Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 16, 2016

Hahaa.......kalau tak gaduh tu bukan MIC lah namanya!

Polis Kawal Huru-Hara Perhimpunan Agung MIC
Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 11:23 AM
Oleh: NURBAITI HAMDAN
editor@mstar.com.my
KUALA LUMPUR: Keadaan huru-hara berlaku di luar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menjelang perhimpunan agung tahunan MIC.

Dua puak yang bertelagah - satu kumpulan yang menyokong presiden sekarang iaitu Datuk Seri Dr S. Subramaniam dan satu kumpulan lagi adalah penyokong bekas presiden, Datuk Seri G. Palanivel mula menjerit dan membaling botol terhadap satu sama lain pada pagi Ahad.

Ratusan ahli dari kedua-dua belah pihak memenuhi kawasan pintu masuk di luar Menara Dato' Onn dengan membawa sepanduk.

Keadaan ini bagaimanapun berjaya dikawal anggota polis.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan ucapan pada majlis perasmian.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa