Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 12, 2016

Tidak Merayu dan Melutut namun mengharap?

Bukan Salahuddin Jika Merayu & Melutut
Posted on Wednesday, October 12 @ 09:30:31 MYT by paktam
Oleh IZWAN ABDUL HALIM

Kasihan sekali membaca kenyataan terkini Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub yang mengaku dan menjelaskan bahawa partinya mengalu-alukan gerombolan parti pembangkang lain untuk berterusan memujuk PAS. Perkara itu ‘terpaksa didedahkan’ kepada media dan umum kerana beliau mahu ‘membuktikan’ bahawa mereka telah bersungguh-sungguh memujuk PAS. *BUKAN SALAHUDDIN JIKA MERAYU & MELUTUT*

Mungkin ramai sedang melihat bahawa Salahuddin akhirnya melutut dan merayu. Tidak! Tindakan seperti itu bukan watak Salahuddin. Mustahil beliau berbuat demikian dan jangan ada sangkaan beliau gelojoh atau selemah itu. Siapa yang telah mengeluarkan dakwaan yang seumpama, sila tarik balik atau ‘delete posting’ anda.

Buktinya, pendirian telah beliau pacakkan secara langsung terhadap PAS sebagaimana dapat disoroti pada kronologi berikut yang dipetik daripada sebahagian kenyataan Salahuddin sendiri:

*21 September 2015*
Pakatan Rakyat 2.0 kata Salahuddin, lebih mudah dibentuk tanpa PAS. Dakwanya, PAS berdegil untuk menyertai pakatan tersebut.

*4 Oktober 2015*
Dalam satu kenyataan media, beliau mendakwa PAS sedang menghadapi perpecahan dan masalah dalaman. Dengan angkuh melontarkan amaran agar PAS tidak menuding jari menyalahkan Pakatan Harapan yang ketika itu baru dibentuk.

*10 Februari 2016*
PAS dakwanya bimbang kehilangan ahli hingga ditakut-takutkan dengan peraturan ketat termasuk mengenakan tindakan sekiranya hadir ceramah PAN. Menurut Salahuddin, tiada ahli PAN kembali kepada PAS, sebaliknya ramai ahli PAS akan menyertai PAN.

*1 Mac 2016*
Katanya, tiada keperluan jumpa Presiden PAS untuk memohon maaf dan berdamai di mana ia tidak mungkin berlaku. Malah, beliau tidak mahu peduli untuk menjawab semua tohmahan PAS kepada PAN. Salahuddin menganggap mustahil PAS akan berbaik-baik dengan PAN dan mereka juga tidak mahu terhegeh-hegeh.

*20 Mac 2016*
Tegas beliau, PAN tidak akan ‘main kayu tiga’ setelah wujudnya Pakatan Harapan bersama DAP dan PKR. Jelasnya, kesediaan beliau membuka pintu rundingan bersama PAS hanyalah supaya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru menentang BN.

*13 Jun 2016*
Salahuddin mendakwa PAS main congkak dengan Umno semasa berceramah di Pekan Manong, Kuala Kangsar, Perak.

*10 Julai 2016*
Tanpa semena-mena, beliau membuat penafian kononnya akan kembali kepada PAS. Bahkan menyatakan gembira berada dalam PAN yang semakin mantap berdasarkan kemampuan di PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar. Secara sinis beliau menyatakan ramai ahli PAS meluahkan kekecewaan atas hadirnya tanjak dan keris dalam Muktamar PAS.

*23 Ogos 2016*
Tanpa segan silu, Salahuddin secara terbuka mengisytiharkan bahawa kerusi yang ditandingi PAS adalah milik PAN dengan tujuan memberi peringatan terhadap hasrat Bersatu untuk bertanding di kerusi sama.

*19 September 2016*
Beliau mempertegaskan bahawa penubuhan PAN kerana tidak mahu berlutut kepada PAS dan merupakan sebab mereka keluar dari PAS. Katanya, PAN mendapat sambutan baik dan Presiden PAS cemburu melihat kejayaan PAN. Menurutnya, PAN juga mempunyai keyakinan dan kekuatan sendiri serta berazam menjadi parti besar tanpa perlu bergantung kepada mana-mana parti untuk maju.

*3 Oktober 2016*
Salahuddin menyifatkan Presiden PAS sengaja cari pasal dengan meletakkan ‘Syarat Hadi’ untuk tidak membolehkan kerjasama dengan pembangkang berlaku. Katanya, itulah ‘wajah sebenar’ Abdul Hadi yang didakwanya cuba menolak perbincangan atau perundingan.

Maka dapat disimpulkan, bahawa Jeneral Salahuddin tidak mungkin membuat Pusingan-U (U-Turn). Hakikatnya, kenyataan beliau itu kerana berang, tidak senang dan tergugat melihat betapa mutakhir ini perakuan banyak pihak mengisytiharkan perlunya kebersamaan dengan PAS.

Sebaliknya perlu dilihat ungkapan licik dan perancangan disebalik kata-katanya, _“Ini sangat penting supaya biar rakyat faham dengan jelas di kemudian hari nanti, parti manakah yang sebenarnya merosakkan segala impian dan harapan untuk menolak BN.”_

Ternyata, beliau terlebih dahulu menyediakan halangan, persepsi dan ‘takdir’ yang diselimutkan dengan kejahatan cuba diciptanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa