Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 3, 2016

Sekarang parti DS Shafie Apdal punya dua ahli MP dan dua ADUN

TERRENCE GABUNG PARTI DS SHAFIE

SEKARANG parti DS Shafie Apdal punya dua ahli parlimen dan dua ahli dewan undangan negeri Sabah.

Di perhimpunan tadi yang dinamakan HALA TUJU PERJUANGAN PARTI TEMPATAN bertempat di Yahoo Hotel Sembulan, DSP Lajim telah mengumumkan keluar parti, meletakkan jawatan sebagai pengerusi MPN Sabah dan ketuai parti baru.

Katanya tadi sekitar 10 cabang telah menyertai atau ikut jejak DSP Lajim meninggalkan parti dan yang lain akan menyusul kemudian.

Di acara sama YB Terrence Siambun ADUN Moyok diberi peluang untuk menyampaikan ucapan dan serentak itu ia juga meletakkan jawatan ketua penerangan Keadilan Sabah dan seterusnya keluar dari parti berkenaan.

" Dengan ini saya juga mengumumkan bergabung sama dengan parti YB DS Shafie Apdal " Katanya.

Sementara YB Junz Wong selaku setiausaha DAP Sabah merangkap ahli dewan undangan negeri Likas juga mengumumkan keluar dari parti DAP sekaligus meletakkan jawatan sebagai setiausaha DAP Negeri.

" Saya keluar parti dan akan sertai parti tempatan sabah" Katanya tetapi ia tidak umumkan parti mana yang bakal ia sertai nanti.

Menurut desas desus yang diberitahukan ia bakal menyertai parti yang diketuai oleh YB Shafie Apdal dan akan dia umumkan dalam masa terdekat nanti.

ISMAILY BUNGSU
PK-DSSA
2 oktober, 2016
6:01pm

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa