Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 2, 2016

Menjadikah propa begini? Bodohkah Rakyat?

PUTAR BELIT PENULIS UPAHAN UMNO UNTUK PERBODOHKAN RAKYAT

Nampaknya jentera perang saraf Najib dan konco-konconya di UMNO sekali lagi cuba menipu Rakyat dengan mereka-reka cerita dongeng konon wujud perpecahan di kalangan kepimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. Muslihat mereka ialah untuk membuat Rakyat resah sehingga tidak berminat untuk menjadi ahli PPBM.

Tuduhan bahawa YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden PPBM, membuat pelbagai keputusan termasuk pelantikan ahli ke jawatan-jawatan penting dalam parti tanpa rujuk kepada sesiapa adalah satu pembohongan. Saya tidak pernah dipinggir dari sebarang perbincangan penting dalam parti. Kalaupun saya tidak hadir sesuatu mesyuarat parti yang penting, ianya kerana tugas-tugas lain yang memerlukan kehadiran saya.

Seperti yang biasa berlaku, apa jua perangai buruk yang ada pada pemimpin UMNO, itulah yang cuba dipalit kepada pihak lain, khususnya PPBM kebelakangan ini. Yang bersifat begitu adalah pemimpin UMNO; mereka membuat  tanpa mendapat mandat keahlian yang ramai. Kalau hendak pecat pemimpin tinggi dalam parti tanpa mengikut perlembagaan parti, itu juga pemimpin UMNO. 

Kalau buat perubahan dasar Kerajaan yang menggugat kepentingan Rakyat tanpa dibawa bincang dahulu, itupun pemimpin UMNO. Kalau hendak pertahankan Presiden yang didakwa melakukan salahguna kuasa, itulah pemimpin UMNO. Sebaliknya, PPBM pula dituduh khianat negara, memecahbelahkan Rakyat dan meracuni pemikiran Rakyat.

Cukup-cukuplah dengan pembohongan dan muslihat ini. Adakah Najib dan jentera propagandanya anggap Rakyat bodoh dan mudah diperdaya? Sedarlah bahawa Rakyat jauh lebih bijak dari yang mereka sangkakan.

Sungguh tidak bijak juga penyokong-penyokong PPBM yang tanpa usul periksa memviralkan tohmahan propaganda UMNO itu. Seharusnya kita tidak terperangkap dengan taktik kotor mereka itu. Ketahuilah bahawa kepimpinan PPBM sentiasa bersatu dalam setiap tindakan dan keputusan yang dibuat. Kami melangkah sederap dalam perjuangan untuk menyelamatkan Rakyat dan Malaysia dari cengkaman pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang tidak amanah dan rakus kuasa.

DATO' SERI HJ MUKHRIZ MAHATHIR
Naib Presiden PPBM

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa