Wednesday, October 5, 2016

Muhfuz yakinkah tidak akan u-turn lagi?

Kenyataan Media

*TAHNIAH PAS SEDIA KERJASAMA DENGAN PKR DAN BERSATU YANG MENJADI RAKAN DAP DAN AMANAH*.

1. *Tahniah saya ucapkan kepada pimpinan Pas yang menyatakan sedia bekerjasama dengan PKR dan Bersatu dalam usaha untuk mengalahkan Bn dalam Pru14 akan datang*.Kenyataan tersebut yang dibuat oleh Ketua Pengarah Pilihanraya Datuk Hj Mustafa Ali sudah tentu sebagai mewakili Pas secara rasmi.

2.Kenyataan tersebut sudah tentu dibuat dalam penuh sedar  *kerjasama dengan Pkr dan Bersatu adalah merupakan rakan kerjasama Dap dan Amanah yang dimusuhi Pas*.Kenyataan Presiden Pas sebelum ini menyatakan yang Pas tidak akan bekerjasama dengan mana mana parti yang bekerjasama dengan Dap. *Kenyataan Mustafa Ali menunjuk yang Pas kini bakal kembali kepada mainsterim politik pembangkang*.

3.Saya percaya jika Pas boleh berubah dari tidak menerima parti yang menjadi rakan Dap dan Amanah untuk bekerjasama bagi mengalahkan Umno Bn pada pru14, *sudah tentu Pas juga akhirnya boleh menerima Dap dan Amanah untuk capai hasrat mengalahkan Umno Bn.Mungkin pimpinan Pas perlu mengambil masa bagi menerima kedua dua parti tersebut*.Kerana Pas pernah menerima dan bekerjasama pada pru 1990 dengan parti serpihan Pas iaitu Berjasa yang pernah bekerjasama dengan Umno pada pru 1978 dan membawa Pas tinggal batu nisan di Kelantan.

4.Berjasa sudah tentu boleh di anggap sebagai pengkianat Pas sehingga Pas tinggal batu nisan,tetapi *kebijaksanaan Tok Guru Nik Aziz menerima Berjasa dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah membawa kepada kemenangan besar pada Pas dalam Pru 1990 kekal hingga hari ini*.

*KERJASAMA DAN PENGAGIHAN KERUSI PRU14*.

5.Kesediaan Pas untuk bekerjasama dengan Bersatu sudah tentu dengan penuh sedar yang Bersatu adalah parti baru yang akan bertanding dalam pru14 nanti. *Sudah tentu akan berlaku penyerahan sejumlah kerusi yang selama ini ditandingi oleh Pas dan Pkr kepada Bersatu dan Amanah*.Inilah makna kerjasama politik yang akan membawa kepada situasi menang menang. Dalam erti kata lain *Pas akan bertanding dengan jumlah kerusi yang kurang dari pru13*.Moga pru14 ini akan melakarkan lanskap baru politik dan ekonomi Malaysia yang memberi kebaikan dan keadilan untuk rakyat.

6.Saya mengharap dengan kesediaan awal Pas untuk kerjasama ini akan membuka jalan kepada *mengwujudkan grand coalotion bersama parti parti Pembangkang lain termasuk Dap,Amanah dan parti baru dari Sabah pimpinan Datuk Shafie Apdal dan parti parti lain di Sabah dan serawak* bagi mengwujudkan Politik baru Malaysia tanpa Umno Bn.

#PascaPru14MalaysiaTanpaUmnoBn
#SelamatkanMalaysia


*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
6.30pm Taman AlWalid Alor Setar
4 Okt 2016/3 Muharam 1438H

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa