Friday, October 7, 2016

Takpa.......Jamal kaya dan dia ingat Polis tadak kerja kah?

Seperti dijanjikan, Maria saman Jamal

  | October 7, 2016
Maria berkata, kenyataan Jamal itu adalah palsu, berniat jahat dan boleh merosakkan reputasinya di mata orang ramai.
KUALA LUMPUR: Maria Chin Abdullah hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Datuk Jamal Md Yunos, selepas tamat tempoh 48 jam yang diberikan kepada ketua gerakan Baju Merah itu untuk memohon maaf dan menarik balik kenyataannya.
Dalam saman yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu, Maria berkata, kenyataan Jamal itu adalah palsu, berniat jahat dan boleh merosakkan reputasinya di mata orang ramai.
“Kenyataannya mengelirukan orang ramai dan menimbulkan keresahan di kalangan mereka,” katanya dalam dokumen mahkamah yang difailkan firma guaman Daim & Gamany.
Maria berkata, Jamal tahu kenyataannya akan disiarkan media secara meluas.
Pengerusi Bersih 2.0 itu menuntut jumlah ganti rugi tidak ditentukan dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Selasa lalu, Maria menerusi surat peguamnya menuntut ketua Umno Bahagian Sungai Besar itu memohon maaf atas dakwaannya pemantau pilihan raya itu diresapi pengganas IS.
Kelmarin, Jamal bertindak mengoyak surat tuntutan yang dihantar peguam Maria, membuangnya ke dalam tandas dan mengepamnya, selain berjanji akan terus “menyerang” Bersih 2.0.
Pada 28 September lalu, Jamal menuduh Bersih 2.0 diresapi pengganas dan himpunan pada 19 November ini bertujuan mengepung lokasi strategik, seperti lapangan terbang untuk mengguling kerajaan.
Minggu lalu, Bersih 2.0 memulakan konvoi serentak di Kota Bharu, Lumut, Arau, Johor Bahru, Sandakan dan Miri, menjelang perhimpunan di Kuala Lumpur pada 

‘Jangan buang masa polis dengan laporan gimik’

  | October 7, 2016
Sebuah badan pemikir mahu pihak berkuasa bertindak ke atas mereka yang membuat laporan polis semata-mata bagi tujuan politik.
KUALA LUMPUR: Pihak polis perlu bertindak tegas terhadap pihak yang menggunakan laporan polis demi kepentingan politik bagi menghentikannya daripada terus berleluasa.
Ia merupakan situasi yang membimbangkan memandangkan alasan bagi laporan yang dibuat kebanyakannya lebih bersifat remeh.
Menurut Naib Presiden CENBET, Ng Yeen Seen, pihak-pihak terbabit perlu sedar tugas hakiki polis adalah untuk mengesan penjenayah atau pencegahan jenayah yang memerlukan lebih komitmen.
“Pihak polis perlu bertindak terhadap mereka yang membuat laporan berdasarkan alasan remeh semata-mata bagi kepentingan politik. Mereka tidak sepatutnya dilayan seperti alat politik untuk menakut-nakutkan dan melemahkan lawan politik seseorang,” kata beliau.

1 comment:

  1. Mahukah polis dengar teguran nyonya ini nanti nyonya ini pula yang kena siasat pabila ada laporan dibuat oleh pehak yang berkepentingan politik seperti yang kita sedia maklum.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa