Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 14, 2016

Kalau ikutkan fahaman, PAS akan bekerjasama dengan UMNO/BNlah tu!

PAS ‘berpatah arang’ dengan DAP, kata mursyidul am
  | October 13, 2016
PAS tidak kisah jika berlaku pertandingan 3 penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada pilihan raya umum akan datang
KANGAR: Mursyidul am PAS baharu, Hashim Jasin menegaskan parti itu tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan 3 penjuru pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Beliau menyifatkan hubungan PAS dengan DAP ibarat “berpatah arang” kerana DAP mungkir janji dan enggan bekerjasama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Katanya kerjasama dengan DAP pada PRU ke-13 lepas berdasarkan “tahaluf siyasi” (pendekatan politik) bersyarat manakala kerjasama dengan Umno atas dasar perpaduan umat Islam demi mendapat keredaan Allah.
“Kita tidak mahu ulangi kesilapan dipatuk 2 kali di tempat sama kerana menjalin semula kerjasama dengan DAP,” kata Harun pada sidang media di sini, hari ini.
Bekas Pesuruhjaya PAS Perlis lebih 20 tahun itu dilantik baru-baru ini bagi menggantikan tempat Datuk Dr Harun Din yang meninggal dunia di California, Amerika Syarikat, bulan lepas.

Menurut Harun, PAS tidak kisah jika berlaku pertandingan 3 penjuru membabitkannya, Barisan Nasional dan parti-parti pakatan lain pada PRU akan datang.
Pendekatan berbaik-baik dengan Umno bukan kerana PAS dilihat lemah menjelang PRU14 berikutan perpecahan dalaman sehingga wujud PAN (Parti Amanah Negara), katanya.
“Dulu (zaman Allahyarham Datuk Nik Aziz) berbeza namun dasar perjuangan PAS untuk menegakkan syiar Islam tidak berubah, bukan mengikut kepala orang yang dilantik menjadi mursyidul am),” tambah beliau.
Harun berkata kerjasama dengan PKR dan PAN akan ditentukan pada mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat pada 22 dan 23 Oktober ini di markasnya di ibu negara yang akan membentangkan kajian kerjasama politik dengan parti-parti lawan.
Katanya PAS kini mengamalkan politik matang dan bukan politik “cari makan” atau semata-mata untuk memenangi PRU.
Mengenai pujukan PKR dan PAN untuk PAS menyertai mereka dengan mendakwa peluang memenangi PRU akan lebih cerah, Hashim berkata PAS dapat melihat matlamat itu.

* aku berharap sangat pihak PH tak payahlah pedulikan mereka. Dah naik tocang dan besar kepala daah!
biarkanlah mereka bersama UMNO. Konon tak mau dipatuk ular dua kali, macamlah UMNO tak pernah patuk PAS satu masa dulu?
UMNO dan semua parti komponen BN sokong dan Hudud dan RUU355

Tapi bila aku baca sejarah dan ingat kembali pada masa tu PASlah yang sebenarnya buat onar dulu. Jadi sejarahnya tidak ada banyak beza dengan apa yang berlaku sekarang. Aku masih ingat kerana pada masa tu aku sudah pun bergiat dalam PAS dan puak-puak 'jogho muda' yang baru pandai pakai serban dan lidah pelat sekarang ini rasanya mungkin belum lahir, kalau dah lahir pun tentunya masih tak kenal tahi ayam!

2 comments:

  1. Dey thamby..... Pas tak mau kawan dgn itu DAP Dan Pan apasal lu ada sibuk? Ikut suka PAS LA mahu kawan dgn sapa2. Lu orang kawan dgn LGBT Dan geng2 murtad pun PAS tarak kacau. Bolo punya olang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dey anney 2.00 pm. Kalu Tara mau kawan sama dap. Itu Selangor punya kerajaan kasi keluar la. Apa pas mau tunggu lagi. Chit..poorahh..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa