Saturday, October 8, 2016

POLITIK LANGIT TERBUKA LAWAN POLITIK KATAK DI BAWAH TEMPURUNG

POLITIK BARU, PROGRESIF, PEKA-RESPONSIF TERHADAP TUNTUTAN RAKYAT

POLITIK LAPOK DAN TERPURUK MENGGANTIKAN POLITIK TERBUKA DAN RESPONSIF KEPADA TUNTUTAN RAKYAT UNTUK DAPAT PEMBELAAN DALAM NEGARA YANG MAKMUR. SELAMA INI RAKYAT MENDERITA DI BAWAH KEKUASAAN UMNO-BN. PARA PEMIMPIN YANG PRO RAKYAT BUKAN BERTINDAK MENJADI ALAT  KORPORAT YANG MEROMPAK HARTA NEGARA DAN MERAMPAS ATAU MENUTUP NPELUANG DAN  HAK-HAK RAKYAT .

MENGIKUT HUKUM KEHIDUPAN DAN KELAZIMAN, ULAR JIKA GAGAL MENYALIN KULIT PASTI AKAN MATI.  FITRAH MANUSIA JIKA TIDAK MENGUBAH FIKIRAN DAN MEMBEKU DI ALAM FIKIRAN LAMA PASTI AKAN JATUH KE JURANG KEHANCURAN. TERBENAM DALAM LUBUK KEKOLOTAN, DICENGKAM KEJUMUDAN DAN TERBELIT DALAM KEBEKUAN YANG BERKEPANJANGAN.


AKHIRNYA  MUNDUR KEBELAKANG. KEHIDUPANNYA   MENJADI ALAT PERMAINAN PIHAK YANG DIBERI KUASA.  PASTI JADI MANGSA PENYALAH GUNAAN KUASA OLEH ALAT KEKUASAAN/ AUTORITI YANG  JAHAT, GANAS DAN SERAKAH. ITULAH HUKUM KEHIDUPAN  survival of the fittest. YANG LEMAH DAN BODOH MENJADI MAKANAN YANG LICIK DAN CERDIK.


JUSTERU BILA KITA MEMILIH DEMOKRASI IA MEMBUKA PELUANG BUAT RAKYAT MEMILIH DAN MENGGANTI YANG BURUK DENGAN YANG LEBIH BAIK. INILAH PELUANG  UNTUK MENGAGANTI SESUATU YANG BURUK DENGAN YANG LEBIH MURNI DAN DIPERCAYAI. ITULAH MAKSUD DEMOKRASI JIKA RAKYAT FAHAM,  BIJAK DAN CELIK BERPOLITIK.PENGGANTIAN ADALAH KEPERLUAN DALAM PROSES DEMOKRASI UNTUK DAPATKAN YANG TERBAIK.


JADI  APAKAH PILIHAN TERBAIK JIKA INGIN MAJU KE DEPAN ? KITA HARUS BERUBAH DAN MENGUBAH KEADAAAN. PILIHAN TELAH ADA DI TANGAN KITA UNTUK MAJU KE DEPAN. KITA BERHADAPAN DENGAN PARTI PARTI TUA YANG TELAH LAPOK DAN KETINGGALAN ZAMAN. PARTI YANG OBSELETE YAKNI LAPOK. SENARIONYA SETELAH 18 TAHUN ATAU HAMPIR 2 DEKAD BERLALU PKR SEBAGAI PARTI PENJANA REFORMASI TELAH HILANG MOMENTUM -DAYA


PERCUBAAN PKR SEBAGAI PARTI REFORMASI UNTUK MENGUBAH KEADAAN TELAH GAGAL. TAK NAMPAK JALAN UNTUK MARA KE DEPAN.PAKATAN RAKYAT YANG MENANG BESAR PADA PRU 2008 DAN PRU 2013 TELAH HANCUR BERKECAI. SEKUTU PR SENDIRI TERMAKAN DENGAN HASUTAN UMNO UNTUK BERTELINGKAH SESAMA SENDIRI.UMPAN UMNO UNTUK MENYOKONG HUDUD TELAH MENGENA.


DAP TERPANCING DENGAN UMPAMAN UMNO UNTUK BERTELINGKAH DENGAN PAS YANG KEHILANGAN HALA TUJU. HANYA NAMPAK SATU SATUNYA PERJUNGAN HANYA HUDUD SAHAJA. DALAM KEADAAN PAS TELAH DITERIMA OLEH PELBAGAI KAUM, PAS TELAH MUNDUR KE BELAKANG DENGAN MENGAMBIL JALAN POLITIK YANG BUNTU,  KOLOT DAN JUMUD.


TERKURUNG DALAM HUKUM HUDUD.SEBELUMNYA SLOGAN PAS FOR ALL, NEGARA KEBAJIKAN DAN ISLAM RAHMAN LIL ALAMIN TELAH MEMIKAT HATI PARA PENGUNDI BUKAN MELAYU.MEREKA MENGUNDI  PARTI AGAMATERSEBUT KERANA BERADA DALAM BAHTERA PR . PELUANG DAN KEMENANGAN YANG DINANTI SEKIAN LAMA TELAH DIRAIH. SETELAH MENANG IA DISIA SIAKAN OLEH PEMIMPIN PAS YANG MEMILIH POLITIK KEPURITANAN . BUKANNYA POLITIK  BARU YANG PRAKTIKAL DAN RESPONSIF KEADAAN.


MENGENAI PKR SEBAGAIMANA KATA PROF CHANDRA MUZAFFAR BAHAWA YANG LAMA HARUS PERGI TETAPI YANG BARU BELUM MUNCUL LAGI. BERMAKNA  PKR MASIH TEBAL DENGANN IMEJ KEUMNOAN. JUSTERU PARTI ITU TERSEKAT DI TENGAH JALAN KERANA PARA PEMIMPINNYA PUN BANYAK BERMAIN POLITIK ALA UMNO UNTUK SALING MEMBUNUH KARIER POLITIK SATU DENGAN YANG LAIN. DALAM PERJALANAN POLITIK PKR RAMAI YANG BERWIBAWA TERCICIR LALU MENYEBERANG KE UMNO.


KINI APA YANG BELUM  TERCAPAI OLEH PKR  SEBUAH  PARTI REFORMASI YANG TELAH BASI  AKAN DISEMPURNAKAN OLEH AMANAH DAN PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA SEBAGAI REFORM-PERGERAKAN  BARU UNTUK MENGGANTIKAN TEMPAT UMNO DAN PAS. DUA PARTI TUA INI MENJADI PENGHALANG PERUBAHAN. DUA PARTI TUA YANG EMOSIONAL DAN TRADSIONAL INI TIDAK AKAN MEMBAWA KITA KE MANA TERPURUK DALAM LINGKARAN KEJUMUDAN DAN EKSPLOITASI AGAMA DAN RACISM YANG BERTERUSAN ATAS NAMA KETUNAN BANGSA YANG MENGISTIMEWAKAN GOLONGAN ELIT ATASAN ATAU KEBANGSAWANAN.


INILAH SAJA PILIHAN YANG ADA UNTUK MASA KINI DEMI KESELAMATAN POLITIK MASA DEPAN. KITA MEMERLUKAN TANAH BARU DAN BENIH BARU UNTK BERCAMBAH-BERKEMBANG DEMI  MAJU MENDEPANI ZAMAN.DI ERA YANG PENUH DENGAN PERGOLAKAN, JIKA PARTI DAN PEMIMIPN TIDAK BERUBAH MALAYSIA AKAN MENANGGUNG BEBAN YANG MAHA BESAR DAN MUNDUR KE BELAKANG. PEMIMPIN KINI YANG TERLALU BANYAK KEPENTINGAN DAN TIDAK AMANAH AKAN TAMBAH MEMBURUKKAN KEADAAN.MALAYSIA DALAM KEDAAN YANG SANGAT TENAT MEMERLUKAN KEPEMIMPIN BARU SEBAGAIMANA TURKI DI ERA KINI. NAIKNYA PARTI BARU MEMBAWA DARAH BARU YANG BEBAS DARIPADA PENYAKIT.


PKR SEBAGAI PARTI PELBAGAI KAUM KEKALKAN APA YANG ADA. JANGAN JADI SEPERTI UMNO YANG TIDAK PEDULI KESUSAHAN RAKYAT. BUKTIKAN IA MAMPU MENJANA REFORM DARI DALAM DI KALANGAN PARA PEMIMPIN SENDIRI. TUNJUKKAN BUKTI SUPAYA RAKYAT YAKIN BAHAWA PKR BUKAN MEMAKAI JUBAH  UMNO. SEMATA – MATA  BERPOLITIK KERANA KUASA DAN BENDA. PKR MEMPUNYAI AGENDA YANG LEBIH BESAR UNTUK RAKYAT DAN NEGARA. KUASA TIDAK DISALAH GUNA UNTUK FAEDAH PERIBADI.


ELAKKAN POLITIK KERANA KUASA UNTUK MEMBURU KEKAYAAN DAN MEMUSATKAN KUASA DI KALANGAN LINGKUNGAN TERTENTU SECARA EKSKLUSIF. BUKTIKAN BAHAWA PKR SEBUAH PARTI YANG INKLUSIF “TELUS” DAN “TERBUKA”.PARTI YANG SENTIASA  PEKA BUKAN PEKAK KEPADA KRITIKAN. SEDIA TERIMA PANDANGAN DARIPADA SEMUA PIHAK TERUTAMA DARIPADA AHLI-AHLI DI PERINGKAT AKAR UMBI.TUJUANNYA  UNTUK MEMPERBAIKI KEROSAKAN DARI DALAM.


MENGENAI DAP YANG JUGA MAHU MEWAJAHKAN DIRI SEBAGAI PARTI PELBAGAI KAUM NAMPAKNYA MASIH TEBAL DENGAN CHAUVINIS KECINAAN. APA YANG DILAKUKAN OLEH BN DITERUSKAN OLEH DAP DENGAN MENGUTAMAKAN GOLONGAN KORPORAT TETAPI MULA MENGABAIKAN RAKYAT. BUKANNYA RAKYAT SEMAKIN TERTEKAN DAN HILANG MASA DEPAN AKIBAT PROJEK PROJEK MEGA YANG TIDAK PEKA DENGAN KEHIDUPAN RAKYAT BAWAHAN SEPERTI NELAYAN DAN PENDUDUK AWAL & ASAL HILANG HAK APABILA PEMBANGUNAN KOMERSIAL MENGAMBIL TEMPAT.


SETELAH 8 TAHUN MEMERINTAH PP RAKYAT SEMAKIN KEHILANGAN PELUANG MEMILIKI RUMAH. KERAJAAN PP SEBOK MELULUSKAN PROJEK MEWAH UNTUK PASARAN TERBUKA. SASARANNYA KEPADA PARA  PEMBELI SERATA DUNIA. PROJEK PERUMAHAN BUKAN UNTUK RAKYAT TETAPI UNTUK GOLONGAN TERPILIH YANG KAYA RAYA MENAMBAHKAN KEKAYAANNYA LAGI. SEPNJANG 8 TAHUN MEMERITAH KERAJAAN PP YANG DITERAJUI DAP KETARA SANGAT MELULUSKAN PROJEK PINGGIR BUKIT , PANTAI HINGGA KE BUKIT BUKIT YANG KELIHATAN SEMAKIN MEMBOTAK.


DEMIKIAN JUGA PANTAI DAN LAUT TELAH DIKAMBUS UNTUK RECLAIMATION. ADAKAH RAKYAT MEMPUNYAI BAHAGIAN DI DALAMNYA ? NAMPAKNYA TANAH PROJEK DIJUAL KEPADA SWASTA. TANAH PDC YANG MENJADI HARAPAN RAKYAT PUN DIJUAL KEPADA SEKTOR SWASTA JUGA. JUSTERU DI MANAKAH TANAH MILIK KERAJAAN UNTUK PERUMAHAN DAN KEMUDAHAN RAKYAT  !


PP MENJADI SEMAKIN PADAT DENGAN BANGUNAN.JALAN SEMAKIN SESAK DAN SEMPIT, PELUANG PERUMAHAN MAMPU MILIK SEMAKIN TERSEKAT. APA YANG BERLAKU DI ZAMAN BN MENJADI JADI DI ZAMAN PR/HARAPAN. MAKA HARAPAN TINGGAL HARAN.TAK MENJADI KENYATAAN.RUMAH YANG TERBINA HANYA MAMPU TENGOK SAHAJA.


DI MANAKAH KEUTAMAAN UNTUK MEMBELA KEHIDUPAN  RAKYAT ?  BILA TIBA PRU UNDI RAKYAT DIBURU DENGAN PELBAGAI JANJI MANIS .SELEPAS MENANG DAN BENTUK KERAJAAN TUNTUTAN RAKYAT DILAMBATKAN PERMINTAAN SWASTA DIPERCEPATKAN. 


KERAJAAN MANA PUN BILA CAKAP TAK SERUPA BIKIN DAN MENGABAIKAN RAKYAT DENGAN SIKAP BERPILIH KASIH PASTI AKAN GAGAL. MALAYSIA MEMERLUKAN SEBUAH KERAJAAN YANG RESPONSIF KEPADA TUNTUTAN RAKYAT UNTUK DIJADIKAN CONTOH. HANYA DENGAN ITU PERGANTIAN KERAJAAN MENJADI BERMAKNA. JIKA TIDAK PI MAI PI MAI  DOK TANG TU JUGA. - sumber

2 comments:

  1. kesiannya dia...tulis semua huruf besar...

    ReplyDelete
  2. Anon 6:01 PM

    Stail penulis article ni kot? Saya tak edit pun!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa