Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 3, 2016

Hadi cari pasal, sengaja cipta masalah!

Tegakkan Islam: Hadi cari pasal, kata Amanah

  | October 3, 2016
Presiden PAS mencari jalan untuk tidak membolehkan kerjasama dengan semua parti pembangkang, kata Amanah
PETALING JAYA: Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanya mencari jalan untuk tidak membolehkan kerjasama dengan semua parti pembangkang, dakwa Timbalan Presiden Amanah.
Salahuddin Ayub berkata ‘syarat Hadi’ menunjukkan wajah sebenarnya dikala parti pembangkang cuba membentuk kerjasama menghadapi BN dalam pilihan raya akan datang.
“Belum apa-apa lagi sudah letak syarat. Itu bukan berbincang. Itu namanya cari pasal untuk orang lain tidak setuju dengan syarat kita,” katanya ketika dihubungi FMT.
Kerjasama dengan PAS dilihat menarik kerana selain membawa imej Melayu-Islam, ia mempunyai kekuatan di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Selangor.
Susulan usaha Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin mendekati PAS, Hadi pada Ahad meletakkan syarat hanya akan menerima kerjasama dengan parti yang mahu menegakkan Islam.
“Kita minta dia (Hadi) tanya balik kepada parti lain sama ada nak bekerjasama dengan PAS atau tidak (dengan syarat menegakkan Islam),” kata Salahuddin.
PAS kini membentuk perikatan rasmi dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia yang dipimpin Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, dan dalam satu bentuk kerjasama dengan PKR, serta mahu merapati Umno.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Dr Xavier Jayakumar mengesali syarat Hadi itu dikala ada keperluan untuk menumpukan kekuatan parti pembangkang yang mempunyai ideologi dan sokongan demografi yang berbeza.
“PAS jangan main-main macam ini,” katanya ketika dihubungi FMT. “Saya ingat dia (Hadi) perlu faham Malaysia ini bukan semua orang Melayu dan Islam. Ada separuhnya bukan Islam.”
Sebelum ini, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata perikatan pembangkang termasuk PAS membentuk kerajaan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor atas sokongan masyarakat majmuk.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa