Sunday, October 16, 2016

Inilah dia tak ada kerja, cari bala!

Kumpulan Anti-Bersih 5.0 Disiasat Kerana Ugutan Jenayah
mStar - Diterbitkan: Ahad, 16 Oktober 2016 11:52 AM
Paparan skrin daripada rakaman video wartawan The Star yang diserang kumpulan anti-Bersih di Kuala Selangor pada Sabtu.

PETALING JAYA: Kumpulan lelaki yang menyerang wartawan The Star ketika membuat liputan konvoi Bersih 5.0 pada Sabtu akan disiasat kerana melakukan ugutan jenayah.

Polis dijangka akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Di bawah peruntukan ini, mereka yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu akan berhadapan hukuman penjara maksimum selama dua tahun atau denda, atau kedua-duanya.

Sekumpulan wartawan diganggu selepas menyaksikan kira-kira 30 penyokong anti-Bersih yang menunggang motosikal menakut-nakutkan ahli kumpulan Bersih di luar sebuah pasar raya di Kuala Selangor.

Kira-kira lima anggota kumpulan anti-Bersih - ada diantara mereka memakai pakaian berwarna merah mula mengganggu dua wartawan dan juruvideo dari The Star.

Mereka cuba untuk menghalang pengamal media daripada merekodkan dan melaporkan kejadian itu.

Salah seorang wartawan diminta dengan kasar supaya memadam rakaman video membabitkan kedua-dua kumpulan merah dan kuning.

Wartawan The Star kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor bersama-sama dengan beberapa ahli Bersih 5.0.

Kaitan: Polis Buru 'Samseng' Baju Merah

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa