Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 17, 2016

Rakan suspek kes bunuh, bapa saudaranya ditahan

NORADILA MAHAMAD - 17 OKTOBER 2016
Unit Forensik mengangkat mayat mangsa bunuh di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Maidam) Kuala Terengganu. - Foto Bernama

KUALA TERENGGANU -‎ Rakan suspek utama dan bapa saudaranya telah ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Shukri Husin, 34, dalam dua serbuan berasingan, petang semalam.

Kedua-duanya yang berusia 27 tahun dan 55 tahun ditahan jam 4.30 petang dan 4.45 petang oleh pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu dan Balai Polis Manir.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, rakannya yang juga pemandu dan pemilik kereta yang dinaiki suspek utama ditahan dalam serbuan pada jam 4.30 petang di Jalan Tanjung Bunut, Kampung Buluh Gading.

“Hasil siasatan awal, lelaki itu yang bekerja sebagai tukang rumah memberitahu kereta yang digunakan dalam kejadian itu telah diserah kepada bapa saudaranya untuk disorok di Kampung Dusun Tembakau.

“Susulan itu, serbuan dilakukan kira-kira jam 4.45 petang ke lokasi tempat kereta disorok iaitu di tepi kawasan padang rumput, di sebelah kandang lembu di Kampung Dusun Tembakau,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Adik tak sangka bakal suami sanggup tikam abang]

Jelasnya, kereta itu kemudiannya dirampas manakala bapa saudara pemilik kereta yang berusia 55 tahun yang juga seorang tukang rumah, turut ditangkap untuk siasatan lanjut.

Katanya, kedua-dua lelaki berkenaan kini di reman selama tujuh hari sehingga Ahad depan bagi membantu siasatan dan usaha mengesan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan di tempat letak kereta Kompleks Sri Iman di sini, pagi semalam, sedang digiatkan.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa