Friday, October 14, 2016

Isy.......bebalnya dia!

Mahfuz jawab Ku Nan: Minta Najib letak jawatan, tak nak orang gila berkuasa
13 Oktober 2016 | MALAYSIA DATELINE
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar membidas kenyataan balas Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan) yang mendakwa beliau gila kuasa apabila mendesak Perdana Menteri letak jawatan.

"Yang menghairankan saya Ku Nan faham atau tidak kandungan kenyataan saya.

"Saya hanya minta Majlis Raja-Raja memperakui dokumen Deklarasi Rakyat dan menyatakan hilang kepercayaan kepada Najib sebagai PM".

"Saya tak suruh pun Najib letak jawatan atau suruh Majlis Raja-Raja pecat Najib.

"Jelaskan apa kadungan kenyataan saya. Terpulanglah pada Najib kalau beliau 'gila nak terus berkuasa' beliau boleh teruskan. Saya dan rakyat hanya mahu lihat PM Malaysia bukan dari kalangan 'orang gila yang berkuasa'.

Sebaliknya dakwa Mahfuz, Ku Nan mengatanya pula 'gila kuasa' apabila minta PM Najib berundur atau di pecat.

Semalam Ku Nan dalam kenyataannya dipetik berkata,"Kalau nak (tukar Perdana Menteri),tunggulah sampai Pilihanraya Umum akan datang".

Justeru Mahfuz memperingatkan bahawa Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi 'letak jawatan' tanpa menunggu pilihan raya.


"Adakah Ku Nan sudah nyanyuk atau lupa? Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah 'letak jawatan' tanpa tunggu Pilihanraya Umum.

"Najib ambil alih jawatan PM dari Pak Lah bukan melalui pilihan raya pun tetapi melalui krisis kepercayaan kepimpinan terhadap Pak Lah yang memaksa Pak Lah berundur.

"Sama situasi sekarang dimana Najib berdepan dengan krisis kepercayaan kepimpinan dari kalangan rakyat Malaysia dan Umno," terangnya.

Justeru Mahfuz berpandangan Ku Nan harus memahami situasi jika Najib berundur penggantinya sudah tentu akan mendapat sokongan majorati Ahli Parlimen yang sudah tentu berpihak kepada Umno-BN.

"Dari segi bilangaan Ahli Parlimen masih lagi Umno-Bn mengatasi parti-parti lain.

"Persoalannya kenapa Ku Nan tidak mahu tukar orang lain dikalangan Ahli Parlimen Umno yang 'siuman' untuk mengganti Najib yang gila berkuasa.

"Agaknya sudah tidak ada lagi di kalangan Ahli Parlimen Umno yang tidak gila boleh jadi PM,atau kepimpinan Umno dah jadi macam 'wad gila'," sindirnya kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa