Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 3, 2016

Politik "peningisme" : PAS kini tidak lagi berpijak dibumi yang nyata

Peningisme jadi halangan pembangkang bergelar kerajaan
20 September 2016 | MUHAMMAD SYAFIQ AZMI
Muhammad Syafiq Azmi

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang membayangkan akan berkerjasama dengan pihak pembangkang yang lain. Tetapi prasyarat kerjasama yang mungkin wujud ialah mereka akan berkerjasama dengan pembangkang kecuali yang ada kerjasama dengan DAP.

Politik "peningisme" ini adalah sesuatu yang janggal tetapi mudah untuk dianalisa. Jika PAS mahu berkerjasama dengan pihak yang tidak ada kaitan DAP kini hanya tinggal Ikatan. Semua maklum Pakatan Harapan dibarisi PKR, DAP dan Amanah.

Dalam masa yang sama PPBM(Bersatu) juga wujud hubungan politik mereka bersama PH. Begitu juga PSM yang juga ada hubungan kerjasama dengan PH yang didalamnya ada DAP.

Maka analisa mudahnya ialah PAS kini tidak lagi berpijak dibumi yang nyata. Semua parti pembangkang saling berkait dengn DAP. Apakah ini langkah PAS mahu menyerlahkan sikap oportunis mereka yang sekian lama disebut berpaksi kepada perjuangan Islam?

PAS yang hanya mempunyai hubungan politik atau tahaluf siyasi mereka bersama PKR dinasihatkan tidak membuat kesimpulan bahawa apa yang dibincangkan oleh PAS dan PKR adalah keputusan pembangkang lain.

Jika benar mahu berunding, berkerjasama dan mempunyai matlamat mahu melihat UMNO Barisan Nasioanal itu tersungkur pada PRU14 akan datang, semua pihak pembangkang perlu kembali ke meja rundingan. Pembahagian kerusi perlu dimulakan hari ini bagi mengelakkan pertindahan kerusi seperti apa yang berlaku pada PRU yang sebelum ini.

Pembahagian sama rata bukan bererti setiap parti memiliki kerusi yang sama jumlah. Tetapi diberikan kerusi mengikut keupayaan dan kemunasabahan. Tetapi jika ini sukar berlaku, maka bertempiklah pembangkang untuk mentadbir Malaysia.

Moga Malaysia boleh diselamatkan dengan politik baru yang lahir dari gagasan ahli politik yang berjiwa besar dan bukan mereka yang bernafsu besar yang akan meneruskan langgam politik yang diwasiatkan oleh UMNO BN apabila mereka disahkan mati pada PRU 14 nanti.

# Mampukah orang pening nak buat orang pusing?

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa