Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 17, 2016

Politik matang PAS: Bandingan prestasi bersendiri dan berkerjasama 1974-2013

PERBANDINGAN PRESTASI PAS SEMASA BERKERJASAMA DAN BERSENDIRIAN DARI 1974 – 2013!
daulahrakyat - Posted on October 17, 2016


Carta di bawah menunjukkan prestasi PAS selama kurang lebih 40 tahun sepanjang 10 PRU. Dalam jangka masa tersebut 1974 – 2013,PAS memilih betahaluf siasi/ bekerjasama dengan BN – UMNO dari 1974 – 1977. Kemudian PAS  terpaksa bersendirian selepas ditendang keluar daripada BN sebelum PRU 1978. PAS gerhana dan merana sepanjang 12 th sehingga 1990.Itu pun kerana kesediaan untuk berTAALUF SIYASI

PAS baru  mendapat nafas dan rentak apabila menjalin kerjasama/ bertaaluf siyasi dengan Parti Melayu Semangat 46 pada tahun 1988 . Kesan jalinan kerjasama atas nama APU  Angkatan Perpaduan Ummah berjaya tumbangkan BN – UMNO  secara pukal. Belum ada dalam sejarah PRU yang UMNO tidak menang 1 kerusi DUN pun. Ia berlaku di Kelantan pada tahun 1990. Ini membuktikan hanya dengan  hasil kerjasama yang padu dan mantap di kalangan parti lawan membolehkan mereka menang pilihanraya atas dasar 1 lawan 1.Adakah strategi dan sifir ini gagal difahami oleh  TUAN GURU dan ALIM ULAMA dalam Parti Islam yang matang ini ?
Rekod kerjasama yang sangat berkesan dan cemerlang   ini berlaku  dalam pilihanraya ke 8.Ini membukti TAALUF SIYASI adalah satu keperluan dalam negara yang penduduknya berbilang bangsa dan agama.Undi bukan Melayu amat diperlukan untuk menang PRU.Inilah rahsianya BN dapat memerintah sekian lama – 59 tahun MERDEKA.

PAS mengalami peningkatan undi  pertambahan kerusi dalam PRU 2008 dan 2013. Di tengah tengah peningkatan sokongan undi bukan Melayu, PAS memilih bersendirian. Mula bermain mata dan percaya kepada UMNO yang ditentannya dan menganiaya PAS  selama ini.PAS melupakan pengalaman pahit ditipu parti KETUANAN MELAYU yang berjiwa feudal dan mengamalkan kronisme itu.
PAS hilang pertimbangan yang waras dan kembali dengan perjuangan yang melalut hanya memperjyabgkan satu agenda sahaja HUDUD semata mata. UMNO menjadikan modal ini untuk melagakan antara PAS dengan DAP. Muslihat UMNO yang menyokong HUDUD ini telah memecah belahkan PAKATAN RAKYAT yang berjaya mendapat undi popular 52 peratus mengatasi BN yang hanya meraih 47 % sahaja.

Sepak terajang dan siasat politik PAS sukar dimengerti dalam konteks TAALUF SIYASI – MAQASID SYARIAH  yang menguntungkan PAS dan sekutu dalam PR.Imej PAS dengan imej RAHMATAN LIL ALAMIN, PAS for ALL dan NEGARA BERKEBAJIKAN sudah boleh diterima semua pihak.Ia menjadi rosak dan pasti ambil masa yang panjang untuk dipulihkan semula.Mungkinkah ini berlaku selagi HAJI HADI menjadi presidennya dengan kepimpinan ulama yang totok dan  rigid menguasai PAS secara mutlak. Adakah PAS parti yang dihormati dan digeruni atau parti yang sedang meniti zaman kemuraman tetapi masih tidak nampak realiti ?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa