walau bagaimanapun, rata-rata komentar netizen mengutuk Saiful kerana tidak menyiasat terlebih dahulu bahkan cenderung mengapi-apikan sentimen agama.

Walaupun beliau kemudiannya meminta maaf di atas kenyataannya itu tetapi ramai pengguna media sosial terus menyelar sikapnya yang dianggap memalukan individu bergelar ustaz.
Kubur penganut Kristian yang disalah sangka sebagai orang Melayu murtad

"Admin dimaklumkan bahawa simati merupakan Orang Asli yang beragama Kristian yang namanya nama Melayu. Maaf. Wallahuaklam," dipetik daripada Facebook beliau.  

Setakat pukul 12 tengah hari tadi, status Facebook Saiful itu yang dimuat naik pukul 8.53 pagi semalam dibanjiri sebanyak 1,500 komentar dengan 1,800 perkongsian.

Sebahagian besar kritikan terbabit dipercayai daripada masyarakat majmuk Sabah dan Sarawak.

Antaranya, netizen Mami Bunga yang menasihatkan orang Pas nombor satu di Terengganu itu supaya lain kali jangan jadi katak di bawah tempurung.

"Macam kami di Sabah, nama Sarima, Sakina, Suhaili, Laila, Munah, Fauziah, agama semua Kristian. Suami saya sendiri Hairy bin Masree juga Kristian.

"Mama bapa Kristian. Kawan saya Fauziah binti Abil pun Kristian termasuk semua ahli keluarga," ujarnya di ruangan komentar pada status kontroversi pemimpin Pas dari negeri asal Presiden parti itu.

Begitu juga halnya dengan Pilip Obet Aminn yang berkata, "Siasatlah dulu. Bangsa Melanau Kristian kat Sarawak pun pakai binti atau bin" manakala Fabian Fabian memberitahu pelbagai kaum sekaligus nama wujud di Sarawak tidak pula menimbulkan masalah.

"Buta budaya buta adat. Tak tau keturunan bangsa lain jangan pandai bercakap. Otak ada letak kat lutut. Inilah yang nak perosak bangsa dan negara," kecam Fabian lagi.

Bahkan, gesaan supaya Saiful bertaubat menghentikan sekarang bentuk fitnah juga disuarakan ramai netizen antaranya, Shuk Rocco.

"Memfitnah dan membuat-buat cerita tak betul tu pun boleh mendatangkan bala besar pada umat Islam. Bertaubatlah ustaz oiii...," tulisnya.

Sementara itu, Mohe Zaine Jaafar berkata, "Ini ustaz tiada rujukan dengar cakap. Memang ramai Orang Asli guna bin dan binti tapi bukan Islam. Pejabat Pendaftaran yang benarkan. Inilah orang Islam keliru. Ustaz ini tak nak siasat. Ustaz akhir zaman," bidasnya lagi.

3 comments:

  1. Inilah kaliber ustaz yg tinggal dlm pas. Ilmu selain pengajian Islam sgt cetek, mungkin krn malas membaca. Sbb itu ahli2 parlimen pas dok diam sj, tak berani berhujah

    ReplyDelete
  2. Pak2 lebai selalu pesan sblm ckp kena selidik betul2. Paling baik tanya pd punya badan. Kalau tak jd fitnah. Fitnah dosa besaq. Lebai2 kulub ni ada buat ka sblm ckp ??a Atau cuma pandai ckp ja?

    ReplyDelete
  3. Masa budakbudak dulu malauntol ni dah sedia kala malas dan lembam, belajar tak berapa nak pergi. Akhirnya pergi le belajar agama iselang dengan universiti yang masyuk percuma belajar bertahun tahun sebab tak lulus lulus. Bila dah lulus jadi le osetad. Bila dah ada osetad depag tu mule le rasa hebat. Tak sedar yang kehebatan yang ditunjuk semata mata kebodohan yang hebat mengalahkan kaldai dan lembu tongong. Begitu lah lumrahnya untuk orang oeang bodoh. Yang jadi ketua klik bodoh Pas terengganu salah satu contoh..kecik kecik bodoh bila beso jadi osetad Pas. Selamat berbaghal la Pas

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa