Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 12, 2016

Nampak, siapa yang rakus dan bodoh dalam isu ni?

Tiada tuntutan RM500 dibuat, pegawai undang-undang Guan Eng beritahu Nasrudin

  | October 12, 2016
Pegawai undang-undang ketua menteri Pulau Pinang menegur Nasrudin berhubung tuntutan balas amaun tidak dibayar, berkata tiada notis disampaikan kepada pelanggan beliau.
GEORGE TOWN: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak berhutang RM500 sebagai kos kepada Nasrudin Hassan, kata pegawai undang-undangnya Raja Syarafina Raja Shuib, hari ini.
Raja Syarafina berkata jumlah kos RM500 dianugerahkan kepada ketua penerangan PAS itu sebagai ganti pembatalan satu kes fitnah yang tidak pernah beliau wakili bagi pihak Lim, begitu juga mana-mana peguamnya.
“Sehingga hari ini, RM500 itu tidak pernah dituntut peguam Nasrudin.
“Saya berharap mendapat penjelasan penuh daripada peguamnya memandangkan peguam Lim tidak menerima sebarang surat-menyurat berkaitan perkara ini.
“Bagaimana Lim dianggap ‘menghina’ mahkamah apabila tidak ada tuntutan dibuat?” kata Raja Syarafina dalam satu kenyataan hari ini.
Nasrudin semalam mengetengahkan isu kos RM500 yang dianugerahkan kepada beliau, selepas Raja Syarafina sebelum ini mendakwa ahli Parlimen Temerloh itu masih belum membayar penyelesaian sebanyak RM10,000 kepada Lim, selaras dengan perintah mahkamah yang dikeluarkan pada 19 September.
Beliau menambah percubaan Nasrudin mengalihkan isu itu dengan mengatakan tindakan tidak membayar itu sebagai “tidak menghina” adalah bukti jelas beliau tidak kesal dengan tuduhan berniat jahat terhadap Lim.
“Kegagalan membayar mengikut arahan mahkamah, bukankah itu satu keingkaran? Dan tanpa menggunakan istilah undang-undang, tidakkah secara harfiah diterjemahkan sebagai menghina?
“… Dalam zaman internet ini, dengan komunikasi global, adakah ia begitu sukar bagi Nasrudin meminta kami melanjutkan tempoh pembayaran?” Kata Raja Syarafina.
Perintah RM10,000 terhadap Nasrudin itu dibuat selepas Lim berjaya menyaman beliau bagi memfitnah berhubung artikel yang disiarkan dalam akaun Facebook Nasrudin.
Bagaimanapun, Lim bersetuju menarik balik saman itu selepas beliau meminta maaf di Mahkamah Tinggi pada Januari.
Nasrudin juga berkata semalam beliau tidak dapat membayar jumlah itu kerana berada di luar negara dan “sudah merancang untuk membayar amaun itu”.
Sementara itu, Raja Syarafina berkata Nasrudin sebenarnya berhutang kepada Lim sebanyak RM2,000 lagi bagi kos permohonannya yang gagal mengetepikan kes fitnah itu.
“Mahkamah mengarahkan Nasrudin membayar RM2,000 sebagai kos tetapi peguam Lim masih belum berbuat demikian.
“Ini adalah selepas Nasrudin gagal mengetepikan kes itu pada 20 April 2015.
“Peguam Lim diarahkan membuat tuntutan sebanyak RM2,000 kepada Nasrudin segera. Sudah pasti Lim tidak akan mendapat satu sen pun daripada bayaran ini kerana semua untuk bayaran peguam,” kata Raja Syarafina.
Sementara itu, Raja Syarafina mengingatkan Nasrudin membayar RM10,000 kepada Lim serta-merta kerana ia sudah melebihi tempoh 3 minggu daripada tarikh ditetapkan.
“Tarikh akhir adalah pada 2 Oktober. Satu peringatan dihantar pada 7 Oktober dan peguam Nasrudin mengesahkan penerimaan pada 11 Oktober.
“Tiada bayaran dibuat, Nasrudin sebaliknya memilih menyerang saya dengan mengeluarkan satu kenyataan akhbar semalam,” kata Raja Syarafina.
Pautan: 

2 comments:

  1. Malunya seorang yang bergelar istaz dan memahami Islam tetapi tindakkannya seperti cuba menghalalkan fitnah dan suka berhutang. Semoga Allah memberikan pertunjuk kepada kita semua.

    ReplyDelete
  2. Salah sorang mangkok tandas yg.mengkhianati Pas...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa