Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 17, 2016

Keliru: Mana satu suara PAS, yang mana pula suara individu dan apa pula kata para Wala'un?

MONDAY, OCTOBER 17, 2016
Nik Abduh : Pas memang berazam untuk bersatu dengan Umno


Walaupun terang-terang mengaku kena tipu sokmo-sokmo oleh Umno, Pas tetap terhegeh-hegeh mahu mendekati Umno.

Menurut Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh, dua parti Melayu Islam itu boleh bersatu kerana dasar kepentingan Islam, khususnya menerusi Rang Undang-Undang Persendirian Akta 355.

Beliau berkata, Pas bukan sahaja berniat malah berazam untuk bersatu dengan Umno kerana matlamat penubuhan parti Islam itu adalah untuk menyatukan umat di atas jalan yang betul termasuk penyatuan parti politik. Baca di sini

Elok sangatlah Pas dan Umno bersatu... Yang seekoq menipu sokmo-sokmo, yang seekoq lagi tu kena tipu sokmo-sokmo...

Tapi yang sebenarnya Pas dan Umno tu saling menipu sokmo-sokmo. Ahli akar umbi Pas masih tidak percaya yang Pas memang berazam untuk bersatu dengan Umno. Mereka tidak sedar bahawa mereka sedang ditipu  oleh pimpinan diatas.

Katakanlah betul Umno nak menipu. Umno tipu Pas… baik , kita rugi gapo?

Apa kita rugi cuba kecek …. Rakyat tengok bahawa hok yang menipunya Umno tidak Pas…

Pas ni rakyat tengok ...Pas ni kena tipu sokmo! Pas ni kena tipu sokmo! Umno ni nipu sokmo-sokmo!

Jadi rakyat nak hok mana? Cuba fikir.. orang Melayu, orang Islam nak hok mana?

Nak pemerintah hok menipu sokmo… atau pun hok pemerintah masa dia jadi rakyat biasa kena tipu sokmo pada pemerintah… Dia tak menipu lagi…

Di Kelantan ni, kerajaan Kelantan tak pernah menipu rakyat…

Hok boleh buat dia buat… Hok tak boleh buat dia ngaku tak boleh buat.. itu di Kelantan!

Catatan Oleh Alhusseyn Alhusseyn pada 4:00 pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa